Beli earphone bajet dari Shopee. Best ke sound tu?


Hari tu aku order earphone kat Shopee. Brand TOPK. TOPK ni biasanya jual aksesori phone macam powerbank, charger, cable dsb. Masa aku order tu, diorang tengah buat promo. Off RM5. Aku pun cari lah benda yang boleh aku beli kat kedai tu. TOPK ni kedai asalnya dari China. Tapi kedai kat Malaysia pun ada jugak. Kiranya diorang bukak cawangan kat sini.



Aku pun jumpa lah satu earphone yang lawa. TOPK model F37 warna dark grey. Harga asal RM12.99 dan tolak voucher dan coins, harga jadi RM7.77 untuk satu earphone tu. Bukan tu je, aku dapat free gift cable iPhone sebijik.

Spesifikasi:
  • Name: F37 3.5 mm wired in-ear stereo earphone
  • Colour: Silver, blue, red
  • Microphone: Yes
  • Volume control: Yes
  • Bluetooth: No
  • Wear: In-ear
  • Material: Aluminum alloy + TPE + ABS
  • Length: 1.2 m
  • Sound resistance: 16 Ω + 15%


Aku test kualiti sound earphone ni dengan dengar bunyi dari video kat YouTube. Lepas tu aku dengar pulak lagu dari playlist muzik aku kat laptop.


Aku pecahkan kualiti earphone ni kepada beberapa kategori:

Harga: ★★★★★
Kualiti: ★★★★★
Design: ★★★★☆
Keselesaan: ★★★★☆

Stereo: ★★★★☆
Bass: ★★☆☆☆
Treble: ★★★★☆
Neutral sound: ★★☆☆☆

Dari segi harga tu, memang kena dengan kualiti. Barang bajet kan. Tak boleh nak expect lebih. Design tu tak nampak macam murah. Aku tengok lebih kepada design premium. Body earphone ni pun macam ada gabungan besi atau aluminium. So, bila pakai, tak rasa macam earphone murah. Setakat aku guna letak kat telinga, memang selesa walaupun aku gerak-gerak kepala.


Dari segi kualiti bunyi, aku rasa biasa-biasa je. Takde apa yang hebat. Stereo? Bunyi stereo tu ada. Bass tu nak kata best tak jugak. Sebab bila aku dengar lagu yang ada bass tinggi, bunyi yang earphone ni keluarkan macam tak deep pun. Bass yang normal. Tapi still lagi dapat rasa hentaman bass kat gegendang telinga.

Paling tak best, bunyi treble tu terlalu menonjol sampai tenggelamkan bunyi bass. Memang boleh sakit telinga kalau dengar lagu lama-lama. Bunyi lagu pun macam tak natural. Kadang-kadang ada part bunyi macam dalam gua.

Overall, aku rasa berbaloi beli. Earphone bajet dengan sound yang baik. Cuma aku tak test lagi guna mic. Selalunya kalau earphone bajet, mic memang tak jalan sangat. Dengar tak dengar je bila cakap guna mic tu. Tapi tak kisah lah. Aku selalu pakai earphone bila dengar lagu je. Jarang sangat guna bila call atau video call.

Post a Comment

10 Comments

  1. singgah sini n follow u back.. tq follow blog sy. salam perkenalan^^

    ReplyDelete
  2. singgah baca
    jom tukar link bloglist
    kembaraminda7.com
    tq

    ReplyDelete
  3. Puas hati bila produk berbaloi dengan harga yang kita bayar :)

    ReplyDelete
  4. Saya tak pandai nak menilai earphone tapi yang saya tahu lagu Only One tu best

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lagu ni memang best. Lagi-lagi part biola tu. 🙂

      Delete
  5. Kalau saya pun pakat pakai je, janji berfungsi dengan baik. Tak kisah dah pasal stereo bass dan lain lain hehehe.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya ni cerewet sikit bab audio. Sebab memang suka dengar lagu sound yang best. Baru feeling habis. 🤣

      Delete