Update: Tambahan misi Paralympic special (24 Ogos 2021)
Gigih dari hari Jumaat (23 Julai) duk main game ni. Game dari Google Doodles ni pasal kucing calico bernama Lucky yang mengembara ke pulau yang diberi nama Champion Island aka Pulau Juara.
Dalam pulau ni, Lucky kena bersaing dalam 7 jenis sukan. Ada sukan yang dia kena bertarung secara individu, ada jugak sukan yang dia main sekali dalam team.
Lepas dah setel join 7 acara sukan ni, ada mini games dalam setiap venue sukan tu. Lucky kena selesaikan semua misi. Untuk selesaikan semua misi, Lucky kena mengembara ke serata venue sukan sebab akan ada kaitan antara setiap tempat tu.
3 hari 3 malam duk bersengkang mata catit setiap misi yang ada. Harap berguna lah kepada sesiapa yang nak main game ni nanti.
Senarai misi dalam Doodle Champion Island
1. Bilik trofi
Hint: Kura-kura ni ada kat laman utama. Nanti just pergi dekat dia dan communicate. Kalau kura-kura tu tak muncul lagi, selesaikan dulu misi lain.
Bilik trofi ni ada kat bawah venue Climbing. Trofi akan muncul bila Lucky dah selesaikan setiap misi.
2. Climbing
Hint: Masuk Oni Island, communicate dengan team Rugby dan balik semula ke venue Climbing.
Misi 2: Cari Super Mountain Girl. Ada budak perempuan yang nak sambut birthday.
Hint: Super Mountain Girl ni arnab. Dia sembunyi kat belakang pokok dekat venue Climbing tu jugak.
Misi 3: Tolong arnab alih snowballs untuk masuk ke kolam air panas.
Hint: Pergi ke venue Archery dan dapatkan Super Fire Arrow.
3. Table tennis (Pingpong)
Hint: Pergi dekat setiap 4 pelita.
Misi 2: Cari Tengu (atlet Pingpong). Inform dia ramai penduduk tinggalkan kampung tu sebab bila Tengu main pingpong guna kipas dia, angin kuat yang dihasilkan buatkan penduduk tak selesa.
Hint: Tengu ada dalam Dojo Pingpong. Pergi dekat kawasan kipas yang ada kat dinding belakang dia.
Misi 3: Cari jubah halimunan Tengu. Ada sotong kurita yang ambil.
Hint: Ikut arah kilauan kat kawasan Bamboo Forest.
Misi 4: Kena cari budak pelik (Amefuri Kozo) kat luar Dojo untuk lintas jambatan yang katak jaga.
Hint: Budak tu ada kat belakang Dojo dan kena redah air baru jumpa.
Misi 5: Dapatkan tiket kereta api kat Tanooki City. Budak pelik tu kena naik kereta api untuk keluar dari venue Pingpong.
Hint: Kena pergi kat kaunter tiket dalam venue Skateboarding.
4. Skateboarding
Misi 1: Disebabkan tiket kereta api dah habis, kena pergi ke Noodle Shop, mintak dengan owner.
Hint: Bila masuk dalam kedai Noodle Shop tu, pergi dekat owner (sotong kurita) dan communicate.
Misi 2: Cari buku milik memerang.
Hint: Pergi ke kedai buku dan cari buku seketul warna hijau sebelah kanan rak buku.
Misi 3: Dapatkan password untuk pergi ke exclusive skatepark seberang landasan kereta api.
Hint: Masuk Dojo Skateboarding dan communicate dengan musang (password: TEA KETTLE).
Misi 4: Tolong pekerja tapak pembinaan untuk dapatkan air dari kolam air panas.
Hint: Pergi ke venue Climbing dan cari kolam air panas (ada monyet berendam).
Lepas tapak pembinaan dah setel.
Misi 5: Tolong owner bakery cari pengganti sebab dia nak pencen dah.
Hint: Pergi ke venue Rugby dan masuk dalam kedai bakery milik oni.
Misi 6: Cari Daichi.
Hint: Daichi ni kucing yang ada dalam Noodle Shop tengah makan mi.
Misi 7: Tolong cari kasut Daichi dan bagi botol air serta bandana kepada Daichi.
Hint: Kasut ada kat venue Marathon, botol air kena pergi beli dekat kedai dalam venue Skateboarding tu jugak dan bandana tu, Lucky bagi dia punya. Daichi tu memang mengada-ngada betul. Masa part bandana, jangan lupa pilih option 'Give bandana'.
5. Artistic swimming
Hint: Surat tu ada antara dua pelita dekat jambatan. Ambil dan masuk ke istana dalam laut tempat adanya Urashima Taro.
Misi 2: Cari 3 orang adik-beradik perempuan untuk selamatkan torii yang dah runtuh.
Hint: 3 beradik ni rupanya kura-kura. Satu ada kat venue Marathon, satu ada kat venue Climbing dan satu lagi ada kat venue Skateboarding.
6. Archery
Hint: Pusing sekeliling venue Archery tu dan kutip 5 anak panah warna biru.
Misi 2: Tolong landak bagi surat kepada tukang kunci dekat Oni Island.
Hint: Pergi ke Oni Island (venue Rugby) dan communicate dengan oni warna biru yang jugak owner kedai kunci.
Misi 3: Tolong ikan biru cari anak panah dia kat atas istana Yochi (atlet Archery).
Hint: Kena pergi jalan-jalan selesaikan misi kat venue lain dulu. Sebab anak panah tu lambat muncul.
Misi 4: Lucky nak beli Super Fire Arrow dalam kedai Fluffy's Arrow Shop. Tapi sebab barang rare, kena ada komponen khas. Lucky kena pergi ke Oni Island dan dapatkan lava.
Hint: Pergi ke Oni Island dan cari botol lava.
7. Rugby
Hint: Momotaro ada kat gunung dalam venue Climbing. Ikut laluan yang ada buah peach.
Misi 2: Tolong oni untuk capai impian dia jadi seorang baker.
Hint: Pergi ke Tanooki City (venue Skateboarding) dan communicate dengan owner bakery. Tapi laluan bakery takkan dibuka selagi Lucky tak bagi air dari kolam air panas kepada pekerja tapak pembinaan tu.
Misi 3: Tolong oni biru (Hiro) bagi barang order kepada Petunia (landak).
Hint: Communicate dengan Hiro dan masuk semula ke venue Archery untuk jumpa Petunia. Petunia ni pun mengada. Lepas dapat barang, terus halau Lucky.
8. Marathon
Hint: Dua ranting ada kat tepi pantai. Satu lagi ada kat tepi pantai jugak tapi kena setel masalah dua Kijimuna dalam pokok. Lepas masuk melalui pintu dalam pokok tu, baru boleh jumpa ranting ketiga.
Misi 2: Tolong musang cari bat (raket) pingpong.
Hint: Bat tu ada kat tepi pantai.
Misi 3: Cari anak Kijimuna yang hiperaktif.
Hint: Kena 3 kali tangkap anak dia tu. Cari sekeliling venue Marathon.
Misi 4: Beli snek kat bakery shop dekat venue Skateboarding untuk selesaikan pergaduhan Kijimuna dalam pokok.
Hint: Ada sekor ketam kat luar pokok tu yang bagi info suruh beli. Bila dah masuk dalam bakery tu, masa communicate dengan penjual, make sure pilih option 'Save it'. Jangan selfish!
9. Petak trofi kosong
Hint: Pergi ke venue Rugby dan comunicate dengan kucing yang tengah tidur. Kemudian, masuk balik ke bilik trofi, akan muncul trofi kat petak belah kiri yang kosong tadi.
10. Plot twist
Rupanya burung bangau yang jaga bilik trofi tu bukan owner sebenar. Owner sebenar bilik trofi atau Trophy Master tu ialah kucing yang bernama Momo.
Misi: Cari info pasal pemilik sebenar.
Hint: Keluar dari bilik tu dan communicate dengan dua penjaga pulau yang ada kat luar bilik. Pergi semula ke venue Rugby dan communicate sekali lagi dengan kucing yang tidur tadi. Lepas dapat info, pergi ke venue Climbing dan masuk dalam rumah bot yang ada pusaran air. Kat sini lah adanya Momo, owner sebenar bilik trofi. Bila masuk semula ke bilik trofi, semua trofi dah lengkap. Setel semua misi.
11. Paralympic special - New!
Hint: Oni ni ada kat venue Rugby. Waktu communicate dengan dia, pilih option 'Who cares?' dan kena cari buku motivasi untuk bagi kat dia. Buku tu ada dalam kedai buku kat venue Skateboarding.
Misi 2: Cari pembeli terakhir buku motivasi.
Hint: Buku motivasi dah sold out. Kena pergi kat dojo dalam venue Climbing dan communicate dengan burung kecil. Dia yang beli buku tu. Pinjam buku tu dan bagi kat oni kerdil.
Misi 3: Tolong rusa untuk jual rumah kosong.
Hint: Masuk rumah merah dalam venue Artistic swimming. Ada rusa yang tengah cari pembeli rumah kosong tu. Communicate dengan dia dan kena tolong dia cari bakal pembeli rumah. Pembeli tu ialah ketam merah.
Misi 4: Cari ketam merah.
Hint: Pergi ke venue Marathon dan masuk dalam rumah pokok untuk keluar ke bahagian pantai sebelah satu lagi. Ada ketam merah kat situ. Communicate dengan dia dan balik semula ke rumah kosong untuk inform rusa tadi.
Ulasan
Lama dah tak spend masa yang lama semata-mata nak habiskan game. Bagi aku, game 16-bit ni sangat menarik. Tak perlu grafik yang tinggi asalkan seronok main.
Sukan utama (7 jenis) tu senang je nak main tapi mini games ni memang payah sikit. Banyak misi. Kena sanggup korbankan masa untuk mengadap game. Tak larat nak keluar masuk venue sukan. Tapi aku tak spend banyak masa pun dalam sehari. Just biarkan laptop dalam sleep mode bila nak masuk tidur. Aku tak tutup browser sebab risau game tu akan start dari awal (tapi elok je). Kes takde butang nak simpan progress game tu, walapun ada yang kata progress tu auto tersimpan dalam cache browser.
14 Comments
Akak tak sempat nak main lagi.Dari hari tu dah tengok dah.Tengok game cenggini, teringat zaman-zaman main gameboy dedulu.
ReplyDeleteKena main game ni. Memang addicted. 😄
Deletetak bisa temukan satu lagi adik-beradik perempuan kura-kura ada kat venue Skateboarding untuk selamatkan torii yang dah runtuh Artistic swimming
ReplyDeleteMasuk venue Skateboarding (klik melalui peta). Lepas tu Lucky akan sampai depan torii. Naik je jalan atas sampai jumpa ketam merah yang tengah angkat berat.
DeletePerhatikan sebelah kanan jalan, ada laluan simen berpetak. Bila masuk laluan tu, ada kappa kat depan rumah. Masuk dalam rumah tu dan akan jumpa kura-kura tengah tidur.
Astaga.. gigihnya dia, main game. Tapi, comei ye, game tu. :)
ReplyDeleteMemang terpaksa habiskan main sebab betul-betul ketagih. Game gini memang tak boring main.
DeleteBaru tahu pasal game ni hahaha, boleh la cuba sebab bosan dahh main game sedia ada ni.
ReplyDeleteRecommended. Kalau sangkut kat tengah game, boleh refer entri ni.
DeleteGigih ye main game... sy dh lama x main game.. mungkin sbb dh nk jd warga emas lah kot.. hahaha
ReplyDeleteSekali sekala untuk hilangkan stress waktu PKP ni. 😂
DeleteGame dia macam game lama lama. Tak pulak nak klik tengok kat google tu :)
ReplyDeleteBetul. Rare game macam ni zaman sekarang.
DeleteJarang sangat main game..
ReplyDeleteSaya pun jarang. Bila ada peluang baru dapat main.
Delete