Bulan lepas, kecoh kat media sosial persaingan sengit antara telco-telco kat Malaysia ni. Masing-masing berlumba-lumba nak buat unlimited Internet, call dan sebagainya dengan harga yang berpatutan (?). Aku baca testimoni customer yang dah langgan pelan baru tu. Ada yang kata berbaloi, ada yang tak!
Aku pun tak terkecuali nak cuba pelan baru ni. Masa kat bandar, aku pakai dua nombor yakni dua telco. Satu Digi dan satu lagi Maxis (Hotlink). Kat sana 4 telco (Digi, Maxis, Celcom dan U Mobile) memang laju speed Internet. Paling laju Digi. Paling kurang laju Celcom tapi tak slow. Bila waktu orang masuk kerja, memang laju tapi bila dah balik kerja, line jadi slow sikit. Mungkin sebab ramai yang pakai Celcom kat sana.
|
Starter pack Hotlink Red. Aku beli kat mall.
|
|
Promo Hotlink waktu PKP.
|
|
Free 20GB tu yang best!
|
Maxis yang aku pakai aku beli pek Hotlink Red. Tapi aku tukar pelan ke Hotlink Superrr sebab aku banyak tengok Youtube (10GB percuma setiap bulan). Lepas tu, kalau langgan Internet 2GB, dapat free Youtube 4GB. Kuota Youtube akan double. Jadi, memang berbaloi beli. Lebih-lebih lagi waktu PKP dulu, Hotlink siap ada percuma 20GB Internet kalau langgan pelan seminggu. Line Internet memang padu! Harga sebulan aku beli RM35. Dapat Internet 6GB dan Youtube 12GB sebulan plus 10GB yang diberi percuma setiap bulan.
Untuk Digi, aku sebenarnya dah tukar telco dari Celcom ke Digi. Sebab waktu tu, Celcom kurang buat promo. Pelan Internet burung hantu pun dah lama menghilang. Terbang entah ke mana! Aku lama pakai Celcom sebab pelan ni je. Sangat berbaloi. Digi aku ambil pelan Digi LiVE. Sebab? Sebab kalau langgan RM35 dapat tak silap aku kuota Internet 8GB dan 2GB free antara pukul 1 petang hingga 7 petang.
|
Sim kad baru yang Digi pos. Aku tukar telco secara online.
|
|
Antara promo Digi.
|
|
Promo ni aku selalu langgan. Laju dan berbaloi.
|
Aku tak langgan Digi dan Celcom dalam masa sama. Kalau bulan ni aku langgan pelan Digi, bulan depan aku langgan pelan Hotlink. Gilir-gilir. Sebab nak hidupkan nombor, dalam masa sama nak dapat benefit kedua-dua telco ni. Tapi bila balik kampung, line yang boleh jalan Maxis dan Celcom saja. Digi kelaut! Satu bar turun naik. Loading IG sangat lah lama.
|
Haram tak laju kat sini!
|
Aku plan nak cuba U Mobile. Aku pun dengan gigihnya pergi lah 7e beli starter pack U Mobile. RM10. Tapi bila guna, tak tahu nak cakap apa. Line memang slow. Laju sikit dari Digi. Sikit je tau! Membazir. Menyesal betul aku beli.
|
Promo Hotlink baru.
|
|
Memang berbaloi. Tapi mahal sikit.
|
Jadi takde cara lain. Aku terpaksa tukar pelan Hotlink Video kepada Hotlink Prepaid Unlimited. Aku langgan yang RM45 sebulan. Niat nak cuba dulu. Speed Internet capped at 6mbps. Alhamdulillah setakat aku guna memang laju. Cuma tiap kali lepas hujan, line jadi slow. Waktu lain laju. Berdesup tu tak lah, tapi masih laju. Bila dah langgan bulan lepas, bulan ni aku kena langgan pelan dari Digi sebab nanti kalau tak langgan, mati nombor Digi tu. Tapi masalahnya Digi slow haram kat sini!
Bermula lah perjalanan aku nak tukar telco Digi ke Celcom. Nanti bila dah berjaya, aku plan nak langgan pelan unlimited RM35 tu. Speed capped at 3mbps plus unlimited call. Berbaloi kan? Sebab kat kampung ni aku jarang download. Just streaming Youtube je.
|
Depan Blue Cube.
|
Petang Jumaat aku pergi ke Blue Cube kat dalam mall. Ramai jugak yang berbaris kat luar entrance. Masa aku tengah beratur, ada sorang staff lelaki ni tanya aku nak buat apa. Aku jawab nak tukar telco dari Digi ke Celcom. Lepas tu dia mintak IC aku, dia inform kat staff perempuan suruh uruskan. Tak sampai 5 minit aku kat Blue Cube tu, semua setel. Dah dapat sim baru. Cuma kena balik tunggu pengesahan port out dari Digi.
|
Yang ni first request. Digi lambat process.
|
|
Lepas cancel yang first, aku buat request kedua.
|
|
Succeed pun! Ambil masa lama!
|
Kat sini problem. Mesej dari Celcom dah masuk, tapi Digi lambat. Bila mesej Digi sampai, aku reply Y untuk port out. Tapi ambil masa lama. Last-last aku call operator. Dia bagitau status aku dalam process. Tapi dia mintak aku call semula Celcom untuk request permohonan yang baru, sementara dia (Digi) reject request pertama. Aku pun call operator Celcom. Dia buat request yang baru dan kena tunggu mesej confirmation dari Digi.
Part ni pun satu hal. Nak dapat confirmation dari Digi sangat lama. Dulu aku tukar telco Celcom ke Digi cepat je. Bila dah terima sim baru, mesej ikut procedure, terus berjaya on the spot. Tapi kali ni nak port out Digi ke Celcom punya lah lama. Aku kira hampir 20 jam baru berjaya! Tapi biar lah, asalkan dapat tukar pun dah Alhamdulillah.
Setakat ni, aku belum langgan apa-apa lagi pelan dari Celcom. Kalau tengok dalam app Celcom Live ni, aku dapat 1GB basic Internet, 10GB FB, IG, Games Walla, 1GB percuma sempena PENJANA, dan 300MB bonus Internet. Berbaloi? Tunggu dan lihat.
0 Comments