Berita gembira untuk Malaysia. Hari ni, dua lagi pingat emas dihadiahkan. Satu dari sukan badminton dan satu lagi dari lompat jauh. Dengan itu, sebanyak 5 pingat berjaya Malaysia raih dalam Sukan Paralimpik kali ni.
Pingat | Acara | Atlet |
---|---|---|
🥇 Emas | Lompat jauh (lelaki T20) | Abdul Latif Romly |
🥇 Emas | Badminton (perseorangan lelaki SU5) | Cheah Liek Hou |
🥇 Emas | Angkat berat (lelaki bawah 72 kg) | Bonnie Bunyau Gustin |
🥈 Perak | Boccia (lelaki individu campuran BC1) | Chew Wei Lun |
🥈 Perak | Angkat berat (lelaki bawah 107 kg) | Jong Yee Khie |
Perkara menarik Sukan Paralimpik 2020 Tokyo
- Lompat jauh - Walaupun rekod terbaik lompatan kali ni 7.45 meter, tapi Abdul Latif Romly masih lagi pemegang rekod dunia dengan catatan 7.64 meter (Sukan Paralimpik 2016 Rio).
- Badminton - Sukan yang pertama kali dipertandingkan dalam Sukan Paralimpik. Lebih manis, Malaysia berjaya genggam pingat emas yang dimenangi oleh Cheah Liek Hou.
- Boccia - Chew Wei Lun pertama kali masuk bertanding dan berjaya raih pingat perak. Selain tu, dia menang 5 kali beturut-turut tanpa kalah sebelum ditumpaskan dalam final oleh atlet negara China.
- Lontar peluru - Muhammad Ziyad Zolkefli berjaya pecah rekod dunia dengan catatan 17.94 meter.
- Angkat berat - Bonnie Bunyau Gustin berjaya pecah rekod Paralimpik dengan angkatan 228 kg berbanding 227 kg yang dipegang atlet Iraq dalam Paralimpik 2016 Rio.
- Renang - Dengan catatan masa 1:09.72, Brenda Anellia Larry berjaya pecah rekod Asia dalam acara kuak kupu-kupu 50 meter wanita.
Alhamdulillah. Malaysia berjaya capai target untuk dapatkan sekurang-kurangnya 3 pingat emas. Acara hari ni merupakan acara terakhir yang Malaysia bertanding. Esok hari terakhir dan acara penutup Sukan Paralimpik. Semoga kemenangan dan kegigihan atlet-atlet kita kali ni dapat membakar semangat untuk terus cemerlang pada masa akan datang.
20 Comments
Tahniah.. Malaysia Boleh.. Sepatutnya 4 dah emas, tapi apakan daya..
ReplyDeleteItu lah. Bukan rezeki.
DeleteTahniah semua atlet paralimpik Malaysia
ReplyDeleteSuka tengok diorang bersungguh-sungguh lawan.
DeleteTahniah atlet paralimpik Malaysia
ReplyDeleteTahniah buat mereka. Semoga terus cemerlang.
DeleteSepatutnya boleh 4 emas tu. Takpe lah. Tetap bangga dgn atlet paralimpik Malaysia.
ReplyDeleteKann. Mungkin bukan rezeki nak dapat 4 emas kat sana.
DeleteAlhamdulillah. Masih terkilan dengan kes Ziyad, tapi apa kan daya. Semoga dapat jadi pengajaran untuk rakyat Malaysia
ReplyDeleteSama. Dia dah buat bersungguh-sungguh. Tapi nasib tak sebelahi kita.
DeleteBangga!!
ReplyDeleteTahniah atlet paralimpik MALAYSIA!!
Sama jugak. Terasa bangga walaupun saya tak main kat sana. 😅
DeleteTahniah atlet paralimpik Malaysia!!!!!!!!!!
ReplyDeleteTahniah buat semua! 👍
DeleteTahniah semua! amat membanggakan!
ReplyDeleteKann. Memang bangga tengok diorang naik podium.
DeleteAlhamdulillah, rezeki Malaysia! Walaupun terlepas satu emas, tapi tetap emas di mata rakyat Malaysia!
ReplyDeleteBetul. Ziyad memang dah cemerlang. Masalah teknikal je yang jadi penghalang.
DeleteTahniah kepada semua atlit paralimpik yang telah mengharumkan nama negara. terkilan juga pingat emas ziyad ditarik balik
ReplyDeleteKann. Memang terkilan hanya disebabkan masalah macam tu.
Delete