Dengan pengumuman yang baru kita terima ni, ternyata kita sebenarnya dah kalah dalam membanteras COVID-19 masa PKP 1.0 dulu.
Aku kecewa sangat bila ada pihak yang ambil mudah dalam proses pemulihan ni. Hujung tahun lepas, siap ada buat majlis kahwin bagai. Siap berseronok melancong serata negeri sempena tahun baru. Bangga duk cerita pung pang pung pang kat media sosial.
Kes tertinggi dalam sejarah. |
Seriously, aku kesian kat mereka yang terkesan: penjaja makanan, pengusaha kedai makan, retail services dan mereka yang dibuang kerja sebab PKP. Hilang punca rezeki untuk suap mulut.
Pihak yang ambil kesempatan? Berseronok pergi bercuti. Dengan tak ikut SOP 100%. Ambil mudah semua perkara. Dengan keluar rumah tak pakai mask. Walaupun duduk kat zon hijau, masih lagi perlu pakai mask untuk keselamatan.
Cukup lah kita semua merana dalam PKP 1.0 dulu. Kerajaan pun dah banyak bagi bantuan. Lepas ni, bila PKP 2.0 dan darurat ni start, ramai yang hilang mata pencarian. Masih ada lagi ke bajet kerajaan nak bagi bantuan? Kesian weh kat mereka yang betul-betul terkesan.
Yang swasta? Tunggu masa dibuang kerja. Yang kerja kerajaan ok lah. Tapi tu pun masih ada lagi mereka yang merungut kerja bertimbun walaupun dapat kerja kerajaan. Bersyukur sikit anda tak dibuang kerja sebab PKP ni.
6 Comments
tu lah, bukan sesuatu yang mudah untuk dilalui..tapi terpaksalah mengharunginya juga...kita da elok jaga SOP, orang lain ambil remeh pulak...
ReplyDeleteSebab orang lain punya pasal, yang tak bersalah jadi mangsa.
Deletetu la kan. da elok dah kita ari tu.
ReplyDeletebila elok, s.o.p ke laut. da lupa!
now, da tak terkawal. covid di mana-mana.
ramai yg tanpa gejala plak tu.
frontliners di spital da hampir tumbang.
peniaga rugi, hilang mata pencarian.
aduhai :(
Kann. Bila ada pihak yang betul-betul practice SOP, ada pulak pihak yang ambil mudah.
Deletekann..kita dah kalah PKP1.0 dulu. Harap tak kalah PKP2.0 ni. Bila bagi kelonggaran masing-masing rasa dah bebas. selagi belum menang, selagi tu lah kita jadi pengalah. huhu..sedihnya.
ReplyDeleteHarapnya tahun 2021 ni tak jadi macam 2020. Nanti berhuhu lah beramai-ramai.
Delete