Masak nasi lemak bujang. Aku prefer yang tradisional berbanding hipster!


Zaman sekarang ni banyak jenis nasi lemak yang dijual atau dimasak sendiri kat rumah. Dulu sambal bilis, sekarang ada sambal sotong dan kerang. Dulu ada telur rebus atau telur goreng, sekarang ada ayam goreng. Siap goreng berempah lagi.

Dalam nasi lemak ni, selain nasi, wajib ada sambal bilis, telur rebus, kacang tanah goreng, ikan bilis goreng dan timun.

Bagi aku, aku lebih suka makan nasi lemak yang aku panggil tradisional. Takde ayam atau sotong bagai. Aku selalu jugak masak sendiri nasi lemak. Rasa puas sebab dapat alter sendiri.

Bahan A (nasi)

  • 2 cawan beras
  • 3 sb santan serbuk
  • 2 helai daun pandan
  • 1 inci halia dihiris nipis
  • 1 sb minyak masak
  • Secubit garam halus

Bahan B (bahan kisar)

  • Segenggam cili kering
  • 1 biji bawang merah besar
  • 2 ulas bawang putih

Bahan C (wajib)

  • 2 - 3 biji telur ayam (rebus)
  • Segenggam ikan bilis
  • Segenggam kacang tanah
  • Timun hijau (sesuka hati)
  • 1 keping asam keping
  • 1/4 gula Melaka atau 2 sb gula perang
  • 2 sb gula pasir
  • Minyak masak secukupnya

Langkah-langkah

  1. Bahan A (nasi) tu tanak macam biasa. Campur semua bahan dalam periuk. Cuma santan tu optional nak guna serbuk, kotak atau yang fresh dari ladang.
  2. Kisar semua bahan B. Wajib guna bawang merah. Tak kisah besar atau kecil. Jangan guna bawang holland. Nanti rasa kureng.
  3. Sambil tu, boleh rebus telur ayam, goreng ikan bilis dan kacang tanah.
  4. Untuk buat sambal, taruk minyak masak banyak sikit sebab kalau minyak kurang, bahan kisar tu payah nak masak. Kalau kering, tambah lagi minyak. Tapi jangan terlebih pulak.
  5. Bila bahan kisar tu hampir masak, tekstur cili kisar tu akan berubah. Waktu ni, boleh taruk ikan bilis, asam keping, gula melaka atau gula perang dan gula pasir.
  6. Kalau nak tambah secubit garam pun boleh. Tapi biasanya aku tak tambah sebab ikan bilis tu dah masin.
  7. Lepas siap semua, sedia untuk hidang dan makan!

Ikan bilis yang aku masukkan dalam sambal tu yang belum goreng lagi. Kat sesetengah tempat, diorang goreng dulu ikan bilis sebelum campur dalam sambal.

Memang aku suka yang simple macam ni je. Tak perlu taruk ayam goreng ke unta goreng ke semua tu.

Post a Comment

0 Comments