Membesar dengan era perubahan genre lagu. Dulu lain, sekarang lain.


Antara perubahan yang sangat ketara sekeliling aku ialah industri muzik. Aku bukan fanatik muzik tapi ada jugak lah minat dengar lagu-lagu tertentu.

Membesar dari awal 90-an sampai sekarang, banyak genre lagu yang berubah mengikut fasa yang aku sempat follow. Sini, aku pecahkan kepada 5 fasa.

Fasa 1: Awal 1990's




Masa ni, trend muzik kat Malaysia lebih kepada kumpulan. Antara kumpulan best adalah KRU, 4U2C, Kool, A to Z, Elite dan Feminin. Hari-hari dengar lagu diorang. Time ni diorang paling glamour dalam kalangan remaja. Sebab kakak aku remaja dah time tu, so memang terikut-ikut nak dengar lagu-lagu kumpulan-kumpulan ni.

Penyanyi solo ada je waktu tu. Tapi impak penyanyi berkumpulan sangat lah tinggi sampai dapat tenggelamkan penyanyi solo. Tokti pun baru debut tahun 1995 tapi start glamour tahun 1996 dengan lagu Jerat Percintaan.

Fasa 2: Lewat 1990's dan awal 2000's




Time ni start naik kumpulan anak-anak muda yang suka nyanyi lagu jiwang macam New Boyz, Boboy, Kristal, Qface, Phyne Ballerz, Spin, Spoon dan X-Factor. Kumpulan perempuan dah kurang. Tapi tetap ada Amy Mastura dengan lagu yang cukup catchy.

Lagu lebih menjurus kepada slow ballad atau tangkap leleh. Sampai kumpulan-kumpulan rock pun naik jugak seperti XPDC dan Arrow.



Dalam masa sama, band dari luar negara mula mendominasi industri muzik negara kita. Antaranya kumpulan Westlife, Backstreet Boys (BSB), NSYNC dan Blue. Paling hot waktu tu tak lain tak bukan, Britney Spears. Sampai sekarang, penangan dia tu takde siapa mampu lawan. Benchmark yang dia letak memang terlalu tinggi.

Paling tak sangka jugak, awal 2000's ni munculnya penyanyi nasyid berkumpulan. Banyak pulak tu. Generasi ke-2 selepas Raihan, Hijjaz, Rabbani dan Saujana. Antara kumpulan baru time tu ialah UNIC, In-Team, Far East dan DeHearty.

Fasa 3: Pertengahan 2000's




Misha Omar, Siti Sarah, Jaclyn Victor, Elyana, Waheeda, Dayang Nurfaizah dan Hazami antara penyanyi Malaysia yang tengah naik.

Zahid.

Farah Breep Breep.

Fasa ni jugak lah mulanya terhasil penyanyi-penyanyi keluaran Akademi Fantasia yang jadi fenomena. Bila sebut Zahid, Nana, Vince, Khai, Burn, Adam, Bob, Farah, Kaer dan Anding, aku pasti dak-dak remaja time tu memang kenal. Lepas tu, baru nama-nama besar macam Mawi, Stacy dan Akim mula glamour.

Waktu ni kumpulan Malaysia dah kurang tapi band mula naik macam Spider dan Sofaz.

Fasa ke-3 ni memang terkesan dalam diri aku. Aku mula beralih arah kepada band dari luar negara seperti Simple Plan, Green Day, My Chemical Romance (MCR), Black Eyed Peas, Blink-182 dan Hoobastank. Kiranya ni waktu mula naiknya band-band dan penyanyi dari US terutamanya.

Simple Plan.

Green Day.

MCR.

Aku pun layan jugak Eminem, Hillary Duff, P!nk, Kelly Clarkson, Gwen Stefani dan paling best Avril Lavigne. Dia salah sorang penyanyi kegilaan remaja suatu ketika dulu.



Aku start kenal penyanyi luar negara ni kes dulu Gempak Starz ada publish majalah Hype! dan Utopia setiap bulan yang biasanya fokus kat penyanyi luar negara. Dulu walaupun aku takde smartphone dan komputer tapi sumber bercetak sangat banyak (sebelum zaman kejatuhan tahun 2015).

Super Junior.

Big Bang.

After School.

Bermula fasa ni jugak lah industri muzik 2nd generation Kpop mula naik dengan pantas. Tak silap aku tahun 2005, masa Super Junior tengah naik, banyak group baru naik sekali waktu tu macam Girls' Generation, Big Bang, 2NE1, Kara, T-ara, After School, 4Minute dan Sistar.

Start dari sini lah memang remaja especially student kat Malaysia mula menggilakan Kpop sampai pernah ada kes waktu penyanyi Kpop ni buat konsert kat sini, ada artis kita tak puas hati pasal tandas. Siapa yang follow waktu tu mesti tahu.

Fasa 4: Lewat 2000's dan awal 2010's


Zaman ni tengah havoc lagi pasal Kpop. Kpop Kpop Kpop! Kpop ni macam takde pengakhiran. Keluar penyanyi lama, muncul penyanyi baru. Industri diorang memang sentiasa bergerak dengan stabil.

Kat Malaysia waktu ni industri nyanyian dah mula pudar sejak pengunduran Tokti. Lepas Tokti dah tak aktif, boleh tengok industri kita makin lesu. Kurang competition. Persembahan dalam AJL (Anugerah Juara Lagu) pun makin tak best. Dulu masa Tokti ada, masing-masing memang bagi gila-gila persembahan. Prop tak payah cakap lah. Memang banyak. Sampai berpuluh penari kat atas pentas.

Ada je penyanyi baru yang naik tapi tak tahan lama. Dalam dua atau 3 tahun, dah jatuh balik.

Fasa 5: Sekarang


Sekarang aku kurang layan dunia nyanyian. Sekali-sekala tu ada lah. Bagi aku yang membesar zaman kepelbagaian genre lagu, apa yang aku tengok sekarang ni biasa sangat. Even ada kumpulan yang glamour satu dunia sekalipun, tetap tak dapat lawan kehebatan industri muzik dulu-dulu.

Dan aku tak sokong kalau penyanyi lama nak buat comeback kat zaman baru ni. Sebab? Kalau niat diorang nak bagi semula nostalgia kepada peminat, takpe lah. Kalau niat diorang nak naik macam dulu, aku rasa tak berbaloi. Taste peminat sekarang tak sama macam peminat dulu-dulu. Zaman dah berubah. Even BSB atau Westlife buat comeback, aku tak rasa mampu tandingi BTS, walaupun dalam Malaysia.

Rindu betul zaman tu. Takde pergaduhan antara peminat, takde menggila nak naikkan views. Dulu, masing-masing berebut kumpul majalah dan keratan surat khabar yang ada penyanyi kegemaran diorang. Pastu simpan buat buku atau tampal kat dinding.

Post a Comment

8 Comments

  1. aaaaa semua kita dengar...rinduya zaman ritu....terasa jauh sangat umurnya...kenangan lalu menusuk jiwa betullah

    ReplyDelete
  2. Replies
    1. Lagu yang tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas.

      Delete
  3. isu tandas tu macam kelakar dengar member cerita..haha

    https://www.tiarasaphire.com/2021/06/the-good-detective-2020.html

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kann. Rasa malu bila artis luar tahu. 🤦‍♂️

      Delete