3 hari lepas (5 Ogos 2021), Malaysia luluskan penggunaan vaksin Moderna. Dengan itu, vaksin yang diluluskan penggunaannya di Malaysia ada sebanyak 8 jenis:
- Pfizer-BioNTech
- AstraZeneca
- Sinovac
- CanSinoBIO
- Sputnik V
- Sinopharm
- Janssen
- Moderna
Vaksin Moderna atau nama barunya Spikevax ni guna teknologi yang sama macam Pfizer. Jangan lepas ni ramai yang berebut nak pilih vaksin Moderna sudah lah. 😒
Walaupun Malaysia dah luluskan 8 jenis vaksin, tapi hanya 3 jenis vaksin yang dah digunakan setakat ni. Penggunaan CanSinoBIO, Sputnik V, Sinopharm dan Janssen masih lagi belum dimulakan.
Sekarang virus mutasi varian Delta wujud kat Malaysia. Adakah Moderna mampu lawan varian Delta ni? Setakat yang aku tahu, dua dos Pfizer dan AstraZeneca memang mampu lawan.
Awalnya, sesiapa yang terima Pfizer dan AstraZeneca ni, paras antibodi diorang sangat tinggi. Tapi ada kajian baru yang mengatakan paras antibodi Pfizer dan AstraZeneca menurun hingga lebih 50% dalam 10 minggu. Mungkin sebab ni syarikat Pfizer tu sendiri katakan yang dos ke-3 Pfizer mampu tingkatkan tahap perlindungan terhadap varian Delta.
10 Comments
Macam-macam vaksin dah ada.. harap² boleh lawan covid-19.
ReplyDeleteBetul. Semoga hilang COVID-19 kat muka bumi.
DeleteHarap2 dapat membendung penularan c19 ini
ReplyDeleteHarapnya macam tu lah. 😌
DeleteVaksin dan dalaman kita sendiri gabungkan. In sya Allah boleh.
ReplyDeleteBetul. SOP pun kena selalu jaga.
DeleteMasih menunggu utk suntikan vaksin .
ReplyDeleteInsyaAllah dapat nanti. Semoga kita semua dilindungi.
DeleteDah 8 jenis ya vaksin di Malaysia. Moga moga dapat membantu menghapuskan covid-19 ni.
ReplyDeleteHarapnya macam tu lah. Risau kes takde kesudahan. 😢
Delete