Pengalaman cabut gigi di klinik kerajaan bahagian 1.


Seingat aku, ini lah kali pertama aku cabut gigi selepas berdekad lamanya. Kali terakhir aku cabut gigi, waktu tu aku darjah 5. Aku ingat lagi yang aku redha je masa doktor gigi suntik ubat bius kat gusi. Sakit beberapa saat masa ubat tu masuk dalam gusi, lepas tu ok, tunggu masa untuk gigi dicabut je.

Kali ni aku nak kongsi pengalaman aku pergi cabut gigi di klinik gigi kerajaan. Klinik gigi ni dekat je, dalam 5-8 minit naik kereta. Memandangkan gigi geraham kekal aku sakit tiba-tiba dalam beberapa hari, aku plan nak pergi klinik untuk cabut.

Gigi aku ni bukan berlubang, tapi pecah. Aku tak tahu sebab apa. Rasanya dari awal tahun 2019 lagi dah macam tu. Waktu tu aku pergi klinik gigi Putrajaya. Plan nak cuci gigi je. Tapi doktor perasan gigi geraham kekal aku ni pecah. Dia pun bagi tampalan sementara.

Apa yang aku perasan, hampir setiap bulan gigi aku ni sakit. Sakitnya bila aku minum air bergula macam air teh atau sirap. Kalau minum air teh campur susu ok je tak sakit. Tapi kalau campur gula, memang jadi sakit. Jadi, aku elakkan minum air macam tu.

5 Oktober 2020, Isnin

Aku pergi ke klinik gigi dalam pukul 10 pagi. Sampai sana kena scan QR code guna app MySejahtera kat kaunter saringan. Lepas tu, nurse akan bagi tag, kepilkan IC sekali dan pergi ke kaunter pendaftaran. Kat sini dalam 10 minit jugak aku tunggu. Tak ramai sangat orang kalau nak dibandingkan dengan di Putrajaya tu.

Nama aku dipanggil dan diberi nombor giliran untuk masuk ke bahagian pergigian. Klinik gigi ni bergabung sekali dengan klinik kesihatan dan bangunan klinik gigi kat belakang sekali. Waktu dalam bangunan klinik gigi ni, aku dan nurse je yang ada kat ruang menunggu. Memang terkejut jugak. Dalam hati aku, terfikir jugak, orang-orang kampung ni memang pandai jaga gigi ke?

Dalam 10 minit (sebab doktor tengah buat rawatan kat pesakit lain), giliran aku masuk bilik rawatan. Doktor perempuan yang ada. Dia tanya aku beberapa soalan pasal gigi aku termasuk sama ada aku makan apa-apa buat ke tak sebelum datang. Aku jawab aku makan panadol semalam sebab sakit gigi tak boleh tidur.

Doktor tu pun mintak aku datang semula hari Khamis sebab apa yang aku faham dari apa yang dia cakap, kena tunggu 24 jam selepas aku telan panadol tu, baru boleh buat rawatan. Mungkin dia risau nanti ubat bius tak berkesan. Jadi, aku pun balik lah dengan perasaan kosong, harapnya bila datang semula nanti, semuanya baik-baik je.

Kos: RM1 untuk pendaftaran

Post a Comment

0 Comments