Antara coklat yang paling aku suka. Brand Ritter Sport ni aku mula kenal tahun 2015. Coklat buatan Jerman ni ada banyak variasi flavour. Banyak sangat. Berpuluh-puluh. Setiap flavour yang aku pernah rasa, memang sedap. Daripada rasa coklat sampai lah isi dalam coklat tu.
Dalam banyak-banyak flavour, aku suka peppermint. Rasa sejuk berangin bila makan. Coklat ni memang kena letak dalam peti sejuk. Kalau tak, cair lah nanti. Walaupun baru keluarkan dari peti sejuk, coklat ni senang je nak gigit.
Kat kedai runcit setakat ni aku tak pernah jumpa lagi. Tapi kalau kat dalam mall, banyak je yang jual. Tapi tak semua flavour yang diorang jual. Selalunya flavour biasa je ada. Aku beli yang ni pun dari Shopee. Import dari Langkawi. First time aku tengok kotak Shopee tu ada cop Kastam. Seller ni memang bagus. Siap letak ice pack dan bubble wrap tebal. Seller pos 15 September dan aku dapat 20 September. 5 hari. Tapi elok je coklat ni. Tak cair pun.
Link kedai: LGS SuperStore
Dalam setiap petak coklat tu, ada inti peppermint. Tak tahu nak cakap macam mana dia punya feeling masa kunyah coklat tu. Rasa coklat yang berangin. Tapi bukan macam gula-gula keras berangin yang ada kat kedai runcit tu. Yang ni ibarat paste coklat yang dicampur dengan peppermint. Rasa rich coklat dan bila kunyah, rasa peppermint.
Hari ni Shopee ada buat promo RM10 free shipping sepanjang hari. Boleh lah guna voucher ni nanti. Harga coklat ni seketul RM6.50 dan kalau beli dua, baru RM13.00. Rasa macam nak beli lagi seketul perisa ni. 😄
12 Comments
rasa beranginnya tu yang best.
ReplyDeleteKann. Sejuk je tekak bila makan coklat ni.
DeleteTak pernah jumpa lagi.
ReplyDeleteBetul. Jarang nak jumpa coklat ni kat kedai.
DeletePernah beli . Memang kena dengan tekak ccl .
ReplyDeleteKann. Sedap coklat brand ni. Rasa coklat tu memang tak sama dengan brand yang dah biasa makan.
Deletetak berapa minat rasa pappermint
ReplyDeleteTakpe. Banyak lagi flavour lain.
DeleteCoklat + berangin agak tak kena dengan tekak saya. Tetapi kalau jenama coklat ni saya suka strawberry aaah sedapnya bila bayangkan dapat makan
ReplyDeleteStrawberry pun sedap jugak. Sekali rasa macam candy.
Deleteg langkawi x sah kalau x borong cekelat ritter ni. tp yg ni sy x penah rs lg
ReplyDeleteKena cuba ni. Tekstur coklat ni memang best. Lembut je bila gigit.
Delete