Baru tadi PM umumkan PKP 2.0 yang akan bermula Rabu ni. Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Aku pasti keputusan ni bukan dipersetujui ramai. Tak kira pekerja sektor awam, mahupun swasta. Tapi nak tak nak, kena buat, dengan keadaan sekarang yang makin bertambah-tambah kes.
Pendidikan
Kalau nak dibahaskan dari segi pendidikan, aku pasti memang kesan 100% dirasai oleh pihak yang terlibat: pelajar, guru, ibu bapa dan pentadbir. Sekolah masih belum dibuka untuk semua. Hanya pelajar yang bakal ambil SPM dan STPM antara yang diberi kelonggaran. Agak sedih dengan adik-adik kita ni. Terpaksa belajar secara online. Aku yang belajar face to face pun banyak topik yang blur. Ini kan pulak belajar online. Serius, aku tak tahu kualiti keputusan SPM dan STPM tahun ni.
Bila sekolah tutup, parents yang dua-dua bekerja terpaksa hantar anak balik kampung. Kalau ada duit lebih, boleh lah hire pengasuh. Aku percaya, parents kat luar sana mesti dilema. Kalau sekolah bukak, risau nanti anak terjangkit COVID-19. Kalau tak hantar anak ke sekolah, takde siapa nak tengokkan anak dan tahap pendidikan anak pasti terkesan!
Ekonomi
Kalau nak dibincangkan bab ekonomi, lagi lah ramai yang terkesan. Lebih-lebih lagi pekerja gerai makan dan industri kecil-kecilan. Diorang boleh je bukak kedai, tapi bilangan customer yang datang dah tentu kurang. Nak tak nak, cara terbaik terpaksa buat delivery guna GrabFood atau Foodpanda.
Pawagam pun banyak yang tutup. Ada yang dah bukak lepas PKP 1.0 dulu, tapi tak dapat sambutan. Siapa yang sanggup tengok movie waktu-waktu macam ni? Dengan virus yang masih bermaharajalela dan sumber kewangan yang turun naik.
Last-last, ramai yang guna platform online untuk berjual-beli. MBO contohnya, jual barang-barang merchandise macam tumbler limited edition kat Shopee. Dulu tak silap aku GSC pernah guna GrabFood untuk jual popcorn diorang. Nampak tak kat sini? Diorang terpaksa cari cara untuk pastikan bisnes ni terus berkekalan.
Bagi aku, mungkin pawagam kat Malaysia ni boleh cari cara lain. Buat aplikasi smartphone untuk membolehkan customer layan movie. Kalau risau ada yang gatal tangan nak rakam movie, buat macam app Astro Go. Nak screenshot pun tak boleh.
Sosial
Banyak dah artikel yang kupas pasal isu ni. Antaranya adalah kesejahteraan mental. Siapa tak stress bila kena buang kerja? Siapa tak stress bila 24 jam terpaksa berkurung dalam rumah? Duit nak cekau mana? Kalau ada pokok duit belakang rumah tu, takpe lah jugak. Ni nak makan pun terpaksa catu.
Solusi?
Tapi bila jadi macam ni, kerajaan bukan duduk diam membisu. Banyak je bantuan yang diberikan. Dari segi pendidikan, ada Program Jaringan Prihatin. Calon SPM dan STPM dapat bantuan Internet dalam Pakej Data Khas. Rata-rata telco buat tawaran RM20 untuk 15GB Internet sebulan. Bagi aku, memang cukup je memandangkan kelas online bukannya ada 24 jam sehari.
Selain tu, pengeluaran simpanan dari akaun 1 dah dibenarkan dalam program i-Sinar pada 21 Disember lepas untuk mereka yang layak. Tujuannya untuk ringankan beban rakyat nak hadap krisis ekonomi sekarang ni. Lebih-lebih lagi musim banjir ni. Banyak pulak duit yang bakal melayang. Yang duduk rumah flat atau apartment tu ok lah. Tapi yang duduk rumah teres, tiap-tiap malam tak lena tidur.
Banyak lagi bantuan yang kerajaan bagi. Yang terbaru, program SAVE 2.0 dalam Shopee. Rebat RM200 untuk mereka yang beli aircond atau peti sejuk. Menarik tak?
Dengan segala perubahan dan penambahbaikan yang dilakukan, harapnya dapat lah kurangkan masalah mental yang mungkin dihadapi. Kita tak tahu sebab kita tak merasai sendiri.
10 Comments
Saya yang menurut perintah
ReplyDelete🙋♂️🙋♂️🙋♂️
Deletebila tak buat PKP rakyat lupa diri..tgk sedara mara berjalan ke sana ke sini.
ReplyDeleteKann. Bulan 12 lah bulan yang paling banyak nampak golongan yang enjoy sakan.
DeleteMujur 2 minggu je. Harap PKP PKPB kali ni berhasil lah.
ReplyDeleteHarapnya begitu lah. Tapi...
Deletememang...hari tu last day before PKP, da kena anxiety attack...aduhai...
ReplyDeleteSemua berlaku serentak. Memang stress jugak.
Deleteaida suka PKP ni. org dok diam.
ReplyDeleteif not, ya Allah, tiap minggu ke sana ke mari.
keje kawin. majlis bertunang. reunion. main bola.
aduhai :( now, senang skit hati frontliners.
moga dpt kurangkan kes menjelang bulan April.
Betul. Sakit jugak hati tengok sibuk nak bermajlis jugak time gini.
Delete