Sekarang dah tak macam dulu. Nak ke PTPTN atas apa-apa urusan, tak boleh terjah macam tu je. Kena buat appointment atau janji temu. Aku ada pergi ke pejabat PTPTN beberapa hari lepas. Tu pun nasib baik aku call dulu ofis. Staff sana info kena buat janji temu kalau nak datang.
Caranya memang mudah sangat:
- Buka website e-JanjiTemu PTPTN: https://ejanjitemu.ptptn.gov.my dan klik Tempah Slot Anda.
- Pilih negeri, cawangan dan tarikh untuk janji temu.
- Akan muncul slot waktu. Biasanya akan penuh. Kena bijak cari masa nak book.
Macam aku, asalnya aku book slot minggu depan sebab slot minggu ni dah penuh. Tapi bila bukak balik pagi-pagi buta, ada slot yang kosong pulak. Kena selalu check.
- Lepas pilih slot, klik Seterusnya dan isi maklumat diri. Klik Seterusnya lagi sampai lah buat pengesahan.
- Lepas berjaya, download slip tempahan tu dan simpan elok-elok dalam phone.
Nak screenshot pun boleh. Print? Mungkin tak perlu kalau ada smartphone. Sebab slip ni nanti guna untuk tujuan pengesahan je bila sampai ofis PTPTN. Sebagai bukti yang kita dah buat janji temu.
Sampai kat pintu ofis, aku inform security guard yang aku ada buat janji temu. Dia suruh aku masuk dalam dan check nama aku ada ke tak dalam kertas A4 yang ada senarai pelanggan yang buat janji temu hari tu.
Contoh slip tempahan janji temu PTPTN. |
Lepas dah sahkan, setel. Dia tanya datang atas urusan apa dan bagi nombor giliran kat aku untuk berurusan dengan pegawai PTPTN.
Kalau datang lewat sikit atau terlajak awal dari masa asal, takpe katanya. Pegawai yang aku call tu cakap datang je. Mungkin ada kejadian yang melambatkan kita, nak buat macam mana kan? Mana lah tahu kot-kot pelanggan yang sepatutnya datang waktu sebelum kita tu tiba-tiba tak jadi datang. Boleh lah masa dia tu diisi.
Tapi sebolehnya, tepati masa. Kita kan dah janji nak datang waktu sekian-sekian. In case ada problem yang tak dapat dielakkan, call je lah ofis tu. Dalam website pun diberi nombor telefon pegawai setiap cawangan.
6 Comments
sekarang banyak jabatan yang adakan temujanji secara online elakkan kesesakan
ReplyDeleteBetul. Nampak lebih efisien dan tersusun.
DeleteMemang semua temu janji sekarang ni, haritu pergi satu tempatt ni ada seorang laki kena marah sebab tak ada appointment, memang kena balik rumah sebab staff situ tak layan
ReplyDeleteKesian kalau kena marah. Mungkin sebab dia tak tahu kena book online. Saya pun dapat tahu bila call PTPTN. Kalau tak, mungkin situasi yang sama berlaku. 😌
DeleteBenda ini amat memudahkan betul. Takdelah lagi kes kena tunggu lama - lama kan.
ReplyDeleteKann. Lagi sistematik.
Delete