Lengkap dos ke-2 Sinovac. Antara kesan dan cabaran.


Perjalanan aku untuk habiskan dos ke-2 vaksin memang mencabar betul. Dari awal sampai akhir, ada je masalah. Tapi staf yang handle app MySejahtera dan JKJAV memang bagus. Cepat betul setel.


Pengalaman dos pertama


Aku pergi sebelah petang ke PPV. Waktu ni dah tak ramai orang. Memang sangat tak ramai. Aku anggar tak sampai 50 orang dalam dewan. Mungkin sebab dah petang, PPV pun dah nak tutup.

PPV ni tak guna pakai app MySejahtera bila nak check in stesen. Guna app bila nak scan kedatangan je. Kalau tak bawak phone, boleh tulis dalam buku log.

Stesen PPV sini ada 7:
  1. Pendaftaran - Kat luar dewan. Kat sini sukarelawan yang jaga untuk key in data. RELA dan JPAM ada untuk handle barisan dan guide cara nak isi borang yang sukarelawan bagi.
  2. Nombor giliran - Masuk je dewan, ada meja sebelah pintu. Sini ada frontliner yang bagi nombor giliran.
  3. Semak dokumen - Borang tadi akan disemak oleh nurse (tak silap aku). Dia akan tanya apa-apa masalah kesihatan termasuk alergi.
  4. Pengesahan pegawai kesihatan - Doktor yang jaga. Kalau ada apa-apa sakit, terus inform dia. Sebab ni station last untuk check apa-apa masalah kesihatan sebelum kena cucuk.
  5. Bilik suntikan - Nurse yang handle. Tapi masa giliran aku, ada doktor yang datang cucuk.
  6. Key in data dalam sistem - Lepas setel cucuk, bawak borang tadi dan pass kat stesen ni. Sukarelawan kat sini akan key in data masuk dalam sistem.
  7. Kad fizikal vaksinasi - Lepas pass borang tadi, kena pergi ke station last. Duduk area station tu sebab nanti nama dipanggil untuk diberi kad fizikal vaksinasi. Bila dah dapat, boleh balik.

Kad fizikal.

Overall, dalam 15 minit dah setel semuanya. 🙂

Kesan lepas cucuk dos pertama

  • Dahaga - Aku memang sangat dahaga. Tak lapar, tapi dahaga. Bersungguh minum air sejuk. Banyak gelas aku minum tapi masih dahaga.
  • Sengal kat tempat cucuk - Lepas 3 hari baru hilang. Sepanjang 3 hari tu, setiap kali aku gerakkan lengan, memang rasa sengal kat tempat cucuk. Macam kena sengat tebuan. Bila sentuh, lagi sakit.
  • Takde rasa penat, demam dsb - Aku memang bertenaga je sepanjang hari. Dos pertama hanya buatkan aku dahaga.
  • Benjol bawah ketiak - Lepas seminggu, mula naik beberapa biji benjol kecik, ada sebesar syiling 5 sen. Dalam 5 hingga 6 biji. Mulanya aku tak ambil port. Tapi seminggu lepas tu, masih tak hilang. Aku ingatkan jerawat. Tapi takde tanda-tanda jerawat masak. Aku bukak portal, cari info pasal ni. Ada yang kata ni normal lepas suntik vaksin. Katanya benjol tu benjol kelenjar limfa (lymph nodes). Dan akan surut sendiri.

Pengalaman dos ke-2


Sama macam dos pertama, bilangan stesen masih sama. Cuma bezanya kali ni memang ramai sangat orang. Aku pergi pagi sebab frontliner yang bagi kad fizikal vaksinasi tu inform kena datang pagi. Pukul 8.

Kali ni ada beberapa RELA yang handle barisan dan guide untuk isi borang. JPAM aku tak perasan ada ke tak. Tapi masa isi borang tu, blur kejap sebab takde orang yang guide aku. Sukarelawan yang bagi borang tu pun takde pulak inform nak kena isi part mana. Last-last, aku pergi tanya akak RELA sendiri.

Bila sampai kat stesen yang doktor jaga, aku inform pasal benjol bawah ketiak aku. Dia cakap sepatutnya vaksin jenis ni (virus yang dimatikan) tak bagi kesan pun kat kelenjar limfa. Yang bagi kesan macam vaksin BCG tu. Dia cakap kalau makin teruk, kena pergi check kat klinik.

Bilik cucuk vaksin kat sini dibahagi kepada 2. Satu untuk suntikan pertama, satu untuk suntikan ke-2. Masa cucuk tu memang aku tengok sendiri. Tak kuasa nak rakam sebab ramai orang. Malas nak ganggu diorang buat kerja. Tapi diorang dah susun siap-siap picagari yang dah diisi vaksin tu. Ada dalam 6 baris. Aku tak sure boleh ke tak macam tu. Bukan ke diorang kena isi vaksin dalam picagari kat depan kita?

Jenuh menunggu kat station last. Ramai orang, jadi stesen key in data lepas cucuk tu lambat bergerak. Akan beri kesan langsung kat stesen terakhir ni. Kali ni, doktor panggil 5 nama sekali gus untuk ambil kad fizikal vaksinasi. Mungkin nak cepat.

Overall, proses kali ni ambil masa lebih 2 jam. 😑

Kesan lepas cucuk dos ke-2

  • Penat dan letih lesu - Memang penat sangat badan aku. Lepas mandi, aku terus tidur. Memang macam hilang 100% tenaga. Tak tahu lah ni memang kesan vaksin atau sebab lama menunggu kat PPV.
  • Takde sakit kat tempat suntikan - Sekarang bahu kiri (dos pertama bahu kanan). Memang tak rasa sakit atau sengal pun kawasan tu. Aku pelik. Rasa sengal pun bila aku tekan-tekan kat tempat cucuk tu.
  • Dah elok pada hari ke-2 - Esoknya, badan aku dah elok. Takde lenguh atau penat. Rasa dahaga pun tak macam dos pertama dulu tu.

Masalah sistem MySejahtera


1. Temu janji baru muncul.

Aku pernah buat entri pasal nama naik untuk suntikan pertama walapun dah setel cucuk. Mungkin sebab aku walk in. So, sistem delay atau ada masalah lain.

2. Temu janji ke-2 baru muncul lepas dapat dos ke-2.


Yang ni lagi pelik. Aku check berkali-kali app MySejahtera. Sebelum gerak ke PPV, masa kat PPV dan selepas setel cucuk. Takde pun maklumat dikemas kini.

Tapi bila sampai rumah (lepas bangun tidur), petang tu aku check sekali lagi app. Nama aku naik untuk suntikan ke-2. Aku agak, memang sistem yang lambat update. Aku contact helpdesk dan hantar emel untuk diorang buat kemas kini segera.

3. Sijil digital vaksinasi dah dapat, tapi..

Timeline dah lengkap.

Malam tu aku check app MySejahtera. Diorang dah berjaya kemas kini tapi masalah lain pulak muncul. Dalam sijil digital tu, part info pasal dos pertama aku takde. Yang ada info dos ke-2 je. Aku pelik sebab seingat aku, kedua-dua dos tu kena ada detail.

Maklumat dos pertama takde.

Aku contact helpdesk. Inform diorang pasal ni. 3 kali aku call. Panggilan pertama, masa aku nak bagi nombor IC, tiba-tiba line putus. Panggilan ke-2, staf tu cakap aku kena emel sendiri ke helpdesk. Masalah tak setel. Aku tak puas hati. Aku pun call sekali lagi. Panggilan ke-3 ni bagus sangat. Dia tanya detail pasal dos satu dan dua. Dia tolong isi borang untuk proceed ke staf yang jaga data MySejahtera tu.

Yahoo! Dah lengkap.

Beberapa jam lepas tu, aku check sekali lagi app. Setel. Detail untuk dos pertama tu dah muncul. Lega sangat semuanya dah lengkap.


Aku terfikir, macam mana lah bila masalah ni terjadi kat mak cik, pak cik yang kurang arif pasal IT? Kalau diorang takde app MySejatera, takpe. Tapi kalau ada, siapa yang nak bantu bila jadi macam ni? Mungkin anak-anak kena sentiasa alert. Sentiasa tengok-tengokkan app sampai lah setel dapat sijil digital vaksinasi.

Post a Comment

16 Comments

  1. Alhamdulillah, dah selesai semuanya. Betul, sekarang ni kena extra alert untuk orang-orang tua. Sekurang-kurangnya jika ada apa-apa yang tidak lengkap/seragam, kita boleh tolong uruskan.

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah.. tahniah BK.. stay safe ye

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih. Masih lagi dalam proses. Kena tunggu 14 hari.

      Delete
  3. Alhamdulillah dah selesai.. Bestnya tengok ramai yang dah vaksin..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu. Vaccination rate Malaysia pun antara yang tertinggi.

      Delete
  4. banyak jugak masalah ye. lamanya 2 jam tunggu. bilik cucuk 2 sahaja, no wonder kena tunggu lama. tu jadi dekat awak yang memang dah biasa guna handphone. kesian kalau jadi kat pakcik makcik yang kurang arif

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada banyak bilik, tapi asing-asing untuk dos satu dan dua.

      Itu lah. Kesian kat orang tua nanti.

      Delete
  5. Sebuah dokumentasi yang boleh dikenang pada masa akan datang..

    ReplyDelete
  6. Alhamdulillaj . Tahniah dah selesai dua dose vaksin . Semoga sihat

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih. Masih dalam proses fully vaccinated 14 hari.

      Delete
  7. Alhamdulillah setel dah dia cucuk vaksin. Moga moga sihat sihat selalu BK!

    ReplyDelete