Tahniah kerana sekali lagi mengharumkan nama Malaysia di hari terakhir Olimpik. Kali ni bukan lagi gangsa dibawa balik, tapi perak.
2008 Beijing: ke-10
2012 London: ke-6
2016 Rio: Gangsa
2020 Tokyo: Perak
Aku selalu jugak follow vlog dia kat YouTube (link: Azizul Awang). Memang gembira betul dia dapat ke Tokyo. Best tengok persekitaran Olympic Village kat sana.
Pengakhiran yang manis buat Malaysia di Temasya Sukan Olimpik Toyo 2020. Dari pingat gangsa di Rio 2016 ke pingat perak di Velodrom Izu buat Datuk @azizulAwang
— ASTRO ARENA (@ASTROARENA) August 8, 2021
Apa korang tengah buat masa race ni?#SokongMalaysia #GanbatteMalaysia pic.twitter.com/cWKHHd7vum
Secara keseluruhan, Malaysia dapat dua pingat (satu perak, satu gangsa). Pingat perak diberi oleh team beregu lelaki badminton, Aaron Chia dan Soh Wooi Yik. Terget untuk dapat 3 pingat tak tercapai. Tapi dapat masuk Olimpik pun dah kira hebat, apatah lagi dapat pingat.
Olimpik 2020 Tokyo. |
Bukan senang nak saingi Jason Kenny yang dah berjaya kumpul 7 pingat emas setakat ni. Dalam Olimpik Rio, diorang berdua pun compete sekali dalam keirin. Tapi waktu tu Azizulhasni dapat gangsa, Jason dapat emas.
Olimpik 2016 Rio. |
Hari ni merupakan hari terakhir Olimpik 2020 Tokyo. Jom sama-sama tengok majlis penutup nanti pukul 6.15 petang. Lepas ni Olimpik dibuat kat Paris tahun 2024.
8 Comments
Tahniah.. memang power.. Emas next Olimpik.. :)
ReplyDeleteKann. Kalau mampu kekalkan prestasi, tak mustahil tu.
DeleteTahniah Datuk Azizulhasni
ReplyDelete👍👍👍
DeleteAlhamdulillah . Tahniah pada Datuk Azizulhasni awang n juga team2 lain yg dh sedaya upaya di olimpk tokyo
ReplyDeleteBetul. Tahniah buat semua atlet Malaysia dan team.
DeleteAlhamdulillah, dapat jugak pingat kedua walaupun hanya pingat perak.
ReplyDeleteKejayaan terbaik dia dalam Olimpik. Walaupun Malaysia tak dapat capai target 3 pingat, tapi bertuah betul dia dapat perak.
Delete