Semoga kisah kaum nabi Luth tetap menjadi pedoman.


Siapa tu masyarakat Sodom?


Masyarakat Sodom ni tinggal kat kawasan Laut Mati iaitu di sepanjang timur laut dari Israel hingga Jordan dan kota Sodom ni ada kat Jordan. Boleh katakan hampir keseluruhan masyarakat Sodom ni rosak akhlak dan mengamalkan gaya hidup songsang iaitu homoseksual.

Gunung Sodom.

Bukan tu je, puak diorang ni takde pegangan agama dan nilai moral. Maksiat sentiasa berlaku. Dan kalau orang luar masuk kawasan diorang, puak Sodom ni akan ganggu. Diorang akan rampas barang-barang berharga milik orang luar dan ugut bila tak dapat.

Tapi kalau orang luar tu helok, puak Sodom ni takkan buat macam tu, tapi akan berebut nak kat orang luar tu dan akan jadi tempat lampias nafsu.

Antara perbuatan terkutuk masyarakat Sodom

  • Mereka saling menzalimi antara sesama sendiri
  • Mereka memaki hamun antara sesama sendiri
  • Mereka tanpa segan silu kentut dalam majlis
  • Membaling apa-apa yang ada di sekelilingnya
  • Mereka suka bermain nard (dadu) dan syitranj (seumpama catur)
  • Mereka memakai pakaian yang bercelup
  • Mereka suka melagakan ayam jantan
  • Mereka suka melagakan kibasy
  • Lelaki mereka melumuri jari-jari mereka dengan inai
  • Lelaki mereka suka memakai pakaian perempuan
  • Perempuan mereka suka memakai pakaian lelaki
  • Mereka mengenakan cukai kepada yang lalu di kawasan mereka
  • Mereka juga syirik kepada Allah
  • Mereka lah golongan yang pertama di muka bumi ini yang melakukan liwat dan lesbian

Usaha dakwah nabi Luth


Kemudian nabi Luth diutus oleh Allah untuk hapuskan perbuatan jijik dan keji yang bercanggah dengan fitrah manusia ni. Tapi setiap kali nabi Luth sampaikan dakwah, tetap akan ditolak oleh puak Sodom ni. Sampai satu tahap, puak Sodom ni berani nak halau nabi Luth dan keluarganya keluar dari situ.

Bila usaha demi usaha untuk bantu puak Sodom kembali kepada fitrah tak berjaya, nabi Luth dah takde cara lain, selain berdoa kepada Allah supaya puak Sodom ni diberi pengajaran berbentuk azab di dunia.

Kedatangan 3 orang malaikat


Doa nabi Luth pun dimakbulkan oleh Allah. Allah utuskan 3 orang malaikat yang menyamar sebagai manusia biasa. Tapi malaikat ni jumpa nabi Ibrahim dulu iaitu bapa saudara nabi Luth (dalam kisah kelahiran nabi Ishaq). Nabi Ibrahim mintak tunda dulu. In case puak Sodom tu insaf.

Misi para malaikat ni pun bermula. Dengan menyamar sebagai jejaka tampan dan sado, malaikat ni terserempak dengan anak gadis nabi Luth. Malaikat ni nak stay kat rumah dia sebagai tetamu tapi anak gadis nabi Luth balik rumah untuk inform dulu kat ayah dia.

Nabi Luth dalam dilema sebab risau keselamatan malaikat tu. Ye lah. Nanti tak pepasal puak Sodom tu buat bukan-bukan kat malaikat tu. Tapi in the end, dibenarkan jugak malaikat tu stay kat rumahnya. Sepatutnya benda ni rahsia antara keluarga nabi Luth, tapi isteri nabi Luth (dikatakan pro LGBT) ni bocorkan kepada puak Sodom tu.

Apa lagi, puak Sodom yang bernafsu songsang tu datang serbu rumah nabi Luth dan paksa nabi Luth bukak pintu. Disebabkan tak mampu nak halang puak Sodom tu, nabi Luth mintak maaf kat malaikat tu. Dan malaikat tu pun bagitau sebab sebenar kedatangan mereka kat situ.

Sebelum memulakan misi, malaikat tu pesan kat nabi Luth sekeluarga supaya keluar dari kawasan tu. Sebab azab yang Allah utuskan akan bermula. Malaikat tu pesan terus pandang depan bila keluar dari situ. Bermula dari situ lah, hukuman terhadap puak Sodom dilakukan. Kota Sodom tu dihancurkan dan mayat bergelimpangan.


Moral dari kisah kaum nabi Luth


Dalam agama kita memang dilarang sama sekali homoseksual ni. Kategori dosa besar. Banyak kesan negatif kepada kehidupan sosial. Lagi satu, perlakuan ni memang bercanggah dengan hukum alam.

Bila cakap pasal homoseksual, secara tak langsung akan merujuk kepada konsep jantina ke-3 iaitu transgender. Kita tahu amalan songsang tak dibenarkan. Kenapa tetiba nak bangkitkan pasal jantina baru? Hari tu kan viral pasal isu jantina ke-3 ni. Ada pihak yang nak membenarkan jantina ke-3 kat Malaysia. Sampaikan JAKIM keluarkan sebab kenapa jantina ke-3 ni tak dibenarkan.


Sebab kenapa jantina ke-3 tak wajar diiktiraf

  1. Perkahwinan sesama jantina meruntuhkan institusi kekeluargaan.
  2. Menyebabkan perlakuan jenayah hubungan sejenis.
  3. Ketidakadilan terhadap jantina asal.
  4. Menyebabkan penipuan jantina.
  5. Menafikan prinsip agama Islam yang melarang perbuatan transgender.
  6. Mencemari hak asasi manusia.

Harapnya kisah kaum nabi Luth ni dijadikan teladan. Kalau kita tak percaya kisah ni yang memang ada dalam al-Quran, tak tahu lah nak cakap apa lagi. Jangan jadi macam negara-negara luar yang membenarkan LGBT ni dalam kehidupan sosial diorang. Agama kita sekeras-kerasnya melarang. Kenapa ada segelintir dari kita masih nak fight pasal ni?

Post a Comment

10 Comments

  1. Tapi sekarang, dunia sekarang macam dah kembali zaman dulu dulu kannn, sekarang berani ngaku gay lesbian. Macam tak takut langsung dengan Allah huhuhu.

    Andd sekarang, ada sesetengah borang ada buat 3 options untuk jantina. Kadang kadang macam tak boleh nak brain :')

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu lah. Makin seram dunia sekarang. Tapi bila kita bagi hujah berfakta, macam-macam yang dibidas nanti. 😑

      Delete
  2. Semoga kita semua terhindar dari melakukan perkara-perkara yang dikutuk oleh Allah SWT.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Amin. Semoga bala tak terkena kat kita. 😌

      Delete
  3. LGBT makin bersepah di Malaysia ni. Makin lama makin berani mengaku dan promote diri. Orang Malaysia pun satu lagi nak úp'kan golongan macam ni. kalau boikot terus socmed diorang takdenya diorang nak expose

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mintak dijauhkan malapetaka yang bakal menimpa. Tak tahu nak cakap apa. Bukan membenci golongan ni tapi kita cuba nak educate based on ajaran agama kita. Kita kalau ikutkan nafsu serakah sangat, boleh jadi haiwan gamaknya.

      Delete
  4. Takut kita semua kena bala. Sekarang pun, bala covid tak habis-habis lagi. Adoi, tak tahulah... nape ada orang camni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul. Sebab tu didikan agama sangat sangat sangat penting bermula dari kecil.

      Delete
  5. sekali sekala menarikjuga baca kisah-kisah nabi ni , hayati

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang menarik. Ahli falsafah pernah berkata, siapa yang melupai sejarah, pasti akan mengulanginya.

      Delete