Aku beli pek ni dalam kedai Mamee kat Shopee. Pek rempah ni antara produk baru keluaran Mamee. Aku nak try produk ni memandangkan aku suka masak kari tanpa letak santan. Bila tak letak santan, rasa kari agak kurang kick dan kurang berlemak. Bila guna produk ni, dengan harapan kari tu nanti akan jadi kick.
Rempah 4 Sekawan ni sebenarnya kombinasi 3 sekawan iaitu bunga lawang, bunga cengkih dan kulit kayu manis dalam bentuk serbuk. Buah pelaga takde. Pelik jugak aku. Katanya 4 sekawan. Mana sorang lagi? Bergaduh ke?
Contoh 4 sekawan. Gambar credit Cooking with Subhan. |
Aku masak kari macam biasa. Just masa tumis bawang tu, aku campur sekali serbuk ni dalam 1 sudu besar sebelum masukkan serbuk kari. Masak sampai pecah minyak dan memang aku tak taruk santan.
Best ke? Bagi aku, rasa kari ayam ni memang lain. Lebih padu kata orang. Pek rempah Mamee tu memang boleh katakan sebagai mangkin untuk tambah rasa. Bukan hanya ada 3 elemen utama, tapi rempah tu dicampur jugak dengan serbuk jintan putih, lada hitam dsb. Next time kalau masak kari lagi, boleh lah taruk pek rempah ni.
10 Comments
Belum pernah cuba lagi rempah 4 sekawan ni. Kalau jumpa di kedai nanti nak juga beli.
ReplyDeleteBoleh cuba. Kat kedai saya tak pasti ada ke tak. Setakat ni belum jumpa lagi.
DeleteMudah betul kerja masak ada ready made pes. Ikut selera masing-masing. kalau saya suka jenis ada santan lagi. baru ada kick kari berlemak gitu. But macam ni pun okay dah terasa segala rempah dia.
ReplyDeleteMemang dah terasa rempah. Entah siapa chef yang invent pek rempah ni. Memang bagus betul.
DeleteMudahhnya nak masak sekarang ni, macam macam ada, dan ubah ikut selera kita. Boleh riki riki jugaklah lepas ni.
ReplyDeleteMemang mudah. Jimat masa dan sedap.
DeleteApakah makhluk riki riki tu?
Tak pernah lagi guna rempah pek mcm ni.. selalunya guna je 4 sekawan yg biasa, cuma time nk makan kena hati hatilah... Kalau tergigit si cengkih tuu fuhh
ReplyDeleteKena beralih kepada rempah ni. Confirm tak tergigit dah.
DeleteNampak macam best je..
ReplyDeleteMemang best. Kena try. 😁
Delete