Penantian selama ni dah berakhir. Terharu betul bila bukak emel, tengok-tengok ada emel pasal performance Google Search Console (GSC). Selama ni aku mampu tengok je bloggers lain share performace report atau laporan prestasi blog diorang.
Aku pelik jugak apa masalah aku belum dapat sedangkan dah lama aku sign up GSC tu. Siap buat setting yang betul. Tapi masih belum terima apa-apa laporan. Aku ada jugak hantar feedback kat diorang pasal ni.
Tapi tak kisah lah. Asalkan dapat. Boleh je nak tengok dalam portal GSC tapi lagi elok bila dapat tengok report dalam bentuk info grafik macam ni. Boleh tahu secara kasar dan lagi mudah nak faham. Dalam performance report ni, ada 4 data penting iaitu:
- Keseluruhan laporan prestasi blog.
- Entri yang kerap dibaca.
- Kata kunci yang pembaca guna.
- Peranti dan negara pembaca.
Dari data ni lah kita boleh improve kualiti blog dan jugak kualiti konten. Contohnya, ramai pembaca yang klik tajuk "Percubaan beli barang di Shopee menggunakan Sea Shipping." Dari sini, mungkin aku boleh hasilkan konten yang berkaitan Shopee.
Ataupun kalau tengok data, pembaca banyak gunakan phone berbanding desktop dan tab. Mungkin lepas ni aku boleh cuba improve aku punya template yang lebih mesra phone. Macam sekarang kan ada template yang responsive. Saiz template akan berubah berdasarkan saiz skrin. Yang ni aku dah cuba buat tapi makan masa nak kena main coding satu-satu.
Penting ke performance report ni?
Bergantung pada nawaitu jugak. Kalau bloggers tu full-time bloggers, memang penting lah. Ataupun kalau kita memang nak improve blog kita, performance report ni memang penting. Semuanya akan merujuk kepada SEO (Search Engine Optimization). Bila SEO kita elok, maka secara langsung traffic blog kita pun akan bertambah jugak.
Tapi itu lah. Nak buat konten blog zaman sekarang ni tak semudah dulu macam waktu kegilaan blogging. Zaman sekarang banyak persaingan. Bukan je blog atau portal, tapi media sosial pun salah satu punca.
Aku suka je scroll Twitter, IG, TikTok dsb. Memang banyak konten menarik. Info yang tak pernah dengar pun ada sekali. Kalau TikTok tu, kita boleh jimat masa. Just dengar dan tengok video beberapa minit, dah dapat info.
Tapi aku tak suka macam tu. Bagi aku, baca penulisan lagi bagus. Sebab? Membaca akan bantu otak untuk kerap proses data. Dengan kata lain, sel-sel otak akan banyak berhubung. Kajian pun dah ada. Pasal penyakit Alzheimer atau nyanyuk. Katanya warga tua yang banyak membaca mempunyai risiko 2.5 kali kurang untuk dapat penyakit ni berbanding mereka yang menonton TV.
Apa-apa pun, yang penting kena rajinkan diri membaca dan menulis. Menonton pun penting jugak tapi kena pandai seimbangkan antara semua. Kalau tak tengok TV atau video, macam mana nak tahu berita semasa kan?
15 Comments
Saya baru tahu tentang fakta membaca tu. Saya rasa orang visual mungkin memang sesuai element video haha, Macam kalau saya belajar, visual sesuatu tu sangat penting termasuk dengan font. Kalau font tu tak kena dengan saya. Saya auto tak mampu meneruskan perjuangan membacaa
ReplyDeleteBetul. Kalau buku pun font tak menarik atau terlalu pelik, memang saya pun tak minat nak baca.
Deletesy ada masalah no pin tak sampai ke rumah lg
ReplyDeleteMungkin ambil masa lama untuk sampai tu.
DeleteSamalah, saya punn first time dapat email performance ni, ingatkan memang tak akan dapat dahhh. Memang baguss kalau dapat ni, boleh tahu performance blog, boleh perbaiki di mana mana yang kurang ke dan sebagainyaaaa.
ReplyDeleteSaja nak tambah, masa mula mula dapat email ni excited benor hehehe
DeleteMemang dinantikan untuk dapat report ni dari Google. Baru best bila nak tengok statistik blog.
DeleteHehe betul kena rajin menulis dan membaca.
ReplyDeleteKann. Membaca dan menulis memang banyak kebaikannya.
DeleteBetul! Banyakkk persaingan sekaranggg.. kadang dah tulis ikut point yg tinggi view tu... tapi tak dapat kick target jugak.. Lorh.... Apapun, cuba jela selagi mampu
ReplyDeleteItu lah. Mungkin generasi sekarang lebih suka yang simple.
DeleteBagus juga ye kalau dapat report macam ni..
ReplyDeleteKann. Sangat memudahkan.
Deletealhamdulillah dah dapat performance blog . baru kita boleh lihat hasil peningkatan atau penurun trafik blog
ReplyDeleteBetul. Senang sikit nak tengok secara kasar pasal blog.
Delete