Aku beli earphone ni kat Shopee. Waktu tu ada promo off RM5. Masa nak beli tu, aku baca review dulu. Kebanyakan positif review. So, aku pun grab lah satu. Tak fikir panjang dah.
Aku order 30 Jun dan earphone ni sampai 5 Julai. Percaya tak, 5 hari je ambil masa dari China? Memang aku tak sangka secepat ni, lagi-lagi waktu pandemik yang tak kesudahan ni.
Bila bukak tu, memang aku excited betul. Design earphone ni sangat lawa dan kemas. Bahagian eartip tu ada kombinasi matte dan glossy finish. Memang nampak sangat premium walaupun harga tak sampai RM20 sebijik. Bahagian wayar earphone pulak aku rasa diperbuat daripada plastik, tapi design permukaan wayar tu seakan dari fabrik. Bila sentuh memang tak licin dan wayar tak mudah berpintal.
Spesifikasi:
- Model no: Baseus Encok H19
- Material: ABS + TPE
- Length: 1.2 m
- Weight: 14 g
- Frequency range: 20 Hz - 20 kHz
- Suitable for: 3.5 mm interface device
Macam biasa, bila beli earphone baru, aku akan test dulu level bass. Bagi aku, kalau bass tu bagus, yang lain pun akan auto bagus. Aku dengar lagu dari YouTube dan music player dalam laptop.
Harga: ★★★★★
Kualiti: ★★★★★
Design: ★★★★★
Keselesaan: ★★★★★
Stereo: ★★★★★
Bass: ★★★★★
Treble: ★★★★★
Neutral sound: ★★★★★
Best ke? Apa yang aku boleh cakap, earphone ni memang tersangat best. Sound memang betul-betul padu. Bass ngam. Tak kurang dan tak lebih. First time aku dengar bunyi yang padu walaupun earphone ni kategori bajet. Bila dengar lagu, bunyi memang tak pecah langsung walaupun aku kuatkan volume. Takde bunyi yang bingit. Bila layan filem, memang terasa macam duduk dalam pawagam. Boleh dengar detail setiap bunyi tu. Tak dapat bayangkan macam mana bila tengok cerita seram sambil pakai earphone ni.
Selesa ke pakai? Ya. Sangat selesa. Kedua-dua eartip tak kecik dan tak besar sangat. Memang ngam betul saiz. Kalau biarkan lama dalam telinga pun tak rasa pedih. Aksesori (bekas dan sponge untuk eartip) earphone tu aku beli asing dari seller lain.
Aku test mic. Aku record suara guna Audacity. Memang jelas, boleh dengar hembusan nafas. Kalau nak guna untuk call atau video call waktu PdPR ni, aku rasa memang takde masalah. Jelas yang amat.
Overall, aku tak expect langsung earphone ni mampu hasilkan bunyi yang sangat berkualiti. Even earphone yang lagi mahal dari ni pun hasilkan bunyi biasa-biasa je bila dengar lagu atau layan filem. Bagi aku, lebih dari berbaloi beli earphone ni. Earphone bajet paling perfect pernah aku beli.
24 Comments
dah lama tak pakai earphone sebab telinga pedih bila pakai lama2. Mungkin boleh try guna yang ni pulak
ReplyDeleteBetul. Ada sesetengah earphone memang sakit telinga kalau pakai.
Deleteselamat mendengar
ReplyDeleteTerima kasih. 👍
DeleteWow! Terima kasih, share produk yang bagus. Harga berpatutan, sangat berbaloi bila bunyi sedap. :)
ReplyDeleteMemang berbaloi-baloi. 😄
Deletewah nice
ReplyDeletenak kena beli juga lah
dah tgok review semua 5 star nih
Boleh cuba. 🙂
Deletewah lajunya 5 hari sampai.....
ReplyDeleteBetul tu, Memang laju. 😄
Deletesungguh2 review BK..terbaiklah!
ReplyDeleteSebab nak share benda baik. 😅
DeleteSaya tak biasa pakai earphones ni.. biasa layan Youtube bukak je sound.. hehe
ReplyDeleteSaya guna earphone time dengar lagu. Kalau tengok drama atau filem, memang guna speaker.
DeleteSekarang parcel dari China memang lajuuu, yang dalam Malaysia pulakk lambat huhuhu. Kira berbaloi beli harga murah dan barang tiptop kannn. Boleh la try beli sebab memang tengah survey jugakk ni hehehe
ReplyDeleteKann. Pernah baca jugak ada yang komplen barang lambat sampai walaupun jiran senegeri je. Memang berbaloi beli earphone ni. Harap dapat tahan lama. 😁
DeleteMacam best . Nak cari dekat shopee la
ReplyDeleteSilakan. Shopee tengah pemurah sekarang. Hari ni, 7.7 memang banyak promo. 👍
Deletebaik.. mmg nk tgh carik utk anak² pdpr jugak ni.. hehehe
ReplyDelete👍👍👍
Deleteearphone nii mcm lain dr yang lain nii. boleh try beli nty :)
ReplyDeleteKann. Unik tengok design tu. 😄
DeleteBanyak bintang tu, maknanya bagus tu. Harga pun berpatutan.
ReplyDeleteMemang bagus. Walaupun murah tapi berkualiti.
Delete