Vitamin C memang bagus. Sesuai dijadikan supplement kesihatan. Boleh jugak dijadikan pelindung diri dari penyakit. Lagi-lagi dalam waktu virus bertebaran merata tempat. Sebelum tu, aku nak share pengalaman aku dari awal consume vitamin C.
Tahun 2016: BVR Collagen
Aku start makan vitamin C dari tahun 2016 lagi. Time tu aku beli online kat IG tak silap. BVR Collagen. Sempat lah merasa 2 botol. Vitamin C ni jenis serbuk. Kena kacau dalam air. Leceh sikit. Setakat aku makan tu, memang ada kesan. Tapi tak banyak pun. Yang aku perasan, kesan jerawat jadi warna kehitaman kat kulit muka. Tak hilang, tapi ada kesan hitam.
Tahun 2017: Shine
Lepas tu dalam tahun 2017, aku try pulak vitamin C brand Shine. Tak sempat habis pun. Kes aku perasan, lepas makan beberapa biji vitamin tu, jerawat nasi naik kat dahi aku. Banyak pulak tu. Aku tak tahu kenapa. Lepas aku stop makan, terus elok. Hilang jerawat tu.
Tahun 2018: Blackmores
Tahun 2018, aku makan vitamin C brand Blackmores. Ada dua jenis. Aku makan Vitamin C 500 mg dan Bio E 500. Brand ni mahal tapi menjadi. Jerawat kat muka dan parut kat badan pudar perlahan-lahan. Kulit muka pun rasa segar. Aku sempat top up 3 botol rasanya. Lepas elok sikit keadaan muka, aku pun stop makan brand ni. Bukan apa, tak mampu nak beli selalu.
Tahun 2019 hingga sekarang: 21st Century
Tahun 2019, aku cuba brand 21st Century. Tak ingat kat mana aku first beli. Mungkin Watsons atau Guardian. Vitamin C ni lain daripada yang lain. Rasa masam-masam buah oren. Berbentuk tablet dan boleh kunyah. Sampai sekarang aku makan lagi. Sebab harga tak mahal dan tak murah. Mampu milik kata orang. Kesan tu memang nampak. Nak kata lepas makan terus flawless tu takde lah. Memang tak wujud pun vitamin macam tu dalam dunia ni.
Vitamin C ni ada 3 jenis:
- 250 mg
- 500 mg
- 1000 mg
Aku beli yang 500 mg sebab aku jenis kurang minum air. Waktu elok consume vitamin ni adalah selepas makan. Tak kira makan roti atau jajan. Sekurang-kurangnya kena makan dulu sebelum ambil vitamin ni.
Setakat aku consume vitamin ni, first thing yang aku rasa, badan aku lebih bertenaga. Maksud aku, dulu duduk terbongkang tengok TV pun rasa penat. Tapi lepas makan vitamin ni, badan rasa energetik dan tak mudah penat.
Sekarang aku terpaksa beli yang 1000 mg sebab 500 mg dah habis stok. Dalam kedai Shopee pun banyak seller dah tak jual jenis 500 mg. Kalau ada pun, harga makin mahal.
Masalah jerawat yang kunjung tiba
Pasal jerawat, aku tak boleh nak harapkan vitamin ni 100%. Sebab tujuan aku makan vitamn C pun kes aku jenis kurang makan buah dan sayur. Takde protection. Risau imun badan lemah, jadi aku consume lah vitamin C.
Jerawat tetap naik. Tapi tak banyak. Pasal jerawat ni, aku salahkan pemakanan aku. Banyak benda aku tak boleh makan tapi tetap jugak nak makan. Antara makanan penyebab jerawat naik aku ialah seafood, belacan, ikan atau ayam goreng, kafein, coklat dan produk kekacang. Even ayam goreng KFC pun boleh buatkan jerawat aku naik. Dan bila stress, memang jerawat aku naik. Entah bila lah jerawat ni semua nak nyah dari kulit muka aku selamanya. 😌
Pencuci muka punya pasal!
Dulu masa sekolah menengah, memang takde sebijik pun jerawat yang tumbuh. Memang flawless muka aku. Silap aku bila aku start pakai pencuci muka Men's Bioré. Niatnya nak bagi kulit aku sekata sebab aku selalu balik sekolah jalan kaki. Memang disinari mentari tiap kali balik. Tapi start masuk matrik, jerawat slow-slow naik. Mungkin ditambah dengan hormon yang mula muncul.
Packaging baru. Yang lama tak jumpa gambar. |
Start dari matrik lah aku mula pakai banyak jenis pencuci muka. Aku guna produk ni dari matrik sampai tahun lepas. Antara brand yang aku pernah guna:
- Men's Bioré
- Dashing
- Vaseline
- Garnier Men
- Safi
- Nivea Men
- Cosmoderm
- Cetaphil
- St. Ives
- Nurish Organiq
- Himalaya
Tapi tetap tak dapat hilangkan jerawat kat muka. Aku bukan jenis yang suka pakai skin care. Leceh. Aku pernah beli set Clinique sampai RM300. Tapi pakai kejap sebab tak serasi dengan kulit aku. Jerawat makin banyak naik. Membazir betul waktu tu.
Faktor jerawat suka muncul
Sampai sekarang aku salahkan pemakanan aku. Ye lah. Mat Saleh kulit takde jerawat sebab hari-hari makan salad, pagi-pagi minum jus. Aku pulak, pagi-pagi dah melantak nasi lemak dan air kopi. Makanan bergoreng pun setiap hari makan. Memang tak elok lah untuk kesihatan kulit muka.
Memang aku dengki betul dengan kawan-kawan yang melantak lah apa sekalipun, tetap jerawat tak naik. Mungkin keturunan diorang kebal jerawat. Aku ni kulit sensitif dan ada resdung. Memang salah satu punca jerawat senang naik.
Selain tu, aku suspek mungkin aku kurang bersenam punca jerawat naik. Orang kata, badan tak detox. Toksin dalam badan tak keluar. Sebab tu jerawat naik kat muka.
30 Comments
banyak betul produk pernah cuba. Selagi tak menepati apa yang kita nak, boleh cuba selagi mana boleh. pemakanan, lifestyle juga faktor juga tu. Apapun semoga sihat dan kekal confident ye.
ReplyDeleteBetul tu. Zaman muda remaja memang suka tukar-tukar produk. Sekarang menyesal pun tak guna. 😌
DeleteTapi pengalaman tu penting. Lepas ni dah tahu produk apa yang tak boleh ambil.
Bagus makan vitamin, saya punn makan sebabbb susah makan sayur apatah lagi buah buahan, tapi beli yang champs punya brand. Untuk kanak kanak. Beli 100 mg je. Kalau yang 1000 mg tu, better kerat 4, sebab badan kita perlukan dalam 100 - 200 mg macam tu je, kalau makan 1000 mg sehari, dia akan keluarkan melalui air kencing. Dan boleh jejaskan buah pinggang. Ini apa yang kakak saya cakap lah sebab dia peg farmasi. Apa apapun, semoga sihat sihat selalu!
ReplyDeletePart jerawat tu memang tak boleh bawak bincang hahaha. Kalau nak hilangkan parut, boleh pakai serum yang ada alpha arbutin atau niacinamide. Untuk brightening. Moisturizer penting, dan jugak sunscreen.
Cleanser - serum - moisturizer - sunscreen
Serum tu add on sahaja, tapi kalau nak hilangkan parut, pakai seruum.
Yang penting, jangan tinggal moisturizer dan sunscreen.
Ohh. Yang 500 mg tu saya makan selang sehari.
DeleteBetul tu. Memang promoter cakap kena banyak minum air kalau ambil vitamin C. Sebab toksin senang nak keluar.
Serum pernah guna brand Ephyra. Tapi jerawat nasi naik kat dahi. Makin pakai, makin naik. Terus takut nak guna.
Banyak step rupanya untuk jaga muka. 😵
InsyaAllah saya try follow. Terima kasih bagi tips.
Suplimen memang perlu untuk kesihatan
ReplyDeleteKann. Lagi-lagi bila terpaksa terperuk kat dalam rumah.
DeleteBanyaknya pencuci muka Bola Katok pernah try. I feel u, sebab akak pun ada jerawat juga. Cuma beza kita, akak suka guna benda semulajadi. Akak tepek aloe vera dari pokok tu, kat muka. Kurang sikit jerawat dan muka ada sedikit cerah. Akak kan lari tengah panas, jadi tepi muka tu ada kesan belang, lindung dari tudung tu. Dulu zaman belajar, letak putih telor kat muka. Pun ok, sebab macam Bola Katok, akak pun ke sana ke sini jenis berjalan tengah panas. Sejenis muka sensitif juga. Dah tak mau membazir beli produk di farmasi. Lebih suka produk semulajadi dari pokok. Vitamin C tak beli, makan buah oren. Minum air banyak. Sekarang minum air kunyit. Nampak kurang dah jerawat. Dulu lagi teruk. Hehe..
ReplyDeleteSaya pernah try guna aloe vera hidup tu jugak. Tapi saya tak sabar. 😂
DeleteTepek kunyit dan serbuk beras kat muka pernah jugak.
Cuma air kunyit tak pernah minum lagi. Guna serbuk kunyit goreng tu ke?
Guna kunyit hidup la. Serbuk kunyit tu, goreng ikan boleh le. 😁 Rebus serai, halia, kunyit dan air limau nipis. Campur madu. Minum air tu. Best!
DeleteHahaha. Boleh tanam kunyit hidup nanti. Senang ada stok. 😂😂😂
DeleteOhh. Air halia dan limau nipis memang selalu minum. Kena tambah kunyit nanti.
Orite. Terima kasih kak bagi tips.
Abil vitamin masa pregnant je...sbb doktor suruh..hihi
ReplyDeleteUntung dapat nasihat doktor. Saya baca review atau tanya orang farmasi je. 😌
DeleteSaya beli vitamin dekat klinik..
ReplyDeleteBagus jugak macam tu. Mesti doktor bagi tips dulu.
DeleteSaya pernah cuba 21st Century yang 500mg dan Shine.
ReplyDeleteSekarang ambil yang kena bancuh dalam air sebab habiskan stok adik punya. Itupun tidak minum hari-hari. Agak-agak kurang makan buah atau sayur, ambil itu.
Betul. Saya pun bukan setakat kurang, seminggu sekali belum tentu makan buah atau sayur. Just banyak minum Ribena atau Sunquick.
Deletesetakat ni kak shida dah stop..rasa mcm ssh nk consume dgn campur2..xpe nnt ambil blk..penting tau vitamin c utk tubuh badan kita ni..
ReplyDeleteKann. Kena istiqamah bila start makan vitamin. Payah betul nak maintain. 😂
DeleteOk, ini pemgalaman saya sendiri ye dah umur 30 pun jerawat mencanak macam remaja. Cut sugar dan dairy, 2 benda ni penyumbang utama jerawat. If possible kurangkan caffeine jugak. Pakai sunscreen dan jangan guna skincare ada alkohol. Vitamin c makan malam sebelum tidur. Selamat mencuba.
ReplyDeleteTerima kasih bagi tips. Memang kena cuba. Sunscreen tu tak pernah pakai setakat ni.
DeleteCCL PERNAH AMALKAN 21ST CENTURY VITAMIN C , SEKARANG DAH TUKAR KE FLAVETTES , SENANG IA LARUT JE DALAM AIR
ReplyDeleteTak pernah lagi makan Flavettes. Stok yang ni pun tak habis lagi. 😅
DeleteIbu menyusun boleh minum tak?
ReplyDeleteBetter tanya doktor pasal ni. Saya tak berani nak jawab. 😅
DeleteSis pakai lah hiruscar post acne yg warna biru dari dulu sampai skrg masih setia pakai produk tu tiap kali jerawat naik atau kesan parut hitam dekat muka.hiruscar tu utk jerawat dan parut hitam.kawan saya pun pakai hiruscar tu juga sebab saya yg suruh dia pakai so dia cakap memang menjadi dengan suami dia sekali pakai ikut kawan saya😂
ReplyDeleteBagus kalau menjadi. Nak cuba tapi risau pulak tak kena dengan kulit lagi.
DeleteTerima kasih sharing ya. Sy pakai krim kunyit baru ok ckt jerawat. Beli kat shopee murah rm19 je direct kilang.
ReplyDeleteKalau menjadi lega sangat. Kunyit pun baik untuk kulit muka. 👍
DeleteSy pun mkn vitamin 21st century ni yg 500mg pnya. Since dec²¹. Hari² ambik 1 biji sbb dekat direction dia ada tls shari 1 biji. Sy jns kurg mnum air juga. Buah bkn xmkn tp mmg jrg² la.. Suka mkn jambu batu ja & barli tp sy suka mkn sayur juga. Tp sy rasa sy ptt ambik juga sbb kerja sy mnjahit & perlu lbh energy juga. Sy demam dah msuk 3hari.stkt ni xpnah skip lg mkn vita-c ni. Tp ada tbaca komen shari spttnya mkn dlm 100mg,mksdnya bawah 500mg sbb memudaratkn buah pinggang.. InshaaAllah hbs demam nnt sy ubah cara pengambilan 1biji utk 2hari..
ReplyDeletePernah dengar jugak ada yang cakap ambil kuantiti yang sikit sehari. Tapi dalam arahan kat botol tu disarankan ambil satu tablet sehari untuk orang dewasa.
DeleteAir masak atau air putih memang kena banyak minum bila dah mula makan mana-mana vitamin. Mungkin kena tanya doktor atau ahli farmasi untuk lebih detail.