Hukum iklan Google AdSense dan Google AdMob dari perspektif Islam.


Semalam lepas update entri baru, aku view blog. Masa view tu, terkejut aku tengok ada iklan arak kat sidebar. Sebelum ni memang takde. Mungkin sebab aku buat entri berkaitan dengan masyarakat Barat. Entah. Sebelum ni entri aku ada je pasal Barat. Tak tahu kenapa tiba-tiba ada iklan arak dan judi pulak.



Aku pun terfikir. Setiap iklan yang ada kalau berunsur haram seperti arak, judi dsb, apa status duit yang kita dapat nanti dari Google? Adakah kita bersubahat dengan sama-sama membantu mengiklankan sesuatu yang ditegah dalam Islam? Aku pun apa lagi, godek merata portal untuk dapatkan jawapan.

Hukum Goolge AdSense dan Google AdMob


Soalan

Assalamualaikum kalau pihak tuan tidak keberatan, bolehkah ambil tahu pasal Google AdMob atau Google AdSense yang mana bila kita klik iklan dengan kriteria-kriteria tertentu kita akan dapat duit daripadanya? Hukum duit itu sendiri bagaimana? Saya tanya kerana ramai yang terlibat dengan perkara ini. Dan saya juga terlibat pada peringkat permulaaan. Terima kasih.

Jawapan

AdMob merupakan platform pengiklanan yang berlandaskan penggunaan telefon mudah alih. Ia merupakan salah satu daripada anak syarikat Google. Manakala Google AdSense merupakan program pengiklanan berdasarkan laman web dan blog. Kedua-dua program ini merupakan program pengiklanan di antara pemilik iklan (Google) dan pemilik laman web. Pemilik laman web dapat menjana pendapatan melalui bilangan pengunjung melayari dan meng "klik" iklan yang disiarkan di dalam laman web mereka. Pemilik laman web merupakan wakil syarikat Google untuk mempaparkan iklan di dalam laman webnya. (Rujuk: https://ms.wikipedia.org/wiki/AdSense dan https://ms.wikipedia.org/wiki/AdMob)

Akad merupakan faktor penting dalam urusan Muamalah ini kerana untuk menentukan halal haram di dalam hukum syarak. Selain itu, akad merupakan urusan yang memerlukan keredhaan di antara keduanya. Ini seperti yang terdapat dalam kaedah fiqh:

الأصل في العقود هو التراضي

Maksudnya: Hukum asal pada akad (kontrak) itu adalah keredhaan.

Selain itu, seharusnya isi kandungan kontrak dan perjanjian itu tidak mengandungi unsur-unsur yang diharamkan syarak dan juga boleh membatalkannya seperti terkandung di dalamnya riba, gharar dan lain-lain. Ibnu Taimiah menyatakan dalam kitabnya:

أَنَّ الأَصلَ فِي العُقُودِ وَالشُّرُوطِ الجَوَازُ وَالصِّحَّةُ، وَلَا يَحرُمُ وَيَبطُلُ مِنهَا إلّا مَا دَلَّ عَلَى تَحرِيمِهِ وَإِبطَالِهِ نَصٌّ أَو قِيَاسٌ

Maksudnya: Sesungguhnya hukum asal akad (kontrak) dan syarat adalah harus dan sah. Tidak diharam dan dibatalkan keduanya melainkan terdapat dalil yang mengharam dan membatalkannya sama ada dari segi Nas atau Qias. [Majmuk Al-Fatawa Li Ibnu Taimiyyah: 17/65]

Kesimpulan

Berbalik kepada persoalan yang diajukan di atas, penggunaan Google AdSense dan Google AdMob ia termasuk di dalam Al-Wakalah Bil Ujrah. Ini kerana pemilik laman web mewakili Google untuk mensiarkan iklannya di dalam laman web. Berbalik kepada dalil yang didatangkan di atas hukumnya adalah diharuskan sekiranya:
  • Kandungan akad dan kontrak mestilah jelas sama ada dari segi pembayarannya serta terma dan syaratnya supaya tidak melanggarkan syariat.
  • Tidak terdapat unsur-unsur yang gharar, riba dan penindasan sebelah pihak seperti mengiklankan permainan judi dan lain-lain.
  • Kandungan iklan mestilah tidak mempromosi perkara yang diharamkan syarak seperti iklan arak, pornografi dan lain-lain.

Kalau nak tahu lagi detail, boleh baca kat sini: Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan

Sekarang, boleh ke tak letak iklan Goolge Adsense dan Google Admob?


Jawapan paling mudah, sangat berisiko. Pastikan iklan tu takde unsur-unsur syubhah. Takkan lah kita nak bagi Google letak iklan arak atau judi kat blog kita kan? Kalau rasa was-was, tak perlu letak.

Buat entri yang takde kaitan dengan elemen-elemen tu. Sebab iklan Google ni diorang guna teknologi AI (Artificial Intelligence) aka kecerdasan buatan. Jenis iklan muncul berdasarkan konten penulisan kita sama ada teks ataupun gambar yang kita publish.

Post a Comment

24 Comments

  1. Ok terima kasih kupas isi ini.

    ReplyDelete
  2. boleh banned iklan yang kita suka.

    tapi ada juga keluar.

    sebab itu saya tidak harap sangat income dari Adsense ini

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul. Dah buat. Keluar jugak iklan yang tak patut.

      Delete
  3. Kena pantau juga, keadang block pun masih ada lagi jem kepala haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kann. Nak block semua macam tak function pulak nanti.

      Delete
  4. Boleh pilih kat setting Adsense tu, Blocking Controls --> All sites --> Sensitive Categories --> Manage Sensitive Categories, kita boleh block iklan macam online Casino, Gambling and Betting. Tapi hari tu, terkojut jugak, tengok gambar seksi, ubat kuat la, keluar kat blog. Huu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul kak. Dah setting kat situ. Keluar jugak iklan pelik. Entah macam mana mesin diorang detect.

      Delete
  5. Replies
    1. Bagus tu. Tenang hati tak perlu nak ubah setting. 😢

      Delete
  6. Kadang dah block tapi still keluar, tapi kadang kadang ada jugak terlepas pandang. Nak kena double check la lepas ni. Nice sharing BK!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul. Memang kena double triple check. Satu kerjaan pulek. 😂

      Delete
  7. Buat masa ni blog saya takde iklan melainkan iklan sambal saya.. haha

    ReplyDelete
  8. Thanks share. Dah setting awal awal dan block iklan. But still iklan yang tak sepatutnya masih berkeliaran.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama-sama. Memang betul. Dah block pun tetap ada jugak.

      Delete
  9. Thanks share. so far tak pernah nampak iklan aneh-aneh lagi kat blog sendiri. Tak harap sangat pun adsense actually. Bertahun pasang pun sendu. haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama-sama. 👍

      Betul. Memang payah nak masuk income sebenarnya. Lain lah kalau kita ada at least 10k followers. 😅

      Delete
  10. BAHAYA JUGAK KALAU KELUAR IKLAN YANG ANEH-ANEH .

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul. Kena ambil langkah cepat halang iklan yang tak patut.

      Delete
  11. Asalam..takdirNya saya jumpa artikal ini..rasanya belum terlambat alihkan iklan tu..kadang ada iklan ganggu juga banyak ..terima kasih ya infor ini

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul. Kadang tu memang mengganggu pengalaman membaca artikel blog.

      Delete
  12. artikal tuan BK ni masa Julai..saya off blogging..sesekali baca paparan kawan2

    ReplyDelete
    Replies
    1. Takpe. Semoga info yang dikongsikan bermanfaat. 😀

      Delete