Malam tadi aku masak kari ayam. Tapi guna bahan mudah je. Tempoh masak pun tak lama. Sebab aku ni jenis memang tak suka duk dapur lama-lama. So, main campak-campak je lah.
Bahan-bahan
- 3 ketul bahagian ayam
- 2 sb serbuk kari ayam Adabi
- 2 sb serbuk kari ikan Adabi
- 2 biji bawang merah kecil (dihiris nipis)
- 2 ulas bawang putih (dihiris nipis)
- 1 batang kulit kayu manis
- 4 biji bunga lawang
- 4 biji bunga cengkih
- 4 biji buah pelaga
- 3/4 cawan air masak
- Garam secukup rasa
- Minyak masak secukupnya
*Aku suka campur kari ayam dan kari ikan. Rasa jadi lagi best.
- Panaskan minyak. Aku letak minyak dalam setengah cawan sebab aku memang suka kari yang banyak minyak.
- Masukkan bawang merah, bawang putih dan 4 sekawan. Tumis sampai naik bau. Maksudnya sampai wangi.
- Ambil satu mangkuk, campurkan serbuk kari tadi dengan air masak. Sebatikan.
- Bila tumisan tadi dah naik bau, masukkan campuran serbuk kari.
- Kacau dan masukkan terus bahagian ayam.
- Kacau sikit bagi sebati dan tunggu sampai naik minyak. Api sederhana.
- Masukkan garam. Masakan akan siap bila dah pecah minyak.
12 Comments
Nampak sedap betul walaupun takde santan... buat makan dengan nasi atau buat cicah apa-apa sedap betul
ReplyDeleteSaya kurang suka gulai atau kari ada santan. 😅
Deletekari kalo x letak santan mmg nmpk cantik kalernya
ReplyDeleteBetul betul. 👍👍👍
Deletemenarik! boleh cuba resepi BK pulak..power masak!
ReplyDeleteBiasa-biasa je. 😆
DeleteKelihatan sedap.. Pandai masak.
ReplyDeleteSekali-sekala masak berat. 😅
Deletekebetulan dlm fridge aida ada lagi stok kari sotong semlm. awal2 da masuk fridge agar kekal boleh dimakan 2-3 hari selepas masak.
ReplyDeleteoic. campur 2 rempah kari tu ye? tq for sharing. nanti nak try.
aida, kalu masak kari tanpa santan, panggil ia tumis berempah. ikut mak. kalau mak mertua, dia panggil kari keling :) ha ha ha ha
Betul. Ada yang panggil kari mamak. Tapi memang saya suka tanpa santan sebab lagi terasa kari. 😅
DeleteYang campak-campak tu lah sedap.. hehehe
ReplyDeleteKann. Tapi next time nak buat tak jadi pulak. 🤣
Delete