Cara beli lagu di FMC Music.


Tadi aku ada explain cara nak beli lagu kat iTunes. Kali ni aku nak tunjuk cara nak beli lagu kat FMC Music pulak.


FMC Music ni antara platform di mana kita boleh beli lagu atau album keluaran Malaysia secara digital dan jugak fizikal. Dalam website ni ada banyak pilihan lagu penyanyi di bawah label FMC. Bukan je lagu dari penyanyi baru yang ada, tapi penyanyi lama pun ada macam kumpulan Arrow, Spin, Scoin, album kompilasi lagu rock dan jiwang pun ada.

Cara beli lagu di FMC Music

  1. Klik website FMC Music: https://fmcmusic.com.my/store dan klik MY ACCOUNT.
  2. Masukkan Username (atau emel) dan Password, klik LOG IN.
  3. Untuk yang belum ada akaun, skip step 2 tadi. Terus pilih lagu dan klik ADD TO CHART. Untuk yang dah log in, ikut je step ni.
  4. Lepas pilih lagu, klik Checkout.
  5. Masukkan maklumat yang diperlukan dan klik PLACE ORDER untuk teruskan pembayaran secara online.
  6. Link untuk download lagu secara digital diberikan lepas setel bayar. Link ni jugak akan diberikan dalam emel nanti.







Mereput lah aku dengar lagu Wany Hasrita malam ni.

Walaupun lagu dalam FMC Music ni tak sebanyak macam dalam iTunes, tapi ada jugak lagu yang aku beli kat sini sebab tak semua album dalam FMC Music ni berbentuk digital. Ada yang dalam bentuk CD dan VCD jugak. Boleh beli dan simpan buat kenangan.

Post a Comment

8 Comments