Adakah tidur anda mencukupi? Ini tips tidur yang sihat dan berkualiti.


Dari semalam lagi KKM post pasal isu tidur. Selama ni aku baca tweet pasal COVID-19, rupa-rupanya KKM ada jugak inform pasal tidur ni. Tidur ni salah satu aspek kesihatan. Mungin sebab ni kot diorang post pasal tidur.

10 tanda anda tidak cukup tidur



Kat sini ada 10 tanda bila kita tak cukup tidur. Antaranya:
  1. Mata bengkak, merah, lebam dan kantung di bawah mata
  2. Rasa tertekan
  3. Berat badan bertambah
  4. Sukar untuk fokus
  5. Kerap berasa lapar
  6. Banyak bergantung kepada kafein
  7. Berasa letih dan penat setiap kali bangun tidur
  8. Mudah jatuh sakit
  9. Emosi tidak stabil (mudah marah, terasa hati)
  10. Naik jerawat

Katanya kena tidur antara 7 hingga 8 jam sehari untuk orang dewasa. Boleh katakan semua simpton tu aku pernah alami bila tak cukup tidur. Tapi aku pelik macam tempoh waktu tidur tu terlalu panjang.

Aku ingat lagi zaman matrik. Lecturer aku pernah kata, orang dewasa macam kitorang ni tidur tak boleh lama-lama. Dalam 4 jam sehari pun dah cukup.

Tidur kena berkualiti, bukan kuantiti yang diambil kira.

Dan dia pun ada mention yang kalau boleh, kurangkan pengambilan nasi putih dalam sehari. Pengambilan nasi putih yang banyak antara faktor yang boleh sebabkan mengantuk. Memang betul. Aku try petua tu. Menjadi. Kurangkan kuantiti nasi putih dan banyakkan makan buah dan sayur.

Lepas tu, tiap kali aku pergi kelas, mudah je nak bangun tidur. Dalam kelas pun jarang sangat nak mengantuk. Matrik ni waktu belajar macam sekolah jugak. Tapi lagi panjang masa. Masuk pukul 8 pagi, habis kelas dalam 4.30 petang. Kalau tak cukup stamina dan tenaga, memang longlai dalam kelas.

Bila cakap pasal matrik, aku bersyukur dapat matrik yang bagi makan free. Tapi ada waktu makan yang student kena follow:
  • Sarapan (pukul 7 pagi - 8 pagi)
  • Minum pagi (dalam pukul 10 pagi - 10.30 pagi)
  • Makan tengah hari (1 petang - 2 petang)
  • Minum petang (4.30 petang - 5.30 petang)
  • Makan malam (6 petang hingga sebelum maghrib)
  • Supper (lepas isyak)

Setiap menu berat, mesti akan ada sayur dan buah. Memang menyihatkan betul kami student waktu tu. Dalam kelas, masing-masing siap bawak buah yang tak habis makan. Masa mengantuk, ada yang sambung makan buah dan ada yang makan gula-gula. Kalau mengantuk, aku akan keluar kelas dan pusing bangunan. Kadang tu singgah coop beli aiskrim. Tapi mintak izin lecturer dulu lah sebelum keluar tu.

Bila tak cukup tidur, point nombor 1, 4, 7 dan 10 tu selalu terjadi kat aku. Paling tak best bila jerawat naik menggila kat muka. Lepas tu stress dan lagi lah jerawat bertambah. Alamak.

Tips untuk dapatkan tidur berkualiti



Antara tips tidur yang berkualiti adalah:
  1. Tetapkan masa tidur dan bangun pada waktu yang sama
  2. Aktif pada waktu siang hari
  3. Berhenti main gajet minimum 30 minit sebelum tidur
  4. Suhu bilik yang selesa
  5. Tutup lampu
  6. Elak minum kopi, rokok dan alkohol
  7. Elak makan lewat malam
  8. Elak guna katil untuk aktiviti selain tidur

Point ke-2 (aktif pada waktu siang hari) tu aku tahu maksudnya. Bila kita aktif waktu siang, nanti waktu malam tu, badan mula penat dan tidur kita pun akan lena tanpa gangguan. Point nombor 7 (elak makan lewat malam) tu aku pernah alami masa belajar lewat malam. Masa kat matrik dulu, aku suka stay up. Pukul 1 pagi akan order nasi bujang (nasi putih, telur mata, sup). Bila makan pagi-pagi buta, esok tu bila ada kelas, tiba-tiba perut rasa lapar sangat. Siap bunyi lagi. Padahal dah makan. Sampai sekarang aku pelik effect apa yang berlaku.

Tips yang aku nak tambah adalah elakkan minum air yang banyak lewat malam. Lagi-lagi sebelum tidur. Sebab? Nanti selalu bangun nak pergi bilik air. Dah lena tidur, terpaksa pulak terkedek-kedek masuk bilik air. Kacau masa tidur dah kat situ. Kedua, kurangkan main gajet. Buat limit masa setiap hari. Apa yang aku perasan, bila aku overdosed main gajet, malam tu memang susah sangat nak tidur.

Konklusinya, aku rasa tidur waktu yang singkat takpe asalkan tidur tu berkualiti. Terlebih tidur pun tak elok. Nanti badan akan auto penat. Otak pun jadi pusing. Selain tu, tidur lah ikut kemampuan masing-masing. Sentiasa amalkan tips yang betul untuk dapat tidur yang sihat dan berkualiti.

Post a Comment

20 Comments

  1. Kalau saya tidur lewat, susah nak bangun pagi dalam keadaan segar dan bertenaga. Kalau saya tidur seawal pukul 10 malam, pukul 5 pagi rasa ringan saja nak bangun. Saya kategori perlu tidur 7 jam kot. Pernah pensyarakah saya kata, tidur yang berkualiti cukup 2 jam dalam sehari semalam. Aduhai.... saya lihat bawah mata pensyarah saya tu ada beg tebal (kantung mata). Tak cukup tidur kot!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tidur 2 jam tu macam melampau sangat. 😅

      Dah kira nap time tu.

      Delete
  2. bg k ret plak sebab dah terbiasa kot, tido mesti antara jam 11-12 mlm.... bangun plak x menentu.. paling awal kul 6 la kan... tp end up mesti nak kena tido balik hahhaa...
    sejak wfh ni lagi la, malas sungguh bangun awal2..

    mesti dah bgun akan tido blk, pastu akan ngun blk jam 8 -9 pagi aishh..ini macam dah terlebih tido sgt kan :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya pulak walaupun lama mana tidur waktu malam, waktu lunch memang kena nap sekejap. Kalau tak memang lesu badan hari tu.

      Delete
  3. Saya biasa tidur lewat.. tapi muka tak berjerawat.

    ReplyDelete
  4. Sleeping adalah recovery terbaik utk badan.

    ReplyDelete
  5. tidur berkualiti penting utk organ2 dalaman berehat..

    selalu gak tidur lewat sbb layan drama..itulah kan..kena stop gaya hidup tak sihat ni..

    ReplyDelete
  6. Wak kalau malam2 ngirup kopi memangla tido lewat

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang. Pernah minum kopi pekat, last-last tak dapat tidur. 😄

      Delete
  7. Kalau tidur awal dalam pukul 10 lebih, mata auto celik pukul 3 pagi. Itu hikmah tidur awal kot, boleh bangun tahajud? Related tak untuk agama Islam? Hahahaha. Tapi sekarang, dah terbiasa tidur pukul 1-2 pagi, bangun pukul 6.30 then tidur balik dalam pukul 7 lebih, bangun pukul 9-10. Petang tak tidur dahhh.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul. Tidur awal memang akan bangun awal. Takpe asalkan tidur cukup.

      Delete
  8. Akak plak waktu tido memang cukup 8 jam..pukul 10 malam masa wfh ni akak dah start tido dah..lepas tu bangun kul 6am, tido balik leps subuh..biadap kan..tido balik..hahaha...tapi kalau x wfh akak dah tido 9.30pm lepas tu bangun 5am sebab kul 6 dah keluar rumah nak pi keja

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau kerja office hour, memang nak tak nak, kena tidur awal. Kalau tak, nanti lesu kat tempat kerja.

      Delete
  9. tips akak satu je...jangan termula layan drama korea...hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kann. Bila dah layan, sampai ke subuh lah. 🤣

      Delete
  10. Mama selalu tido lewat tak tau la Ada aje nak buat hihii

    ReplyDelete