Lepas format laptop aku, aku perasan kipas cooler laptop ni buat bunyi pelik. Bunyi macam mengaum. Lagi-lagi bila aku bukak software berat atau tengok video. Aku tak pasti sebab apa. Aku try cabut dan cuci kipas tu tapi still sama.
Memandangkan aku pakai laptop ni dah 3 tahun lebih, aku pasti mesti akan ada problem. So, aku pun try lah godek-godek kipas ni dalam Shopee. Kat Malaysia ada je yang jual tapi mahal sangat. Seller China jual lagi murah. Padahal aku pasti seller dari Malaysia beli kipas tu dari China tapi mark up harga tak ingat dunia.
Nak cari yang original memang mereput lah tak jumpa. Kalau ada pun harga mesti tak sedar diri. Setakat kipas ni, aku prefer OEM je.
2 Comments
Barang computer/laptop ni sanggup je saya tunggu dari sana. Harga local seller memang mahal. huhu
ReplyDeleteKann. Berganda-ganda local seller jual.
Delete