Tonton live Amar Asyraf kat IG. Perkongsian kisah-kisah nabi dan para sahabat.


Tadi, masa duk godek-godek IG, terperasan Amar Asyraf buat live. Aku tak pernah join live dia pun selama ni. Tapi malam tadi tergerak hari nak tengok.

Masa aku join, Amar ni tengah kongsi kisah perang zaman nabi. Ada yang komen cakap dia dah berhijrah. Tapi Amar ni pulak, dia tak nak gelar yang dia dah berhijrah. Tapi kembali kepada fitrah gitu.


Dalam live tadi, dia pun ada kongsi pengalaman dan cabaran dia masa kembali kepada fitrah ni. Antaranya pasal orang cakap acah-acah nak berubah dsb.

Saya bukan ustaz, saya baru nak start. - Amar Asyraf

Dia pun ada cerita kalau kita nak dapatkan hidayah Allah, insyaAllah, Allah akan bagi. Macam kita nak duit, kalau kita usaha, Allah akan bagi. Tapi Amar tak suka tabloid dan seangkatan dengannya salah guna kisah dia ni. Ye lah. Nanti macam-macam info diputar belit oleh media massa.

Esok, pukul 8 malam, Amar kata dia nak kongsi lagi kisah. Kisah keagamaan kanak-kanak zaman Rasulullah SAW. So, sesiapa yang free, boleh join tengok live dia: Amar V. Asyraf (@amar_asyraf) esok.

Post a Comment

12 Comments

  1. Alhamdulillah . Ada jugak artis2 yang kongsi kisah2 para sahabat nabi

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah.. Semoga sekembalinya kepada fitrah menjadi contoh kepada kita semua.

    ReplyDelete
  3. Menarik! Bagus juga ada segelintir artis yg mahu mnjadi ikon dan contoh. Tahniah amar asyraf ��

    ReplyDelete
  4. Menarik tp tak pernah tgk artis bt ig live huhu

    ReplyDelete
  5. wah menarik ye. boleh follow dia lepasni :)

    ReplyDelete
  6. Alhamdulillah.. semoga beliau istiqamah dan asbab beliau berkongsi kisah nabi ini mampu mengajak ramai orang lagi menjadi lebih baik.. Aamiin..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul. Harap sentiasa istiqamah dalam membuat perubahan.

      Delete