Shopee tak benarkan pilih kurier penghantaran. Berkuatkuasa sepenuhnya pada 17 Jun 2021.


Alamak! Ni yang aku tak berkenan. Sebelum ni aku pernah cerita yang kalau beli barang, aku prefer Shopee berbanding Lazada. Kenapa? Sebab Shopee ada option untuk pilih kurier yang berkenan di hati. Lazada takde.


Patut lah sebelum ni aku tengok tiba-tiba ada sesetengah kedai hanya ada option 'Standard Delivery'. Kurier apa yang akan hantar aku pun tak tahu. Leceh. Sebab? Bila ada kurier yang bermasalah, aku mungkin terpaksa guna servis kurier tu. Tak best weh.

Sebelum implementasi.

Selepas implementasi.

Sekarang Shopee buat secara berperingkat. Dan start 17 Jun nanti, Shopee akan pilih secara automatik kurier untuk kita. Dah lah kat sini J&T memang padu. Aku selalu beli barang pakai J&T. Lagipun J&T dan PosLaju je yang tak call tanya alamat rumah sebab diorang dah tahu rumah aku kat mana. Kalau kurier lain, leceh. Selalu call. Padahal dah pernah datang hantar barang.


So, let's say aku beli barang dalam Malaysia. Akan ada option Standard Delivery atau Economy Delivery atau Others. Standard Delivery ni lah yang merangkumi kurier seperti Shopee Express, J&T dsb.

Tapi bila fikir balik, aku tak faham justifikasi Shopee buat sistem baru ni.

Shopee nak control kurier 100% ke? Sebab dulu waktu ada kurier buat hal, ada sesetengah seller tak galakkan check out guna kurier bermasalah tu. Tapi lain tempat, lain ragam. Entah, apa pun sistem shipping yang baru, harapnya takde lah lagi isu main campak-campak barang customer.

Post a Comment

10 Comments

  1. alamak...jangan laa... J&T kat sini hampeh...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nasib badan. Harap lepas ni servis diorang ok.

      Delete
  2. aha laaa... j&t utk barang3 kecil ok lagi area umah kita tp klu barang besar kita prefer DHL....

    ReplyDelete
    Replies
    1. J&T dan PosLaju sini sama-sama dekat. Servis pun bagus.

      Delete
  3. So far pengalaman saya dengan Shoppe, apa-apa syarikat penghantaran ok sahaja

    ReplyDelete
  4. tempat kak shida,semua kurier okay tapi jika plg mantul J&T la..suka sgt depa, baik dan jujur!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama. Diorang memang letak elok-elok kat lantai. Takde campak-campak.

      Delete
  5. Alamak betul ke ni , CCL pun shopping kt shopee . Selalu courier yg mnjadi pilihan of course laa j&t and poslaju .

    ReplyDelete
    Replies
    1. Harapnya servis kurier bertambah baik lepas ni.

      Delete