Jom jadi ahli Shopee Mart. Jimat bak hang!


Siapa yang suka beli groceries dan seangkatan dengannya mesti tahu kewujudan Shopee Mart ni. Shopee Mart ni kedai rasmi Shopee untuk barang-barang dapur atau kegunaan harian.

Aku suka beli dari Shopee Mart ni sebab barang yang dihantar akan guna kotak Shopee, walapun kau beli seketul ubat gigi. Nampak official gitu kan?





Dari segi shipping, takde lagi Shopee Express. Setakat yang aku check, PosLaju dan J&T je yang boleh hantar. Tapi aku tak prefer pun Shopee Express ni. Sebab kita tak tahu courier mana yang akan hantar. Tak silap aku, Shopee akan tentukan courier untuk Shopee Express ni. Macam Lazada tu. Aku ada beberapa pengalaman buruk guna Shopee Express. So, untuk keselamatan, aku lebih suka guna J&T. Sangat pantas daripada courier lain.



Pendaftaran Shopee Mart ni percuma. Percuma ke? Aku tak pasti. Every magic comes with a price. Ada harga yang perlu dibayar. Kau kena isi satu form pasal maklumat kau. Nak kata survey tak jugak tapi lebih kepada maklumat peribadi. Aku tak tahu kenapa diorang nak maklumat ni. Selamat ke bagi? Even nak create account Shopee pun optional nak isi ke tak part beberapa maklumat tu.



Apa-apa pun, selamat menjadi ahli dan membeli-belah di Shopee Mart. Jadi lah pengguna bijak. Sebelum beli, bandingkan dulu harga mana yang lagi berbaloi!

Post a Comment

0 Comments