Pertama sekali, untuk orang Islam, memang dilarang sekeras-kerasnya untuk buat tatu pada mana-mana anggota badan.
Larangan tatu dalam Islam
Daripada Abdullah bin Mas'ud RA, bahawa Nabi SAW bersabda:
لَعَنَ اللهُ الوَاشِمَاتِ وَالمُسْتَوْشِمَاتِ ، وَالنَّامِصَاتِ وَالمُتَنَّمِصَاتِ ، وَالمُتَفَلِّجَاتِ لِلْحُسْنِ المُغَيِّرَاتِ خَلْقَ اللهِ
Maksudnya: "Allah SWT melaknat orang yang membuat tatu dan orang yang meminta dibuat tatu. Orang yang mencabut bulu mata dan orang yang diminta cabut bulu matanya. Orang yang menjarangkan giginya demi kecantikan sehingga merubah ciptaan Allah SWT". [Riwayat al-Bukhari (di dalam riwayat al-Bukhari tidak disebut "وَالنَّامِصَاتِ"), no. hadith 4507, 5476, 5487 dan Muslim, no. hadith 3966]
Jabatan Mufti kat Malaysia, terutama Wilayah Persekutuan dan Pahang dah keluarkan kenyataan yang amalan bertatu ni bercanggah dengan ajaran Islam.
Antara sebab tatu ni haram:
- Kawasan tatu menjadi najis kerana darah yang beku padanya.
- Mengubah kejadian atau ciptaan Allah.
- Menyakiti dan memudaratkan tubuh badan.
- Terhalang air untuk berwuduk dan mandi hadas.
Larangan tatu dalam perubatan
Dari segi perubatan, amalan bertatu ni memang dikhuatiri boleh bawa mudarat. Sebab? Bertatu dengan menggunakan jarum yang tak bersih boleh menyebabkan virus bawaan darah seperti:
- Hepatitis B
- Hepatitis C
- HIV
Kelayakan derma darah buat pengamal tatu
Kat Malaysia, mereka yang ada tatu pada badan boleh derma darah, dengan syarat jarak masa antara derma darah dan tatu tu dibuat adalah minimum 6 bulan. Kes ni terpakai untuk yang bertindik, akupuntur dan jugak berbekam. Kenapa? Semua ni menggunakan jarum dan untuk elak penyebaran virus bawaan darah macam aku cakap tadi.
Kat US pulak, sebelum ni, mereka yang bertatu kena tunggu setahun baru dapat derma darah. Tapi start tahun lepas, waktu tu dah dikurangkan kepada 3 bulan. Sebabnya kes pesakit COVID-19 yang semakin bertambah dan kekurangan bekalan darah waktu tu. Selain US, negara lain yang dah guna pakai tempoh 3 bulan ni ialah UK dan Kanada.
Kelebihan tidak bertatu
Pernah tahu tak kenapa Cristiano Ronaldo (CR7) takde satu tatu pun kat badan? Biasanya pemain bola sepak ternama macam David Beckham, Lionel Messi, Neymar dan Luis Suárez ada je cacah tatu kat badan. Sebabnya CR7 ni suka derma darah. So, kalau dia ada tatu, tempoh menunggu untuk derma darah tu makin panjang dan belum tentu lagi dia boleh derma darah kalau ada tatu. Bergantung kepada kebenaran sesebuah klinik atau hospital jugak.
Celebration time…Join me and give a gift for life! Sign up to donate blood and plasma at https://t.co/4kjqXfhE25 pic.twitter.com/yIWgzp5PZG
— Cristiano Ronaldo (@Cristiano) December 30, 2017
Kesimpulannya, mereka yang bertatu boleh je derma darah. Tapi syaratnya kena tunggu dalam tempoh masa tertentu. Bila diyakini lepas bertatu tu, dia takde penyakit bawaan darah, baru lah boleh derma darah.
Aku rindu nak derma darah. Sebelum PKP, boleh kata tiap tahun aku pergi derma. Biasanya aku derma darah kat event yang hospital buat dalam mall. Last aku derma tahun 2018 tak silap. Tapi sejak PKP, memang takde event dah. Kalau dapat peluang pergi hospital untuk derma darah, memang aku nak sangat.
13 Comments
sama la dah lama jgk x derma darah ni...
ReplyDeleteRindu kan nak derma darah lagi? Bila lah ada peluang. 😌
DeleteTerima kasih atas perkongsian . CCL pun dapat info baru baca entri ni
ReplyDeleteSama-sama. Semoga info ni bermanfaat. 👍
Deletedah lama tak derma darah
ReplyDeleteTakpe next time ada peluang boleh derma.
DeleteTeringin nak derma darah tapi, tak lepas huhuhu :')
ReplyDeleteKenapa tak lepas? Try lagi sampai lepas.
DeleteAwal awal lagi berat tak lepas hahaha :')
DeleteNurse (kot) yang datang dekat universiti dulu pun suruh tambah berat badan dulu baru boleh derma darah hehehe
Tengok Ronaldo derma darah, saya dah lama tak boleh derma darah. Kali terakhir tahun 2000, selepas itu darah saya tak layak untuk didermakan kerana terlalu cair.. Sudah berapa kali nak menderma, begitulah jawapan dari jururawat selepas periksa darah saya.
ReplyDeleteDarah cair tu maksudnya kurang hemoglobin ke? Masa kat matrik, saya pun kena reject sebab darah cair katanya. Tapi lepas amalkan makan sayur, ikan dan minum soya, terus boleh derma.
DeleteTak layak derma darah walaupun tak beratatu sebab underweight. Teringin juga
ReplyDeleteKena tambah berat lagi ni. 💪
Delete