Cara tebus kredit RM150 eBelia dari ShopeePay.


Sekarang, mereka yang layak dah boleh claim RM150 ni. Program eBelia ni apakah?

Program eBelia merupakan salah satu inisiatif yang telah diumumkan di bawah Belanjawan 2021 dan bertujuan meringankan beban kewangan selain menggalakkan perbelanjaan secara tanpa tunai di kalangan belia serta pelajar sepenuh masa di institut pengajian tinggi tempatan berdaftar.


Ada 3 syarat utama:
  1. Warganegara Malaysia dan
  2. Belia umur 18 hingga 20 tahun (lahir pada tahun 2001 hingga 2003) atau
  3. Pelajar sepenuh masa di peringkat diploma atau SKM4 dan ke atas di institusi pengajian tinggi awam dan swasta di Malaysia yang berdaftar dengan kementerian terlibat.

Banyak channel boleh claim eBelia ni. Hanya dibenarkan pilih salah satu sahaja. Antaranya:

Proses claim hanya boleh buat dari 1 Jun 2021 hingga 22 Julai 2021. Dan tarikh last untuk guna kredit ni adalah pada 31 Julai 2021. Kalau tak guna, burn lah kot. Untuk claim dari ShopeePay, pengguna mesti aktifkan akaun ShopeePay dulu. Sebab dari sini lah IC anda akan diminta. So, tak boleh tipu konon sweet 18, padahal dah masuk 40-an. Heh!





Yang bestnya, bila dah berjaya claim RM150 tu, Shopee akan bagi voucher RM5 dan voucher lain jugak. Memang banyak. Untung lah siapa yang claim dari sini. Tapi tak semua barang belia boleh beli dengan RM150 ni.

Antara transaksi yang TIDAK dibenarkan:
  • Pemindahan "peer-to-peer".
  • Penebusan tunai.
  • Bayaran bil utiliti terintegrasi dengan aplikasi e-tunai.
  • Bayaran fi berkaitan Kerajaan terintegrasi dengan aplikasi e-tunai.
  • Bil pasca-bayar telekomunikasi dan prabayar terintegrasi dengan aplikasi e-tunai.
  • Pembelian permainan ("games") terintegrasi dengan aplikasi e-tunai.
  • Bayaran kepada peniaga bukan tempatan ("overseas merchants").

So, jadi lah belia yang bijak. Guna bantuan yang diberikan ke jalan yang betul.

Post a Comment

6 Comments