Sejak dua menjak ni banyak pulak trend makanan atau jajan yang berasaskan pandan dan onde-onde. Pasti ramai yang dah tahu pandan tu apa benda kan? Onde-onde macam mana pulak? Ada yang panggil buah melaka. Asalnya dari Melaka ke?
Basically, onde-onde ni sejenis kuih berbentuk bulat yang diperbuat daripada tepung pulut. Luar disalut kelapa parut, dalam diisi gula melaka atau nissan.
Sekarang viral pasal banyak company yang buat menu baru berasaskan pandan dan onde-onde. Viral bukan semata-mata menu baru tapi menu yang diorang buat tu ternyata sedap. Tak mengecewakan kata orang.
Senarai makanan viral berasaskan pandan dan onde-onde
1. Aiskleem Onde-Onde 7-Eleven
Tengok dari gambar pun dah nampak best. Siap ada chip kelapa yang ditabur kat atas aiskrim tu. Nampak macam matcha. Tapi based tentunya onde-onde. Aku tak pernah makan. Tak silap aku promo ni dah ada dari tahun 2019 lagi. Sepanjang aku pergi kat 7e, tak jumpa lagi. Tak tahu lah sama ada promo ni dah habis atau sesetengah outlet je yang ada.
Sumber: Malaysian Foodie
2. Aiskrim Potong Onde-Onde F&N
Yang ni pun dah ada dari tahun 2019 lagi. Sekarang aku tak pasti aiskrim ni masih dijual atau tak. Tapi kalau bukan limited edition, selalunya penjualan diteruskan macam biasa.
Kalau tengok dalam gambar, aiskrim ni ada 3 lapisan. Lapisan paling dalam tu harus lah gula melaka tapi aku tertarik tengok lapisan tengah yang warna kuning susu tu. Flavour apa yang digunakan? Nampak macam sangat sedap.
Sumber: Foodie Malaysia
3. Aiskrim Onde-Onde Nestlé
Nestlé memang selalu buat flavour aiskrim yang unik. Aku pernah makan yang bentuk rama-rama, pisang, panda, Milo dan Pikachu. Semua best. Askrim onde-onde ni aku tak pernah cuba lagi. Ramai kata best. Tak sempat nak pergi beli. Tak silap aku 7e pun ada jual aiskrim ni.
Sumber: nestleicecream.my
4. Cadbury Dairy Milk Pandan Kelapa
Tak pernah terbayang macam mana rasa coklat yang digabung dengan pandan dan kelapa. Kalau ikut IG diorang, katanya:
Kombinasi unik coklat kegemaran anda dengan pandan yang harum dan kelapa yang beraroma.
Aku pasti mesti sedap jugak rasa ni. Coklat ni limited edition. Maksudnya takkan selalu ada. Kena pergi cari ni.
Sumber: cadbury_my
5. Gardenia Toast’em Pandan Kelapa
Roti ni aku dah pernah makan. Memang sedap. Rasa ala butterscotch tapi versi pandan dan kelapa. Makan macam tu je memang dah best, apatah lagi bila dibakar. Memang naik bau yang menggiurkan.
Tapi roti ni jarang muncul kat kedai. Selalu habis stok. Tak pasti ramai yang beli atau Gardenia buat kuota jualan setiap kedai.
Sumber: gardenia_kl
6. Tealive perisa Onde-Onde
Tengok gambar pun aku dah tak tahan nak cuba. Presentation yang cukup menarik (walaupun bila beli, pearl tu tenggelam kat bawah). Ada 3 jenis:
- Iced Onde-Onde
- Onde-Onde Smoothie
- Onde-Onde Yam Balls Smoothie
Aku tak tahu yang mana satu best. Tapi dari gambar nampak macam Iced Onde-Onde yang lagi best. Sebelum ni pun aku jarang nak beli yang smoothie.
Sumber: tealiveasia
7. Kek Pandan Gula Melaka McD
Promo bermula dari bulan Julai. Aku tak pernah cuba lagi. Selalunya atas kek pandan, akan ditabur cheese. Tapi kek pandan McD ni atasnya ada kelapa parut. Unik tak? Aku ada tengok review, katanya gula melaka terlalu manis. Rasa kick gula melaka tenggelamkan rasa pandan kek tu. Entah. Aku tak pernah cuba. Lain orang, lain cita rasa. Dalam nama pun dah ada 'gula melaka'. Harus lah rasa gula melaka kan?
Sumber: mcdonaldsmalaysia
Lepas ni adakah makin banyak company yang akan hasilkan makanan atau jajan berasaskan pandan atau onde-onde? Adakah promo ni semua sempena Hari Malaysia, memandangkan pandan dan onde-onde dah sebati dalam menu masakan Melayu? Kita nantikan. Ada masa nanti, nak pergi cari semua ni. Kena cuba baru tahu sedap ke tak.
19 Comments
3,4 dan 5 dah cuba. Aiskleem Onde-Onde 7-Eleven, Aiskrim potong dengan Tealive onde onde tak cuba lagi. fenomena pandan kelapa onde onde sangat sekarang ni.
ReplyDeleteItu lah. Fenomena pandan dan onde-onde yang takde kesudahan.
DeleteSatu pun tak pernah cuba lagi. Duk cari yan roti gardenia tuuu, sold out manjang. Ada baca yang setiap hari rabu je ada dekat kedai huhuhu. Next time nak try tealive tuu, nampak duk lalu lalang orang review hehehe.
ReplyDeleteTry order roti dari Shopee. Memang payah nak jumpa kat kedai sekarang ni.
Deletesy singgah & follow sini.. semua sy tak pernah rasa lg.. hehe.. akan cuba nnti
ReplyDeleteTerima kasih. 😀
DeleteBoleh cuba sebelum promo tamat.
Antara keenam enam makanan viral .. Roti gardenia toastem pandan kelapa ccl sudah merasai .. Semalam kali kedua rezeki ccl btemu dgn roti trsebut .
ReplyDeleteUntung lah. Saya makan sekali je hari tu. Nak cuba jajan lain pulak.
DeleteAiskrim, air & roti sedap!! Tapi yang coklat pandan cadbury tu...serious tak boleh nak menerima😂
ReplyDeleteKann. Tak pernah makan lagi coklat pandan. Entah macam mana rasanya. 😅
Deletesaya suke idea mengetengahkan produk2 yang berasaskan ciri2 tempatan.
ReplyDeleteBetul. Bagus bila buat macam ni. Persaingan sihat, dalam masa sama dapat promosi makanan orang kita.
Deletepernah makan aiskrim nestle onde-onde tu..memang sedap sangat!
ReplyDeletecoklat cadbury pandan tu tak berapa kena dengan tekak..tapi gardenia toastem pandan memang sedap gila!!
Untung dapat makan coklat pandan tu. Saya tak pernah cuba lagi. Roti tu memang banyak dapat feedback positif. Sebab tu cepat sold out kot.
Deleteoh aiskrim potong tu ada 3 lapisan..dlm senarai tu br sempat merasa ice onde onde tealive tu
ReplyDeleteBetul. Tengok pun memang dah terliur. Saya tak cuba lagi Tealive tu.
DeleteNo 3, no 4 dengan no 5 je Sha dah berjaya beli dan rasa.. yang no 1 tu macam tak ada je kat 7E sini.. yang no 2 tu pun tak jumpa kat pasaraya sini.. yang last tu kena rentas daerah.. 🤣🤣🤣
ReplyDeleteYang tealive tu cam tak confident je.. hehehe.. kadang indah iklan dari real..
DeleteSaya kalau order McD, senang guna delivery je. Tealive tu tak tahu macam mana. Tengok review orang kata terlalu manis. 😅
Delete