Mimpi mainan syaitan? Bulan puasa pun boleh mimpi?


3 hari lepas, 28hb, aku ada mimpi. Pelik sangat mimpi ni sebab ni lah kali pertama aku dapat mimpi macam ni.

Permulaan mimpi aku, aku jalan kaki sorang-sorang. Kiri kanan jalan tu kawasan bukit dan memang boleh katakan kawasan hutan dan semak. Tapi latar tempat ni aku ingat lagi. Kawasan rumah aku masa aku sekolah rendah.

Masa jalan tu, aku nampak ada tong sampah besi besar tu kat tepi jalan. Aku terbayangkan Zul Yahya naik kereta design sport ala Land Rover lalu situ dan terlanggar sikit tong sampah tu. Dan bila kereta tu berhenti tepi jalan, aku pun pergi tengok keadaan Zul Yahya tu. Tapi ni sekadar bayangan aku. Pelik aku. Macam mana aku boleh khayal macam ni.


Aku sambung jalan kaki. Sebelah kanan aku ada kereta warna biru yang park kat kawasan semak. Mungkin tuannya nak kutip hasil buah sebab kawasan tu ada kebun.


Aku pun sambung jalan lagi. Sebelah kiri aku, kat kawasan bukit berbatu, aku nampak ada 2 orang tengah solat membelakangkan aku. Maksudnya kiblat diorang belah barat laut aku. Aku tengok betul-betul. Rupanya Aeril Zafrel dan Wawa Zainal tengah solat. Belah kanan aku, ada macam beberapa orang tengah duduk bersila berkumpulan. Tengah buat persiapan apa aku tak tahu.


Tiba-tiba, ada perempuan panggil aku (perempuan ni macam style Sharifah Shahira), bagi satu tong, kecik sikit dari tong gas. Dalam tong tu ada air warna ungu gelap. Dia mintak aku tuang kat atas bukit sana. Aku tak faham kat mana 'sana' tu. Aku nak tanya, tapi blur waktu tu. Aku main agak je kat area Aeril Zafrel dan Wawa Zainal solat sebab kat area tempat perempuan tu bagi tong tu kat aku, macam dah ada orang tuang air, tapi warna maroon.

So, aku pun gigihnya lintas jalan ke arah Aeril Zafrel dan Wawa Zainal dan naik tangga-tangga kecik ke atas bukit. Masa nak sampai kat puncak, aku plan nak campak je tong tu. Tapi, tiba-tiba Aeril Zafrel kejutkan aku dari belakang dan mintak aku tuang elok-elok air ungu tu.

Lepas tuang, aku tak ingat scene apa yang berlaku. Sebab masa aku balik semula kat tempat perempuan tadi, aku pulangkan just kain tuala kecik macam tuala good morning, yang dah basah lencun dengan air warna ungu.


Lepas tu, scene bertukar. Aku otw balik rumah. Tapi latar tempat ni kat kawasan pagar belakang sekolah rendah aku yang baru. Kat sini, aku nampak ramai pelajar sekolah mengengah yang menghala ke arah 2 tempat. Semua macam pakai baju Melayu. Kat kiri aku ada tempat gulai daging warna ungu. Kat kanan aku ada tempat gulai daging warna maroon. Mungkin ada sesiapa buat kenduri. Jarak tempat tu jauh jugak. Dalam 100 meter macam tu lah.


Ikut logik, aku kena pergi ke tempat daging ungu sebab tadi kan aku tuang air ungu. Sebab jauh, aku pergi kat tempat daging maroon, yang memang dekat sangat. Masuk dalam bilik tu, ada beberapa buah meja. Atas meja tu ada banyak lauk termasuk gulai daging warna maroon. Ada kat satu meja tu, ada beberapa orang yang duduk kat situ pandang aku. Aku tak kenal tapi lelaki-lelaki tu rasanya budak-budak sekolah menengah aku.

Haritu hari Jumaat, dalam bulan puasa. Jadi, tak boleh makan. Kena bungkus. Masa aku nak ambik lauk tu, ada orang kat belakang belah kanan aku macam tengah panggil seseorang. Rupanya ada celebriti yang lalu. Tapi selebriti tu macam jalan laju nak kejar masa. Bila aku try panggil, baru dia toleh.

Lepas tu, mimpi aku habis macam tu je. Aku confius. Apa sebenarnya yang berlaku? Aku pun pelik macam mana aku boleh mimpi dalam bulan puasa ni.


Aku ada baca dalam forum. Ada yang kata memang syaitan diikat dalam bulan Ramadan ni tapi tak semua. Syaitan yang memberontak je yang kena ikat. Dan jin tetap ada. Ada jugak yang cakap, ada jin Islam yang suka menyakat.

Post a Comment

0 Comments