Segmen Pencarian Bloglist Syu Deris.


Blogger Syu ada buat segmen untuk dapatkan bloglist memandangkan dia belum ada lagi senarai bloglist. Segmen ni mudah je. Syarat segmen ni adalah:
  1. Create satu post bertajuk "Segmen Pencarian Bloglist Syu Deris"
  2. Copy banner & backlink kan ke post ni
  3. Teka jumlah peribahasa yang korang nampak dalam gambar
  4. Nyatakan salah SATU peribahasa tersebut &
  5. Tinggalkan link segmen korang di ruangan komen

Tempoh penyertaan adalah selama 3 minggu bermula 23 Jun 2021 hingga 14 Julai 2021. Sebanyak 10 blogger terpilih akan disenaraikan dalam bloglist tu.

Peribahasa maksudnya suatu susunan kata dalam bentuk kiasan dan berlapik yang mempunyai pengertian tersirat.

Orang dulu-dulu ni kalau nak bersuara, diorang lebih suka berkias. Sebab? Boleh jaga air muka orang yang dituju tu.


Berdasarkan gambar, sebenarnya banyak peribahasa yang ada. Sebab orang Melayu memang kaya dengan peribahasa. Aku berjaya korek 36 peribahasa dari gambar ni. Antaranya:
  1. Ada air ada lah ikan
  2. Ada padang, ada belalangnya
  3. Air setitik dilautkan, tanah sekepal dipergunungkan
  4. Bagai cendawan tumbuh selepas hujan
  5. Bagai katak di bawah tempurung
  6. Bagai menebas buluh serumpun
  7. Bagai ular kena palu
  8. Bagaimana acuan begitu lah kuihnya
  9. Berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ke tepian
  10. Buah hati
  11. Bumi mana yang tidak ditimpa hujan
  12. Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan
  13. Gunung juga yang dilejang panas
  14. Hidung tinggi
  15. Jangan ditentang matahari condong takut terturut jalan tak berintis
  16. Kaki bangku
  17. Kalau takut dilambung ombak, jangan berumah di tepi pantai
  18. Ke bukit sama didaki, ke lurah sama dituruni
  19. Kura-kura dalam perahu, pura-pura tak tahu
  20. Kusangka panas hingga ke petang, rupanya hujan di tengah hari
  21. Langit tak selalu cerah, awan pula tak selalu mendung
  22. Malu bertanya sesat jalan, malu mengayuh perahu hanyut
  23. Melentur buluh biar lah dari rebungnya
  24. Mendapat kopi keras
  25. Patah kemudi perahu hanyut
  26. Rebung tidak jauh dari rumpun
  27. Ringan tulang
  28. Rumah mana yang tidak bersampah
  29. Sediakan payung sebelum hujan
  30. Sedikit-sedikit lama-lama jadi bukit
  31. Sekali air bah sekali pantai berubah
  32. Senyum kambing
  33. Seperti anjing dengan kucing
  34. Seperti rumput di tepi jalan
  35. Tak akan lari gunung dikejar
  36. Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya

Tak tahu lah ada lagi ke tak. Tapi aku rasa memang banyak. Bagus ada segmen macam ni. At least dapat asah otak yang dah lama tinggalkan zaman sekolah ni.

Post a Comment

16 Comments

  1. Mak Oii.. banyaknya. Saya dapat 10 je. Hihi

    ReplyDelete
  2. Allahu 36 ya, banyak betul tuuuuuuuu hahahaha.
    Apa apa pun, selamat bersegmen! :)

    ReplyDelete
  3. banyaknyaa..hahaha

    selamat bersegmen :)

    https://www.tiarasaphire.com/2021/06/hatimu-sedingin-salju.html

    ReplyDelete
  4. mak aih banyaknya dapat...mesti suka mambaca ni

    ReplyDelete
  5. Replies
    1. Ada lagi nak letak tapi takut terlebih pulak. 🤣

      Delete
  6. fuhhh thats so clever of u.. sy tengok gambar otak nda jalan pun lol

    ReplyDelete
  7. Wooooo.. terbaik! All the best!!!!

    ReplyDelete