Setakat hari ni, Mamee Monster hasilkan pelbagai perisa. Antaranya:
- Perisa ayam
- Perisa BBQ
- Perisa pedas
- Perisa keju
- Perisa karipap
- Perisa ghost pepper
- Perisa nasi ayam Hainan
- Perisa surprising (pink)
- Perisa BBQ Boom Xtra Krunchy
- Perisa bawang Xtra Krunchy
Tapi sekarang yang menghilang adalah perisa keju dan perisa karipap. Mana perginya? Adakah sebab kurangnya sambutan dan syarikat
Mamee (Mamee Double-Decker (M) Sdn. Bhd.) terpaksa keluarkan dua perisa ni dari senarai jualan? Even aku cari dalam Internet pun tak jumpa perisa keju. Pelik bin ajaib.
Jujur aku cakap, perisa keju dan karipap tu antara kesukaan aku berbanding perisa ayam atau
BBQ. Last aku tengok perisa keju dan karipap kat kedai tahun 2017 tak silap. Sekarang kalau cari kat kedai atau online, memang takkan jumpa. Musykil aku ke mana perginya.
So, berbalik kepada persoalan utama. Ke mana menghilang perisa keju dan perisa karipap? Adakah perisa-perisa tu edisi terhad yang hanya dijual dalam tempoh tertentu?
12 Comments
Wow. baru tahu ada byk perisa.. Tau ada perisa bbq n ayam je. tak pernah perasan pun ada perisa lain. hehe..
ReplyDeleteBetul tu. Banyak sebenarnya. 😁
DeleteMacam² perisa Rupa-rupanya..
ReplyDeleteAda lagi perisa yang belum masuk Malaysia. 👍
DeleteRasa gabungan perisa keju dan karipap ke ?
ReplyDeleteTak. Perisa lain-lain. Tapi dua-dua perisa ni tak dijual dah. Tak tahu kenapa.
DeleteMakk aii x tau pun ada perisa karipap?? Nmpk sgt dh lama x makan mameee ni
ReplyDeleteKann. 😁
Deletewak pun kadang2 ratah jugak jajan mamee nih., hehehe
ReplyDeleteMakan sambil tengok TV best. 😄
DeleteLast time beli mamee monster perisa keju masa zaman budak-budak dulu, mungkin dalam tahun 2000-2005 camtu, sekarang dah takde, lama dah takde, aku carik makanan nostalgia macam maggi sup tulang (bukan macam sup tulang berempah sekarang, tak sedap!) Dan makanan2 nostalgia yg lain.
ReplyDeleteSup tulang label biru tu kan? Memang lama dah takde.
DeletePerisa keju tu yang best. Tapi sayang dah takde. Harap Mamee wujudkan lah balik semua ni.