Pengalaman join Putra Green Run 2018. Best ke?


Ni first time aku join acara yang sangat meletihkan. Aku dapat tahu masa tengok kat FB Page UPM. Time tu punya lah semangat nak join.


Aku join kategori 12km. Dalam kategori ni, ada set T-shirt, medal, drawstring bag dan sijil penyertaan yang akan diberi nanti. Untuk student UPM, diorang dapat join free (untung lah) tapi tak dapat T-shirt dan medal. Kalau diorang nak, maybe kena bayar kot.




Set ni sepatutnya kena ambil awal (25 atau 26 September). Tapi aku request nak ambil hari kejadian sebab bazir masa dan duit nak kena ulang-alik.

Belakang bangunan ni lah tempat aku ambil race kit.

Hari kejadian (30 september), aku pergi awal pagi sebab event start pukul 7 pagi dan aku kena pergi collect race kit tu dulu. Bila dah setel collect, aku terus masuk gym kat belakang Kompleks Sukan UPM tu sebab nak salin pakaian.


So, sebelum event start, ada lah aktiviti memanaskan badan apa semua tu. Lepas tu, runner akan dilepaskan ikut kategori.




Track untuk 12km ni memang tak sama macam 5km dan 3km. Lagi advance lah perjalanan. Aku pilih pun sebab aku nak pusing-pusing UPM. Nak tengok keindahan flora dan fauna dalam ladang-ladang UPM tu.


Pintu masuk Ladang 16.

Jauh perjalanan, luas pemandangan.

Sekumpulan lembu yang sedang istirehat di pagi hari.

Tapi tak jumpa rusa pun. Mungkin diorang join berlari sekali.

Tak tahu nama apa tasik ni. Mesti banyak ikan.


Jagung tengah membesar waktu ni.

Pintu masuk Fakulti Pertanian.

Ladang ternakan.



Memang banyak tempat menarik yang dapat tenangkan fikiran dalam UPM ni. Tapi ladang haiwan tu hanya jumpa ladang lembu je. Rusa dan kuda tak sempat sampai. Setiap checkpoint, akan ada orang (student UPM) yang jaga. Ada sesetengah tempat, diorang bagi air manis dan air mineral. Tempat lain, diorang just tunjuk direction takut runner sesat.


Yahoo! Dapat sijil.

Dalam iklan hijau gelap. Bila dapat, hijau cerah.

Lepas habis event, part ni yang aku tak tahan. Kaki aku memang lenguh sangat. Macam rasa urat tegang sampai jalan pun slow-slow. Aku ingatkan 12km tu dekat je. Rupa-rupanya jauh sangat. Panas tu takde lah tapi rasa melecet kat celah kangkang sebab silap aku pakai seluar slack, bukan seluar track. Adoi!

Post a Comment

8 Comments

  1. masa ni fun run blom trending sgt kot sbb tu meletihkan.. hehhe

    ReplyDelete
  2. Adoyai.. Saya bab berlari ni boleh, tapi melibatkan berkilo kilometer ni dah tak larat. Last saya masuk larian di Sabah. 10 kilometer saja, tapi rasa nak K.O. Haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul. Ramai yang berlari esp foreigners. Tapi saya banyak jalan je. Tak larat nak berlari.

      Delete
  3. Dah lama tak join fun run sejak2 covid melanda malaysia ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul. Memang takde siapa yang nak buat waktu macam ni.

      Delete