Filem Jepun: Friends Games: The Movie (2017).


Tajuk: Friends Games: The Movie
Genre: Drama, psikologi, persahabatan
Bahasa asal: Jepun
Tarikh tayangan: 3 Jun 2017
Tempat tayangan: Jepun
Pelakon: Ryo Yoshizawa, Rio Uchida, Yuki Yamada, Shimon Okura, Nagi Nemoto, Amatsuki, Yuuka Ueno, Yuki Kubota

Orait! Hari tu aku ada buat entri pasal Friends Games versi drama. Memang cannot brain pemikiran pembikin cerita ni. Dia punya twist tu sampai otak tak mampu nak proses.

Recap balik versi drama. Dalam versi drama, diorang kena main game duit syiling (Kokkuri-san). Setiap 5 orang tu diberi satu kad yang ada soalan. Diorang kena cipta satu soalan yang membolehkan kesemua 5 pemain tu jawab 'ya'. Bila semua jawab 'ya', diorang akan menang permainan tu.


Ada beberapa syarat penting yang diorang kena ikut:
  1. Setiap orang diberi tanda nama. Kat belakang tanda nama tu ada jumlah hutang. Tapi tak boleh tunjuk jumlah tu kat pemain lain. Kalau tak, jumlah tu akan berganda.
  2. Duit syiling akan bergerak menuju ke jawapan minoriti. Maksudnya, kalau ada 4 orang yang jawab 'ya' dan sorang jawab 'tidak', duit tu akan bergerak ke jawapan 'tidak'.
  3. Ada 5 soalan. Kalau semua soalan tu salah jawab, pemain yang paling banyak jumlah hutang akan kena denda. Dendanya adalah pemain tu kena bayar semua hutang termasuk hutang pemain-pemain lain.
  4. Kalau syiling bergerak ke jawapan 'tidak', hutang pemain yang bertanya soalan tu akan dibahagi separuh.

Pembelot ada dalam permainan pertama ni. Tapi tak tahu lagi siapa orang tu. Watak utama, Yuichi, tak dapat kesan siapa yang jadi dalang. Masing-masing seolah-olah berlakon untuk sembunyikan identiti sebenar.

Sinopsis


Kesinambungan drama Friends Games, filem pertama ni masih lagi berkisarkan tentang permainan yang perlu 5 sahabat ni main untuk lunaskan hutang salah sorang dari mereka. Permainan kali ni diberi nama Kageguchi Sugoroku. Lebih kurang macam dam ular. Untuk menang permainan ni, pemain kena capai petak terakhir.

Ulasanspoiler alert


Kali ni ada beberapa rahsia yang muncul dan dalam filem ni, dalang di sebalik permainan bayar hutang ni terbongkar.

Petak laluan permainan ke-2.

Permainan dalam filem ni (Kageguchi Sugoroku) melibatkan penonton yang tengok secara live. Motif permainan kali ni adalah untuk bongkar rahsia pemain-pemain lain. Selepas selesai langkah petak dam tu, setiap pemain kena masuk dalam satu bilik dan tulis rahsia pemain-pemain lain atas kertas.

Penonton yang akan bagi markah.

Bilik untuk tulis rahsia pemain lain.

Untuk menang permainan ni, pemain kena belot antara satu sama lain. Pemain yang berjaya cecah petak dam terakhir, akan tanggung semua hutang pemain-pemain lain dan kena pergi ke level permainan seterusnya yang dikatakan paling susah.


Game ni pun ada syarat:
  1. Pergerakan setiap petak akan ditentukan oleh penonton yang tengok secara live.
  2. Setiap rahsia yang ditulis, penonton akan tentukan sama ada orang yang berahsia tu boleh dimaafkan atau tak. Kalau boleh dimaafkan, peratus yang diberikan adalah tinggi. Kalau tak boleh dimaafkan, peratus yang diberikan adalah 0%.
  3. Pemain yang dapat peratus paling tinggi akan gerak 5 petak ke depan. Pemain ke-2 tertinggi akan gerak 4 petak dan seterusnya macam tu. Ikut level.
  4. Pemain yang tak cecah petak dam terakhir, hutangnya akan dihapuskan dan tak perlu join level seterusnya.
  5. Pemain yang menipu, akan kena denda yang dipanggil Divine Punishment. Pemain ni kena bergerak ke petak depan pemain yang paling depan.


In the end, pembelot terbongkar. Yuichi berjaya guna kemahiran berfikir yang luar biasa untuk kenakan pembelot tu tanpa pengetahuan dia. Memang saspens betul tengok filem ni. Siri Friends Games ni memang banyak bercakap. Sebab setiap percakapan diorang tu ada klu dan rahsia yang akan pengaruhi jalan cerita ni.

Recommended? Ya. Sangat berbaloi habiskan masa tengok filem ni. Dapat tajamkan otak yang sememangnya dah tepu sejak pandemik melanda. Pemain yang berjaya cecah petak terakhir, kena main dalam level seterusnya yang akan diceritakan dalam filem ke-2 dan terakhir iaitu Friends Games: The Movie Final.

Post a Comment

4 Comments

  1. anak-anak ammi sukalah kot kalau tgk cerita ni. dorang tak habis2 dok layan anime jepun. nanti ammi suggest kat dorang

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh tengok. Memang berbaloi jugak lah spent masa.

      Delete
  2. saya suka filem macam ni. pastu sendiri sakit kepala. hihi. kalau tak tengok drama boleh faham filem?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh faham tapi dalam 80%. Lagi baik tengok start dari drama.

      Delete