Dari tahun lepas, YES ada buat kolaborasi dengan Shopee. Under program Shopee x YES Databack. Data YES percuma akan diberi tiap kali pembelian kat Shopee.
Dua syarat utama
- Percuma 5GB setiap RM50 pembelian dalam sesuatu bulan tu.
- Data percuma dihadkan sebanyak 100GB setiap bulan.
Dalam syarat pertama tu, contohnya kalau kita beli RM100 pada bulan Jun, data percuma sebanyak 10GB akan diberikan pada bulan Julai.
Tempoh sah laku bila dah dapat kod tu adalah selama 4 bulan. Kalau tak claim akan burn. Bila dah claim data tu, tempoh sah laku data adalah selama 30 hari. Lepas tempoh tu, data akan burn jugak. Sim YES ni kau nak ada sampai 5 sim pun takpe. Sebab Based on MCMC (Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia), limit prepaid sim card seseorang user (bagi mana-mana telco) adalah tak lebih 5 sim.
Bulan ni aku dapat 30GB data sebab masa puasa hari tu aku ada beli tilam katil. Tapi aku tak tahu data YES ni aku nak guna ke tak sebab aku sekarang pakai data Hotlink.
Cara claim
- Copy kod yang diterima dari app Shopee.
- Buka app MyYes, scroll down dan klik tab 'Redeem Voucher'.
- Masukkan kod yang dah copy tadi dan masukkan jugak Shopee User ID.
- Klik 'Verify'.
4 Comments
Wah berbaloi jugak tu
ReplyDeleteKann. Pengguna YES memang suka lah ni. 👍
DeleteMy mom also one of pengguna yes 👍
ReplyDeleteBagus ni. Untung pengguna YES. 😄
Delete