Lama betul tak singgah 7e. Rasanya kali terakhir masuk 7e masa awal tahun lepas. Tu pun kes nak redeem sticker. Waktu tu ada promo Emo Bear. Aku sempat redeem seketul je. Tapi sampai sekarang aku tak bukak pun packaging tu. Entah beruang jenis macam mana yang aku dapat, aku tak tahu.
Petang semalam memang plan siap-siap dari rumah sebelum masuk 7e. Aku plan nak bayar guna TnG sebab ada voucher yang aku dapat. Berdasarkan voucher tu, setiap pembelian (tanpa minimum) akan dapat cashback 20%. Maksimum akan dapat RM4. Untung kan?
Masa aku pergi tu memang dah petang. Tak ramai orang. Ada staff dua orang je yang tengah susun barang. Terasa lama jugak aku ada dalam 7e tu. Ke hulu ke hilir aku duk pusing macam detektif cari barang dalam tu. Banyak betul benda baru yang ada. Plan nak beli Slurpee tapi mesin macam tak function je.
Jadi, aku pun sambung lah usha barang yang ada. Cari aiskrim onde-onde tapi tak jumpa. Cari roti pandan viral pun takde. Tapi nasib baik ada beberapa barang yang aku memang plan nak beli. Antaranya Nescafé Gula Melaka dan aiskrim Cornetto Rose.
Orang sini peminat BTS kot. Pepsi Blackpink singgit pun tak habis. |
Sempat rembat 4 ketul Pepsi Blackpink. Bukan sebab aku kipas-susah-mati Blackpink tapi sebab air ni murah. RM1 je seketul. 7e buat promo menggila. Nak kata dekat expired, tak pun. Tahun depan baru expired. Clearance stock mungkin. Perasan jugak ada air kopi BTS. Tapi mahal sangat. Tak termampu nak beli.
Tak tahu macam mana tercetus idea diorang buat perisa ni. |
Paling tak boleh blah, aku terjumpa jajan baru Corntoz. Perisa teh ais lemon. Macam brand F&N Seasons tu. Sebijik rasa. Tapi tiap kali aku makan, terpaksa minum air masak. Sebab kuat sangat rasa lemon. Nak kata best tu tak tahu lah. Yang pasti memang rasa masam-masam lemon. Pek kecil takde. Yang ada pek besar je. Pandai kan diorang? Paksa kita beli pek besar terus.
Teknik apakah yang digunakan? |
Aiskrim paling unik pernah aku jumpa setakat ni. Lawa betul tengok kelopak bunga ros tu. Macam mana agaknya mesin kilang buat kelopak macam ni? Rasa aiskrim ni memang best. Boleh rasa macam ada campuran peach dan ros.
Masuk 7e pun boleh rambang mata. Adoyai. Bahaya ni. Belum masuk lagi FamilyMart. Kalau masuk, memang segala mak nenek berkenan nak beli. Kena berjimat cermat lepas ni.
12 Comments
Pernah tengok review dekatt tiktok orang kata ice cream rose tu tak sedap!
ReplyDeleteSedap sebenarnya. Aiskrim tu ada lapisan atas (pink), lapisan dalam (vanila) dan ada sirap coklat kat tengah-tengah. Memang best.
Deletelapisan pink tu strawberry or just a cream ?
DeletePink tu rasa peach dan ros.
DeleteCantiknya aiskrim tu... corntos ice lemon tea tu pun rare... sedap x jajan yg rs minuman?
ReplyDeleteTak sanggup nak habiskan makan. Kuat sangat rasa lemon dan teh tu. First time makan jajan Corntoz tak habis. 😅
DeleteTak jumpa lagi aiskrim tu kat tempat Fiza. Tapi ada yang kata tak sedap. Hurmmm...
ReplyDeleteMungkin cita rasa orang tu tak sama. Bagi saya, sedap je aiskrim ni. Masa bukak wrap pun dah bau ros dan peach.
Deleteaku jarang masauk 7e. corntoz ade perasa baru ye.. bole la try nanti.
ReplyDeleteBoleh cuba. Tapi saya tak recommend untuk beli banyak terus. Boleh beli seketul untuk rasa je dulu. 😂
Deletelama pulak kaki ni tak jejak ke 7e , selalunya balik kerja overnight selalu juga terjah 7e beli jajan
ReplyDeleteTakpe. Ada masa boleh singgah. 7e sekarang banyak buat promo.
Delete