Pernah ada pengalaman hilang barang tak? Mesti ada kan? Aku ingat lagi masa sekolah menengah. Waktu tu nak dekat SPM. Sekolah aku ada buat kem, combine dengan sekolah lain. Pelajar diwajibkan tinggal kat asrama sepanjang kem. Dalam 3 hari je.
Ni first time aku stay kat asrama. So, memang aku tak tahu lah selok-belok asrama macam mana. Aku stay sekali dengan classmates aku. Dalam lebih kurang 8 orang satu dorm tu.
Dorm yang ada katil double decker. |
Aku ingat lagi, waktu tu, sebelum mandi, aku ada letak duit dalam poket depan beg sekolah. At least RM4 ada dalam tu sebab aku plan nak beli jam dinding untuk cikgu Add Math aku sempena birthday dia tak silap aku. Lepas siap mandi, tergerak hati aku nak check poket beg sekolah. Tengok-tengok duit dah takde. Tinggal beberapa keping duit syiling je. Aku pelik. Takkan lah aku silap letak. So, aku diam je.
Petang tu ada kelas kat dewan. Kat situ lah aku dapat tahu bukan aku sorang je yang hilang duit, tapi ada pelajar lain yang hilang duit jugak! So, bermula lah spot check. Cikgu-cikgu periksa poket setiap pelajar, dalam pencil case, wallet apa semua. Tapi tak jumpa jugak. Dan memang aku jamin takkan jumpa. Ingat senang ke?
Contoh spot check. |
Waktu tu aku just redha je. Bila fikir balik, mungkin salah aku yang cuai tak simpan elok-elok duit tu. Kawan aku cakap tak payah redha, nanti pencuri tu akan datang mintak maaf kat akhirat.
Entah. Aku ni malas nak besarkan masalah. Tadi aku tengok video Ustaz Ebit Lew. Dia bagitau doa bila barang kita hilang. Lepas ni, boleh lah amalkan doa ni. InsyaAllah, kalau tak dapat semula barang yang hilang, Allah akan gantikan dengan yang lebih baik.
10 Comments
Saved . Iyer lah kadang terlupa jugak barang². Letaknya di tempat lain . Cari di trmpat lain
ReplyDeleteBetul. Mudah-mudahan jumpa semula. 👍👍👍
DeleteWak kalau sambil cari barang hilang sambil baca ayat kursi
ReplyDeleteBoleh amal ni.
DeleteArwah ayah pesan kalau cari barang yang hilang baca surah adh-Dhuha. Alhamdulillah, pernah hilang barang, dan jumpa semula apabila baca ayat tersebut berulangkali.
ReplyDeleteInsyaAllah boleh amalkan.
DeleteMemang pernah barang hilang. Samalah, malas nak besar besarkan hal tu. Berdoa harap jumpa semula tapi sampai sekarang tak jumpa. Terima kasih atas perkongsian doannya.
ReplyDeleteSama-sama. Lepas ni boleh sama-sama amalkan.
DeleteMacam pertama kali baca bacaan ini. Rasa macam bacaan lain.
ReplyDelete👍👍👍
Delete