Sepetang di Pantai Pulau Kekabu, Marang. Dulu lain, sekarang lain.


Hari Ahad lepas aku ada pergi ke Bandar Marang, salah satu daerah di negeri Terengganu Darul Iman. Aku dah lama tak jejakkan kaki ke Marang ni, daerah tempat aku membesar dari kecil sampai lah aku masuk universiti dan bekerja. Banyak sangat kenangan manis dan pahit di sini. Aku ke sini pun sebab ada urusan penting. Aku gerak ke sana dalam pukul 9.30 pagi, naik bas. Sampai kat Marang pukul 2.30 petang. Aku beli siap-siap tiket kembali aka return ticket, pukul 9.30 malam. Urusan aku selesai kat Marang ni dalam pukul 4 petang. Jadi, aku melilau jugak lah kat sini sementara tunggu bas nak balik.

Tepi jambatan Pulau Kekabu.

Muara tepi pantai. Aku lepak kat sini hirup udara petang.

Lepas setel urusan, aku pergi ke Pulau Kekabu. Sebenarnya bukan macam naik bot pergi pulau tu, tapi tempat ni dipisahkan oleh sungai kecil. Jadi, bila nak ke tempat ni nampak macam pulau sebab kena lintas jambatan sepanjang lebih kurang 100 meter. Dulu, beberapa tahun lepas, kat sini memang tak ramai orang datang. Sebab agak tersorok plus semak samun banyak. Kat sini memang ada sebuah pantai yang bagi aku, sangat cantik. Pasir pantai putih bersinar, air yang jernih dan pantai yang landai.

Masa aku sekolah rendah dulu, aku biasanya pergi ke Pantai Ru Rendang, yang jauh sikit dari pantai Pulau Kekabu ni. Pantai Ru Rendang ni banyak pok ru yang rendang dan teduh bila nak santai-santai. Sebab tu dipanggil Ru Rendang. Nak tahu pokok ru tu apa, boleh tengok kat blog Anim Agro Technology ni. Kat pantai ni banyak remis, iaitu sejenis lala kecil. Aku kalau datang sini, mesti akan cari remis atau cangkerang yang terbiar di persisiran pantai. Boleh buat koleksi.

Lupa nak bagitau. Sebelum aku singgah kat Pantai Pulau Kekabu, aku jalan kaki pergi ke kedai barangan haiwan peliharaan berdekatan. Sebelum datang Marang, aku godek-godek dulu info pasal kedai ni dalam FB. Niat aku nak beli ikan guppy kat sini. Tapi agak teruja bila sampai, aku tengok terlampau banyak jenis ikan kat sini. Bukan saja guppy biasa yang aku pernah beli, tapi ada jugak ikan neon tetra yang sangat lawa. Warna kulit fluorescent gitu. Harga kat sini pun sangat murah berbanding kat kedai kawasan kampung aku.

Sangat murah harganya.

Macam-macam guppy ada.

Berbalik kepada Pulau Kekabu, aku terkejut tengok perubahan keseluruhan kawasan ni. Siap ada tandas yang baru dan lawa (aku tak sempat snap gambar). Kawasan pantai yang sangat bersih. Ermm, sebenarnya tak bersih sangat sebab aku ada nampak ada plastik terbiar dan seketul lampin bayi yang ditinggalkan. Jahanam betul siapa yang buang sesuka hati tu. Mencemarkan alam sekitar!

Bakal jadi jajan feberet aku.

Amacam? Boleh kawal nafsu?

Kat sini pun ada banyak gerai makanan yang macam pasar malam tu. Air buah, keropok lekor, sosej, bebola, semua ni wajib dijual di semua pantai di Terengganu ni. Tapi ada sejenis makanan yang aku tak pernah nampak dan tak pernah makan. Penjual tu kata nama makanan ni perut sumbat daging. Ya, daging. Yang disumbat ke dalam perut lembu. Aku search maklumat pasal ni, memang namanya perut sumbat daging aka Sosej Kemboja. Aku tak makan daging sebab alergik tapi benda alah ni buatkan hati aku tak keruan. Nampak menggiurkan sangat. Aku pun beli sebijik sebab nak tahu best ke tak. Bila makan tu, memang best! Dari luar nampak bentuk sosej, tapi bila makan rasa macam sate! Memang best sangat dan sos pencicahnya pun ngam dengan perut sumbat daging ni.

Lepas ni payah dah nak jalan-jalan sini.

Lepas makan termasuk makan keropok dan minum air buah, aku pun siap-siap kemas barang dan jalan balik ke stesen bas. Ya, Marang pun ada stesen bas tau. Aku pun kali pertama jejakkan kaki ke stesen bas ni. Dulu ada bus stop je kalau nak naik bas ekspress atau bas ulang-alik tu. Sekarang ada stesen bas. Kalau hujan, tak perlu risau terkena percikan air hujan lagi. Sangat convenient. Untung lah penduduk Bandar Marang ni.

Post a Comment

0 Comments