Lepas aku tengok filem ni, ada beberapa persoalan penting yang masih belum terjawab. Pening kepala bila fikir semula.
1. Macam mana telefon tu mampu berhubung merentas masa?
Dari awal lagi aku tertanya-tanya. Berdasarkan jalan cerita asal, ayah Seo Yeon meninggal dunia sebab rumah terbakar dan mak Seo Yeon ada kanser dan mungkin menunggu masa untuk pergi. So, Seo Yeon yang kerja kat bandar, balik ke rumah besar tu sebab mak dia ada kat hospital kampung tu. Dalam masa sama mungkin nak ziarah kubur ayah dia. Apa yang aku faham kat sini, lepas ayah dia meninggal dunia, rumah lama dia kat bandar terbakar dan mak dia beli rumah besar kat kampung tu untuk tinggal kat situ.
Bila Seo Yeon masuk dalam rumah, dia jumpa telefon besar gedabak tu dan start call nombor telefon dia yang hilang dalam kereta api. Tak lama lepas tu, dia terima panggilan dari masa lepas. Kat sini lah aku pelik. Macam mana telefon tu boleh berhubung? Telefon tu milik siapa sebenarnya? Mistik.
2. Apa terjadi pada telefon dia yang hilang tu?
Bila Seo Yeon call nombor telefon dia, ada orang angkat dan mintak duit kalau nak semula telefon dia tu. Tapi siapa orang tu? Adakah diorang ada kaitan dengan perubahan jalan cerita ni? Plot ni tergantung sepi.
3. Young Sook (villain) hidup ke mati sebenarnya?
Masa Young Sook cuba bunuh Seo Yeon dalam scene-scene akhir, bila beberapa inci je pisau tu nak kena Seo Yeon, Young Sook tiba-tiba hilang. So, maksudnya Young Sook ni dah mati pada masa lepas kan? Sebab masa Young Sook dari masa lepas tu bertumbuk dengan mak Seo Yeon, diorang dua-dua jatuh dari tingkat 1. Dan tepat pada masa Young Sook jatuh, masa ni jugak Young Sook dari masa sekarang hilang!
Pelik aku memikirkan. Dia mati ke dia hidup lagi? Tapi dalam plot twist, masa Young Sook ni jatuh, dia sedar dan mata celik. Maksudnya dia hidup. Tapi kenapa Young Sook masa sekarang hilang tiba-tiba?
4. Telefon yang berfungsi satu hala sahaja.
Hanya orang dari masa lepas boleh call orang masa sekarang. Tapi orang yang ada kat masa sekarang ni tak boleh call orang masa lepas. Kenapa? Aku pun tak tahu.
5. Perubahan masa yang tak tentu.
Perubahan masa dalam cerita ni seolah-olah berubah frame-by-frame. Maksudnya, sedetik perubahan pada masa lepas, masa sekarang akan berubah 100%.
6. Perubahan masa tak beri kesan pada ingatan Seo Yeon dan Young Sook.
Pelik kan? Walaupun masa lepas berubah banyak kali, tapi ingatan diorang takde perubahan langsung. Berbeza dengan ingatan watak-watak lain yang sentiasa berubah bila masa lepas berubah, termasuk lah berita kat Internet dan laporan yang polis tulis dalam buku. Semuanya timbul tenggelam berdasarkan perubahan masa lepas.
Ada plot twist yang Seo Yeon dewasa kena ikat kat kerusi. Maksudnya, Seo Yeon kecil dari masa lepas tu ditangkap oleh Young Sook lepas bertumbuk dengan mak Seo Yeon. Lamanya kena tangkap. Kenapa tak bunuh? Tapi macam mana Seo Yeon dewasa ni sentiasa ingat perjalanan cerita yang berlaku? Pelik.
7. Akan ada The Call 2?
Aku rasa mungkin akan ada. Netflix suka buat sekuel or whatever bila sesebuah karya tu meletop! Apa yang akan berlaku dalam sekuel ni? Macam mana nak pastikan Young Sook terima pembalasan atas apa yang dia buat? Atau Seo Yeon kena kembalikan plot asal? Tapi macam mana? Mungkin Seo Yeon kena cuba cari cara untuk call dia atau Young Sook masa lepas dan pastikan diorang tak kenal satu sama lain? Tapi boleh ke? Bukan ke telefon tu hanya boleh call masa depan je?
0 Comments