A1 Spicy Dried Noodle. Kenapa tak viral?


Dalam banyak-banyak megi, ramen, ramyun atau seangkatan dengannya, megi dari A1 ni paling tak banyak orang review atau buat challenge. Aku pernah cari kat YouTube, IG dan Twitter, tapi berapa kerat je orang Melayu yang buat review. Kenapa? Tak halal ke? Megi ni halal je. Company ni jugak banyak jual produk halal yang lain.


A1 Spicy Dried Noodle ni agak mahal berbanding megi goreng biasa. Boleh katakan harga megi ni level Samyang. Aku beli kat Shopee kes nak try best ke tak. Sebab pernah tengok ada YouTuber buat challenge siap letak cheese lagi.



Dalam pek megi ni ada satu bekas plastik untuk letak megi. Student mesti melompat kegembiraan sebab tak payah nak basuh pinggan mangkuk. Selain tu, ada satu paket megi kering, paste, seasoning dan serbuk cili. Cara penyediaan macam megi goreng biasa. Rebus mi tu beberapa minit, toskan dan gaul bersama perencah yang ada. Sedap ke?


Lain orang lain cita rasa. Bagi aku, megi ni dah cukup rasa. Memang pedas terangkat. Tapi takde something new. Macam ada something yang kurang. Paste dalam paket hitam tu rupanya paste udang. Alahai. Aku memang tak makan megi perisa udang.

Pernah sekali aku beli megi udang (aku tak ingat brand apa), bau sup tu pun aku dah pening. Aku memang tak boleh makan megi udang. Bagi aku, tak ngam langsung megi campur paste udang. Kalau tomyam atau letak secoit udang kat atas megi tu lain. Bukan megi rasa udang 100%.

So, aku tak tahu kenapa megi ni tak viral. Mungkin paste udang? Sebab setakat ni, megi yang viral takde lagi rasa udang. Even Seafood Berapi Pedas Giler tu pun tak viral sangat kalau nak dibandingkan dengan Pedas Giler lain.

Post a Comment

10 Comments

  1. salam singgah sini. tak pernah makan jugak ni, tapi tengok ke tu mesti pedas berdesing rasa dia

    ReplyDelete
  2. betul jgk kadang bau udang tu sndri buat org kurang gemar nak makan....

    maybe x berapa nak viral sebab kan jenama itu sendiri kot?! wallahualam... sebab ekceli k ret pun first time tgk brand ni hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mungkin kot. A1 ni glamour dengan bihun. Pernah tengok iklan kat TV.

      Delete
  3. belum pernah rasa megi yang pelik pelik ni... Selalu jenama maggi, Mamee, Sedap, Indomie dan myojo...itu ajelah kot

    ReplyDelete
  4. Mama pun kalau perisa udang ni kireng sket

    ReplyDelete
  5. a1 ni halal kan produk dia 😀😀

    ReplyDelete