Masa pembukaan rasmi Olimpik, aku tengok busana kontinjen Malaysia kali ni memang lain daripada yang lain. Dulu, biasanya pakaian akan ada motif tradisional ataupun harimau. Kali ni memang rare dan unik. Warna yang digunakan sangat menyerlah dan terasa semangat bersukan kat situ.
Tema Laksamana Hang Tuah diangkat. Ditambah lagi dengan baju sikap moden dan tanjak tu, memang menaikkan lagi feel zaman Hang Tuah suatu ketika dulu. Plus seluar putih tu nampak segak bila dipakai. Untuk perempuan pulak, dokoh (hiasan kat leher) menonjolkan lagi ciri zaman Hang Tuah. Sangat elegan dan dalam masa yang sama, cukup ayu dan sopan.
|
Pandai Farah Ann ni posing. |
Sepanjang Olimpik 2000 sampai sekarang, ini lah kali pertama aku tengok busana yang sangat kreatif dan aku respek kat designer kerana mampu berfikir di luar kotak. Kombinasi tradisional dan moden memang ngam. Boleh katakan upgrade busana masa Olimpik 2012 kat London.
Designer pun bukan kaleng-kaleng. Student Art & Design, yang memang ada ilmu dalam seni. Tiap kali aku tengok busana tahun ni, aku kagum betul dengan designer tu.
14 Comments
Ha ah, cantik baju kontinjen kita. Akak jenuh tunggu masa tengok opening ceremony hari tu, bila negara kita nak keluar ni. Last-last tertido, banyak nama negara yang akak tak pernah dengar pun.
ReplyDeleteBetul. Saya pun baru tahu nama-nama negara lain tu.
DeleteRasanya not bad baju team Malaysia. Takkan balik2 ulang corak harimau, batik or songket kan. Tapi Farah Ann tu memang lawa, so tak aci sebab dia pakai apa pun cantik. Hehe. Kontinjen Itali gak steady pakai baju ala PPE. Semua nampak pregnant. Adeh.
ReplyDeleteSetuju. Tradisional yang dimodenkan. Cantik.
DeleteItali walaupun simple, tapi Giorgio Armani yang design tu.
Warna dia nmpak segar & menyerlah😊💕
ReplyDeleteBetul. Memang naik seri gabungan warna tu.
DeleteNampak ok sahaja pakaian tu. Kecantikan ini subjektif. Kalau orang kata tak cantik, terpulang kepadanya..
ReplyDeleteKann. Cita rasa orang tak sama. Yang penting kita hargai kesungguhan dan kreativiti orang.
DeleteSetiap baju yang direka pasti ada keistimewaannya. Cantik dan nampak moden baju kontinjen Malaysia kali ni.
ReplyDeleteBetul. Designer pun bukannya main hentam nak design baju.
Deletelawa je bajunya... tp tu bukan penentu kejayaan diorg. yg kecam tu x berada kt tmpt mereka
ReplyDeleteItu lah. Lain orang, lain cita rasa.
DeleteNot bad baju kontinjen Malaysia. Haritu tak sempat tengok opening, jenuh tunggu bilalah Malaysia nak keluar hahaha.
ReplyDeleteSaya pun memang tak sempat tengok live. Tengok ulangan je mampu. 😅
Delete