Tajuk: Brother of the Year
Genre: Comedy, drama, romance
Bahasa asal: Thai
Tarikh tayangan: 28 Jun 2018
Tempat tayangan: GSC (Malaysia)
Pelakon: Sunny Suwanmethanont, Urassaya Sperbund, Nichkhun
Sinopsis
Kisah dua beradik, Chut (Sunny Suwanmethanont) dan Jane (Urassaya Sperbund) yang mempunyai personaliti berbeza. Chut yang merupakan abang kepada Jane sentiasa ambil mudah dalam semua benda, manakala Jane seorang yang teliti bila buat sesuatu perkara.
Walaupun perangai Chut ke laut, tapi bila bab adik dia, dia sangat protective. Takkan ada lelaki yang boleh dekati adik dia tanpa kebenaran dia.
Disebabkan perangai Chut yang sangat protective, Jane bercinta dengan Moji (Nichkhun) senya-senyap. Keadaan bertambah teruk bila Jane dan Moji rancang nak kahwin dan pindah ke Jepun, negara asal Moji.
Ulasanspoiler alert
Cerita ni aku tengok kat wayang masa mula-mula ditayangkan. Dari awal sampai akhir, memang cerita ni tak bosan. Ada je part yang buatkan aku gelak, geram dan dalam masa yang sama, sebak.
Kisahnya bermula bila Jane habis belajar kat Jepun. Dia balik ke rumah peninggalan mak dan ayah dia kat Thailand. Tapi dia kena kongsi rumah ni dengan abang dia yang pemalas tahap gaban. Sebagai adik perempuan yang sememangnya jenis pengemas, banyak benda yang dia kena betulkan balik disebabkan perangai abang dia tu.
Chut bekerja sebagai Eksekutif Pengiklanan. Klien dia Moji. Nak dijadikan cerita, Jane dapat kerja kat syarikat Moji sebagai Pengurus Pemasaran. Dia yang akan handle apa-apa promo antara syarikat Moji dengan syarikat abang dia.
Bila abang dia dapat tahu yang Jane ni bercinta dengan Moji, haru-biru jadinya. Dia tak puas hati sebab Jane bercinta senyap-senyap kat belakang dia. Dari sini lah diorang berdua ni kenakan satu sama lain.
Recommended? Bagi orang yang ada adik-beradik, memang akan feel 200% jalan cerita dalam filem ni. Zaman sewel budak-budak yang suka balas-membalas bila tak puas hati. Tapi jauh di sudut hati, tetap sayang antara satu sama lain.
10 Comments
Saya ni dah lama sangat tak layan movie.. Kalau blogger buat review pasal filem, tak tau saya nak komen ape.. Hehe
ReplyDeleteTakpe. Kalau ada masa nanti boleh tengok.
DeleteSalam ziarah..terima kasih sudi terjah blog saya ya
ReplyDeletehttps://madey09.blogspot.com/2021/09/buat-sendiri-suci-murni-kuih-kacang.html
Terima kasih. 😀
DeleteOh pergaduhan adik-beradik.
ReplyDeleteBetul. Bila dah bergaduh tu, macam-macam perangai jadi.
Deletehappening betul filem ni
ReplyDeleteBetul. Memang on point plot cerita ni.
DeleteDah tengok cerita ni, Sedikit terkilan dan mcm sedih sebab end up ending dia macam abang dia tu separa bahagia. Sad
ReplyDeleteKann. Nak kata happy ending tak jugak. Sebab environment dah lain.
Delete