Cerita COVID-19: Maksud endemik, epidemik dan pandemik.


Sekarang banyak portal yang share pasal istilah penyebaran sesuatu penyakit ni. Dari tahu lepas lagi KKM duk share benda ni. Tapi aku tak tahu kenapa tiba-tiba muncul semula. Mungkin ada yang masih belum tahu lagi. Dan bagus jugak sebenarnya bila termalogi ni diingatkan semula.

En-demik → Epi-demik → Pan-demik

Perkataan Maksud
En Di dalam
Epi Dalam kalangan
Pan Semua
Demos Daerah atau orang

*Ketiga-tiga istilah ni datangnya dari Greek

Daripada epidemik kepada pandemik


Kalau tengok, pandemik lah yang paling dahsyat. Masa awal-awal kemunculan COVID-19, istilah epidemik digunakan. Tapi disebabkan virus ni makin lama makin ganas, World Health Organization (WHO) tukar daripada epidemik kepada pandemik.


Walaupun endemik atau epidemik ni tak sedahsyat pandemik, tapi kedua-dua penyebaran ni tetap membahayakan dan mampu meragut nyawa jugak. Ingat tak dulu masa tahun 2003? Waktu mengganasnya SARS kat China. Walaupun epidemik SARS ni tak sebesar COVID-19, tapi lebih 8000 kes dalam 26 negara telah dicatat. Aku ingat lagi tengok berita pasal mangsa SARS. Waktu tu memang betul-betul seram bila dengar je pasal SARS.

Daripada pandemik kepada endemik



Memang tak dinafikan. Suatu hari nanti, selagi takde ubat, COVID-19 pasti akan jadi endemik. Maksudnya virus ni takkan hilang macam tu je. Petik jari terus hilang. Tak. Virus ni akan terus berlegar-legar dalam kelompok kecil. Macam denggi yang sentiasa ada kat mana-mana tempat. Nak hapuskan tu memang payah.

Harapnya dengan program vaksinasi yang semakin aktif ni dapat kurangkan penularan COVID-19 kat seluruh dunia. Dalam keadaan sekarang, "Kita Jaga Kita" dah kurang relevan. Bayangkan bila kita jaga orang lain, tapi orang tu tak jaga pun kita. Bagi aku, cara terbaik dan istilah yang patut digunakan adalah "Sendiri Jaga Sendiri".

Bukannya bermaksud sombong atau pentingkan diri tapi masing-masing kena jaga diri sendiri macam sentiasa amalkan SOP kat mana-mana tempat yang kita pergi. Semuanya bermula dari diri sendiri dulu. Kalau kita tak mampu nak jaga diri sendiri, macam mana kita nak jaga orang lain?

Post a Comment

12 Comments

  1. Sebut sahaja pandemik pun sudah ada satu rasa yang lain.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kann. Seram sejuk je rasa. Harap berkubur lah penyakit ni macam berkuburnya SARS waktu dulu.

      Delete
  2. Kita dah kena bersedia untuk fasa endemik pula nampaknya.

    ReplyDelete
  3. Kan, selagi takde ubat, memang dia akan sentiasa ada dengan kita. Cuma kitalah kena berjaga jaga contoh jaga SOP, kalau demam or ada simptom covid19, buat swab test.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kit swab test tu memang nak kena beli jugak. Hari tu ada nampak gomen post. Murah jugak.

      Delete
  4. Terima kasih atas perkongsian. sempoi betul "Sendiri jaga Sendiri" haha. saya pun rasa tak relevan dah kita jaga kita tu

    ReplyDelete
  5. Info yang berguna . Dapat juga serba seidikit maklumat baru

    ReplyDelete