Fuhh! Akhirnya selesai jugak buat dark mode kat blog ni.


Semalam plus hari ni dah beberapa jam aku mengadap laptop. Gigih buat dark mode kat UI blog. Banyak coding kat Internet. Ada yang jadi ada yang macam harem. Lepas puas mencari, jumpa jugak satu yang betul.

Dah jumpa tu, satu kerjaan lagi nak kena edit apa yang patut. Edit, preview, edit, preview. Internet naik turun macam menganjing. Last-last jadi jugak.


Untuk tukar kepada dark mode, boleh klik butang bulan kat atas belah kanan blog. Kalau nak tukar kepada mode biasa, tekan sekali lagi (huruf A tu).

Light mode (desktop view).

Dark mode (desktop view).

Light mode (mobile view).

Dark mode (mobile view).

Walaupun lenguh leher ni tapi sangat puas hati. Lepas ni, kalau lampu rumah atau bilik dah tutup, takde lah pedih mata sebab terang sangat blog. Tahniah buat diriku. Muahh!

Post a Comment

10 Comments

  1. wahhh... ada magic la kt sini... tahniah!! penat tp puas hati kan? janji hepi... pkp ni x boleh stress.. hehehe

    ReplyDelete
  2. Takdelah silau kan kalau mcm tu mudah sikit

    ReplyDelete
  3. Bestnyaa boleh buat dark mode ni, atleast tak sakitkan bijik mata! Tapi lega kan bila dah menjadi jugak akhirnyaaaa.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul. Gigih tidur lewat malam sebab nak customize blog. 😅

      Delete