Nak free shipping? Tebus voucher di Shopee setiap hari.


Sejak 2 minggu lepas lagi, Shopee dah start kempen free shipping RM0. Ramai yang memang menanti waktu ni termasuk aku. Free shipping ni sempena jualan pertengahan tahun (mid year sale) 7 Julai 2021 nanti. Tiap tahun memang akan ada kempen macam ni. Dari 1 Januari (1.1) sampai lah 12 Disember (12.12). Biasanya 3 minggu sebelum bermulanya tarikh keramat tu, diorang akan start kempen.


Paling best, Shopee akan bagi voucher free shipping RM0. Maksudnya kalau beli barang, tak payah bayar kos penghantaran walaupun harga barang tu 10 sen.


Semua barang ke boleh beli? Tak. Ada syaratnya:
  • Barang tu mesti ada label RM15 free shipping, atau
  • Barang tu mesti ada label RM40 free shipping

Waktu boleh guna voucher RM0 ni ada dua sesi iaitu:
  • Sesi malam (12AM - 2AM)
  • Sesi siang (12PM - 2PM)



Voucher baru akan diberi setiap hari dan boleh guna voucher tu pada waktu yang ditetapkan je. Tapi nak cakap, memang kena betul-betul pantas dan tangkas. Sebab kuantiti voucher ni memang sangat limited. Selalunya dalam masa 10 saat dah fully redeemed. Aku tak tahu lah berapa ribu voucher yang Shopee sediakan setiap sesi. Tapi untuk kempen kali ni, aku yakin lebih banyak dari kempen bulan puasa hari tu. Aku ingat lagi, masa tu tak sampai 5 saat dah fully redeemed.

Whole day RM0 free shipping voucher


Tapi paling best, setiap kali tarikh keramat tu (kali ni 7.7), Shopee akan bagi RM0 free shipping untuk keseluruhan hari. Ya, keseluruhan hari. Memang takde sesi siang atau malam. The whole day akan dapat RM0 free shipping, dengan syarat voucher RM15 dan RM40 tu ada lagi. Sebab voucher tu akan auto bertukar jadi RM0 free shipping.


Tapi tak semua barang lah yang boleh guna voucher RM0 tu. Macam aku cakap tadi, hanya barang yang ada label RM15 dan RM40 free shipping je yang boleh dapat RM0 free shipping. Ada banyak je kedai kat Shopee yang tak join program free shipping ni. Sebab tu takde label kat barang tu. Biasanya kedai-kedai baru memang belum join lagi program free shipping.

Untung kalau beli barang yang bawah RM15. Sebab boleh guna voucher ni dan bila check out, kos penghantaran tak perlu bayar dah.

Beza ke kos shipping sekarang vs dulu?


Kos shipping dulu (RM4.66).

Kos shipping dulu (RM5.04).

Kos shipping sekarang (RM4.60).

Memang berbeza. Mahal ke sekarang? Tak. Kos shipping makin murah (sikit). Dulu kalau perasan, kos shipping ada RM4.66 dan RM5.04 tapi sekarang, kos shipping jadi RM4.60 je. Yang ni terpakai untuk semua kurier yang berdaftar bawah Shopee. Tapi kos shipping tetap akan bertambah sekiranya berat sesuatu barang melebihi had yang ditetapkan untuk RM4.60 tu.

Post a Comment

6 Comments

  1. Wow.. best ni. Dah boleh beli Sambal nanti. Hihi

    ReplyDelete
  2. beli kat shopee bila rasa worth je sebab postage ke sarawak memang selalu mahal. sebab jarang membeli juga, tak pernah dapat offer free shipping ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang mahal jugak. Tapi tak silap, ada Shopee Mart khas untuk penduduk Sabah/Sarawak.

      Delete
  3. ada waktu dia rupanya.. tadi main bayar jaaa walaupon shipping kena bayar. xperasan yang ni. sayangnyaaaa xD

    ReplyDelete