Rasa macam baru keluar gua pulak. Beberapa hari ni duk fokus kat perlawanan badminton Piala Thomas dan Piala Uber sampai tak perasan kejadian aneh yang berlaku kat sekeliling.
Terbaru, masa duk scroll Twitter, dapat berita yang Jabatan Perikanan Negeri Kelantan seru orang ramai supaya jangan makan kerang dari perairan Sungai Geting. Sungai Geting ni kat mana pulak?
Apa sebab tak boleh makan? Didapati kerang yang ada kat kawasan tu tercemar dengan toksin saraf (saxitoxin) yang berpunca daripada alga berbahaya iaitu Alexandrium minutum. Amboi nama tak nak kalah kan? Tapi alga ni sangat berbahaya. Antara kesan buruk disebabkan alga ni ialah:
- Paralytic shellfish poisoning (PSP)
- Lumpuh otot
- Kegagalan pernafasan
- Kematian
Bukan kerang je tau yang tak boleh dimakan. Tapi segala mak nenek kerang-kerangan seperti tiram, lokan, kepah dan lala pun tak boleh makan. Sebab alga ni boleh terkumpul dalam spesies zooplankton, kerang dan ketam.
Larangan orang ramai untuk tidak memungut, menjual dan memakan kerang-kerangan berkuat kuasa serta-merta. Notis pun dah dikeluarkan.
Kerang banyak toksin
Aku memang tak makan kerang. Sebab aku tahu dari dulu lagi yang spesies haiwan laut macam ni memang banyak toksin. Aku pernah tengok dalam TV, yang nelayan akan tapis dan cuci kerang ni sebelum diagihkan kepada peraih. Siap guna mesin yang canggih lagi. Sebab dalam kerang tu memang ada toksin.
Kerang-kerangan berfungsi sebagai penapis dan ia akan menapis bahan seperti alga dan jika ditapis sehingga tahap tinggi, apabila dimakan ia boleh menyebabkan keracunan. - Pengarah Jabatan Perikanan Negeri Kelantan
Terliur. Tapi tak boleh makan. |
Hari tu pun masa pergi pasar raya, tengok banyak pulak kerang yang dijual. Aku mampu tengok je. Tak berani nak makan. Fobia. Lagipun aku memang tak boleh makan seafood. Resdung punya pasal. Kalau terlebih makan ikan bilis pun, esoknya bersin tak sudah.
Bagus bila pihak berwajib yang alert pasal ni. Bukan apa, sekarang kan dah boleh rentas negeri. Nanti tak pasal-pasal dah balik kampung, beramai-ramai pergi kutip kerang pulak.
14 Comments
Jarang dah makan kerang.Sebab kerang dah mahal.Kalau beli, kulit dia berat lagi.Isi dalam secoet jer. Ha3.
ReplyDeleteDah macam durian pulak. Berat dengan kulit je. 🤭
DeleteUmm dekat juga tu dengan area rumah. Tapi mujur tak beli sangat pun kerang sekarang sbb mahei teruk.
ReplyDeleteKena hati-hati. Mahal ek sekarang? Patut lah famili jarang sangat beli kerang.
Deletethanks for sahring. saya pun jarang makan kerang sebab resdung. bagusla pihak berwajib inform, terutama untuk penggemar kueytiow kerang
ReplyDeleteSama-sama. Betul. Harap penjual menu tu tak taruk lah kerang dari Sungai Geting ni.
DeleteAsalam..ziarah blog BK..
ReplyDeleteSiaran surat rasmi tu sampai di group kami juga..kerang tercemar alga beracun ya...Semoga terhindar dari masalah kesihatan ya.Aamiin
Wassalam. Itu lah. Semoga nyah segala penyakit yang ada.
DeleteAh bahayanya kalau tak tahu tapi beli juga. Habislah kita
ReplyDeleteKann. Kena elakkan beli buat masa sekarang.
DeleteSaya pula memang suka kerang tapi tak adalah makan banyak.. Bubuh dalam mee kari tak pun rebus dan cicah cili kicap.. Pergh!!
ReplyDeleteBagus bila pihak berwajib buat notis macam nie.. semoga semua orang alert lah..
Betul. Harap semua dapat sebarkan notis ni.
Deletebahaya juga yer kalau kutip kerang di persisiran pantai , takut ada bahan pencemaran macam ni
ReplyDeleteMemang bahaya. Famili pun memang takkan pergi kutip kerang yang naik kat pantai walaupun viral macam dulu-dulu tu.
Delete