Aku tengok dalam Facebook Page SPA, bila scroll ke bawah, ada satu post pasal ujian SPiER. Ramai yang duk tanya SPiER ni ujian apakah? Matematik? English?
Jawapannya bukan. SPiER ni ujian psikometrik, yakni ujian untuk uji penilaian personaliti atau kompetensi calon. Nama penuhnya Ujian Sistem Pemprofilan Rekruitmen.
Ia direkabentuk untuk mengukur trait-trait individu berasaskan keserasian individu terhadap pekerjaan (job-fit), organisasi (organization-fit) serta sifat kerja berpasukan (team-fit). - SPA
Ada beberapa agensi lain selain JIM yang guna pakai ujian SPiER ni. |
Terbaru, Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) akan adakan SPiER pada 24 Mei 2021 - 26 Mei 2021 (Isnin - Rabu) untuk calon terpilih. Ada 99 soalan dan kena jawab dalam 30 minit je. Soalan tu memang tak susah tapi kau kena jawab dengan penuh keihklasan gitu. Sebab banyak soalan berkenaan nilai moral dan semangat patriotik.
Jawapan tu ada 4 jenis:
- Tidak langsung mencerminkan diri saya
- Jarang mencerminkan diri saya
- Kadang-kadang mencerminkan diri saya
- Sangat mencerminkan diri saya
1. Saya boleh dipercayai.
- Tidak langsung mencerminkan diri saya
- Jarang mencerminkan diri saya
- Kadang-kadang mencerminkan diri saya
- Sangat mencerminkan diri saya
2. Saya lebih suka bekerja secara berkumpulan.
- Tidak langsung mencerminkan diri saya
- Jarang mencerminkan diri saya
- Kadang-kadang mencerminkan diri saya
- Sangat mencerminkan diri saya
3. Menyimpan rahsia menjadi tanggungjawab saya.
- Tidak langsung mencerminkan diri saya
- Jarang mencerminkan diri saya
- Kadang-kadang mencerminkan diri saya
- Sangat mencerminkan diri saya
4. Saya bangga menjadi warganegara Malaysia.
- Tidak langsung mencerminkan diri saya
- Jarang mencerminkan diri saya
- Kadang-kadang mencerminkan diri saya
- Sangat mencerminkan diri saya
Tips
- Jangan gelabah macam nak jawab soalan Matematik dan English SPA tu. Sebab soalan SPiER ni 100% lagi mudah.
- Elakkan tinggal kosong dan jangan skip soalan. Jawab terus ikut flow nombor supaya jimat masa dan dapat elakkan masalah teknikal.
- Elakkan pilih jawapan moderate bila ragu-ragu dengan soalan.
- Pilih jawapan sama ada 'tidak langsung mencerminkan diri saya' atau 'sangat mencerminkan diri saya' sahaja.
- Jangan jawab dalam waktu puncak penggunaan Internet. Better jawab tengah malam atau pagi-pagi buta. Line pun laju.
- PENTING!!! Jangan gatal tangan nak beli e-book soalan SPiER ni. Tak berbaloi habiskan RM100. Soalan bukan susah pun. Nak beli, silakan. Jangan menyesal pulak.
12 Comments
Akak hari tu pun ada exam ni,tapi akak lupa nak jawab🤣.sebok sangat dengan kerja sampai kesudah lupa ada exam.
ReplyDeleteTakde rezeki kot tu. Saya baca komen/status, ramai jugak yang terlepas.
DeleteKena set reminder phone siap-siap. 😃
Mudah2an berjaya
ReplyDelete👍👍👍
DeleteSoalan senang tapi hasilnya luar biasa.. Sekarang ni untuk apa sahaja jawatan kerja kerajaan memang ada soalan ini.. Untuk tengok personaliti calon kan..
ReplyDeleteBetul. Personaliti yang baik sangat penting bila bekerja. Dan ni akan lead to integrity jugak. 😆
DeleteSemoga berjaya. Soalan mudah tu,semua jawapan pada dia. Apapun semoga ada rezeki ke peringkat seterusnya. Aminn...
ReplyDeleteAmin. Semoga dipermudahkan segala urusan.
DeletePernah beberapa kali temuduga tapi tak berjaya. Berjaya jadi calon simpanan je. Tadi kini dah kerja di agensi kerajaan negeri. Umur pun dah 40-an, malas dah nak isi SPA.
ReplyDeleteBetul. Bila dah lepas exam, temuduga pulak yang menanti.
DeleteUjian spier ne ada tak utk imigresen kp19 ? Or utk kp29 n kp41 ja?
ReplyDeleteSetakat yang saya tahu, KP19 pun ada ujian ni. Mana-mana pengambilan baru pegawai JIM, wajib ambil ujian SPiER ni.
Delete