Semalam, kita dapat berita tergempar dalam dunia pendidikan. UPSR aka Ujian Pencapaian Sekolah Rendah yang dah 3 dekad diperkenalkan (mulai tahun 1988), bakal dimansuhkan.
Kalau baca kat Twitter, ada yang bersetuju dan ada yang tak setuju. Pemansuhan UPSR ni dah jadi buah mulut sejak tahun 2009 lagi.
Kalau dah pihak KPM sendiri yang nak mansuhkan, mesti diorang dah ada future plan kan? Tapi bila cakap pasal pendidikan ni, kadang-kadang boleh katakan ibarat tikus membaiki labu. Sebab benda kita tak boleh nak jangka. Even negara luar yang maju pun ada masalah dalam sistem pendidikan.
Lecturer aku pernah cakap, kalau nak jatuhkan sesebuah negara, kacau lah sistem pendidikannya.
Kenapa? Sebab pendidikan ni memang satu portfolio utama setiap negara. Hebat macam mana pun bidang ekonomi dan teknologi negara tu, semua asalnya dari pendidikan.
Bagi aku, aku sendiri pun rasa berbelah bagi. Terlalu cepat kata putus untuk memansuhkan UPSR. Bila sebut UPSR, ramai pihak yang bash, cakap apa keperluan UPSR, budak-budak kecil tak perlu lagi stress dengan exam, cikgu-cikgu terbeban dengan nak kejar silibus.
Entah. Sejujurnya, semua tu alasan. UPSR ni dah molek plus comel dah. Masyarakat negara kita bukan jenis yang membaca. Dengan adanya exam sejak kecil, benda ni akan pupuk sikap untuk bersaing dalam meningkatkan ilmu.
Aku faham kenapa UPSR jadi isu. Antaranya sebab ada parents yang bangga duk canang satu dunia anak-anak diorang dapat keputusan cemerlang. Anak orang lain bodoh. Anak dia sorang yang cerdik pandai bijak cendikiawan! Hal ni sedikit-sebanyak akan terkesan pada mental dan emosi calon UPSR akan datang. Mak bapak diorang pun akan push anak-anak diorang untuk dapatkan keputusan cemerlang jugak!
Banyak rungutan dari cikgu-cikgu yang mengeluh tak cukup masa nak habiskan silibus buku teks. Ye lah. Sekarang cikgu-cikgu kena buat kerja kerani. Borang aktiviti luar pun nak kena buat sendiri. Aku faham sangat. Tapi ni bukan alasan untuk mansuhkan UPSR. Macam aku cakap, UPSR dah molek dah. Dengan pemansuhan UPSR, aku tak rasa pun beban cikgu-cikgu akan berkurang.
UPSR sebenarnya untuk apa? Ia satu ujian penilaian. Untuk test kefahaman murid-murid tahap 2, yang dah belajar dari darjah 4 sampai lah darjah 6. Untuk uji sejauh mana keupayaan mereka dalam memahami apa yang diajar oleh guru-guru mereka.
UPSR dikatakan berorientasikan peperiksaan. Bagi aku, mana-mana institusi pendidikan pun ada peperiksaan. Zaman aku sekolah rendah dulu, banyak je cikgu-cikgu buat aktiviti berdasarkan projek dan eksperimen. Sains ada eksperimen sendiri macam litar elektrik dan percambahan biji benih. Kemahiran Hidup (KH) pun ada projek pertukangan. Zaman sekarang, murid-murid siap buat roket air lagi! Hebat kau!
Ya. Ada pihak yang cakap budak-budak ni, pemirkiran diorang lain. Diorang belajar based on play. Bukan exam. Tapi ramai still tak tahu yang UPSR ni merupakan stage terakhir ujian yang diorang kena tempuh setelah beberapa tahun diorang 'play'. Dari darjah 4 - 6, setiap subjek ada je aktiviti yang melibatkan student-oriented atau student-centered learning. Cikgu-cikgu buat aktiviti dengan murid-murid. Paling banyak subjek Sains sebab Sains banyak eksperimen best!
Pendapat aku, kalau dikatakan UPSR ni fokus on exam semata, kenapa tak buat reformasi? Ubah balik sistem penilaian murid. Ambil contoh universiti buat penilaian. UPSR tak perlu mansuh, tapi percentage daripada result UPSR tu diperlukan untuk tambah dalam sistem penilaian pelajar. Bagi markah untuk participation dalam kelas, kuiz, presentation dsb.
Aku harap apa jua plan KPM lepas ni, harapnya menjadi lah. Jangan jadi macam kes Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik Dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) sudah lah. Banyak feedback negatif. Aku antara batch terawal sebelum dimansuhkan. Tapi bagi aku, aku bersyukur dapat belajar Sains dan Math dalam English. Sebab? Sebab bila dah masuk matrik dan universiti, Math, Kimia, Fizik, Engineering semua dalam English. Disebabkan aku dah didedahkan dari awal istilah-istilah Sains dan Math dalam English, jadi memang senang nak catch up dan faham. Even skor English aku pun meningkat masa PMR dan SPM.
0 Comments