Petang tadi masa tengah online, aku ada baca kat mana entah pasal promo baru KFC ni. Katanya KFC nak bagi set Snack Plate percuma kepada mereka yang dah lengkap cucuk vaksin. Betul ke? Macam tak percaya kan? Jarang KFC nak bagi benda free ni. Promo ni start pada 16 September 2021 dan tamat pada 16 Oktober 2021. Sebulan je. Siapa yang dah setel cucuk vaksin tu, untung lah kan?
Macam mana nak tebus? Kena bukak website KFC. Kalau dah register akaun sebelum ni, just sign in je. Kalau belum, kena lah register dulu. Bila dah berjaya log masuk, kena bagi maklumat diri macam nama, nombor telefon, emel dan screenshot sijil vaksinasi. Sebabnya KFC nak tengok bukti yang kita dah setel cucuk vaksin. Jangan risau, nanti sijil vaksinasi yang kita hantar tu, diorang akan delete dalam masa 2 atau 3 minit.
Link website: https://kfc.com.my/vaksin
Tapi nak tebus voucher ni, ada masanya tau. Kalau bukak website tu sekarang (malam), akan muncul pop-up message yang mengatakan kuota untuk hari tu dah penuh. Maksudnya, kita kena redeem awal pagi voucher tu. Bila dah berjaya redeem, boleh guna bila-bila masa, dalam 30 hari dari tarikh kita claim voucher. Alah. Macam voucher Shopee atau Lazada tu.
Tadi aku sempat singgah KFC lepas balik dari MR. DIY. Memang lengang je KFC. Selalunya waktu orang balik kerja, penuh meja. Tadi masa aku pergi nak collect set Snack Plate, ada sorang je sebelah aku. Tu pun tengah bayar. Oh. Lupa nak bagitau. Promo ni hanya sah untuk set Snack Plate je tau. Set lain tak boleh. Kalau nak set lain, kena tambah duit lah. Macam promo ni, total kena bayar RM13 untuk dapat dua set Snack Plate tu (beli satu percuma satu). Ada dua pilihan untuk dapatkan set tu. Kena pergi collect kat kaunter ataupun guna perkhidmatan delivery. Tapi kena caj RM4 untuk delivery.
Ayam besar kali ni. |
Nasi goreng KFC campak-campak. |
Sampai rumah, lepas setel mandi dan masak nasi, aku terus sediakan bahan untuk masak nasi goreng. Kali ni aku buat nasi goreng KFC. Bahan simple je. Guna apa yang KFC bagi tu. Campak-campak, dah siap. Macam terlebih rajin pulak. Hari ni memang tak selera nak makan nasi kosong. Aku pun buat lah nasi goreng KFC ni.
28 Comments
menarik ni , nampak sedap pulak nasi goreng tu walaupun nampak simple
ReplyDeleteBiasa-biasa je. Bila main campak-campak, semua jadi sedap.
DeleteRezeki kena terima ...makanan sedap berbaloi..ngap ja kan sahabat
ReplyDeleteBetul tu. Rezeki jangan ditolak. 😅
DeleteSaya dah follow blog saudara ya
ReplyDeleteTerima kasih. 😀
DeleteMenarik betul nasi ayam goreng KFC
ReplyDeleteYang ni versi simple. 😅
DeleteDah cuba buka website kfc ni tapi kena tunggu giliran nak masuk...20 minit tak dapat masuk lagi.
ReplyDeleteTeringin juga nak buat nasi goreng kfc tu.
Memang kena tunggu giliran. Kadang kalau tak dapat bukak pagi, petang-petang cepat je boleh masuk.
DeleteWahhhhh promo sempena Hari Malaysia. Dapat snack plat epun sedap jugak ni hihi
ReplyDeleteBetul. Bukan selalu nak dapat promo.
Deletebaru tau ada promo KFC!! suka-suka..harap website KFC tak slow la bila ramai serbu :P
ReplyDeleteMalangnya memang slow jugak. 😅
Deletehi there! already follow you back! salam kenal ya ;)
ReplyDeletebtw, nasi ayam goreng kfc tu nampak tempting gils :D
Terima kasih sudi follow. Masak biasa-biasa je. 😅
DeleteNasi goreng tu menggoda selera betul!
ReplyDeleteTerima kasih. 😀
Deletepromosi menarik, tak pernah lg dpt free dari KPC...nmpk sedap nasi goreng tu..
ReplyDeleteKann. Barang baik kita kena rebut. Nasi goreng campak-campak. 😅
Deleteada juga dengar ttg promo ni, masuk sekali then kata kuota dah penuh, terus tak cube2 lagi dah pastu tu. igtkan promo sehari jer
ReplyDeleteBetul. Kalau tak berjaya claim hari ni, esok boleh lagi.
DeleteSedap tu snakeplate tu. Nasi goreng tu pun nampak menyelerakan. Lama dah tak makan KFC hehe
ReplyDeleteBiasa-biasa je masak. Hilang gian nak makan nasi goreng.
DeleteOkay jugak tu buy 1 free 1 snackplate. Belum redeem lagi. Nanti bolehlah redeem sebelum expired. Terima kasih share.
ReplyDeleteSama-sama. Kena redeem cepat, nanti habis stok.
Deletehi kalau kita nak redeem online tapi ngan baucer kawan2 sekali boleh ke?
ReplyDeleteHi.
DeleteHanya satu akaun KFC per voucher. Maksudnya kalau nak redeem untuk kawan-kawan, diorang pun kena ada akaun KFC jugak.
Sebab kat check out nanti, hanya boleh redeem satu voucher KFC.